Seorang pengguna Twitter, Amil Ahmad mendakwa dirinya sering menjadi mangsa kutukan orang suatu ketika dahulu kerana masalah pada wajahnya.
Amil Ahmad mengalami kulit wajah yang berlubang dan berparut hitam selain timbul jerawat yang kurang menyenangkan.
Mengenang peristiwa itu, Amil turut menampilkan koleksi gambar wajah mukanya yang rosak untuk perbandingan pengguna Twitter.
Tetapi untuk mendapatkan kulit wajah yang elok sebenarnya agak sukar lebih-lebih lagi jika kita terlalu memikirkan tentangnya.
Ads
Namun demikian kerana mahu mengembalikan keyakinan diri, Amil memulakan rutin baharu dalam hidupnya secara konsisten.
Tip penjagaan wajah
Ads
Ujar Amil, antara perkara yang kerap yang dilakukannya adalah selalu mencuci muka, minum air masak dalam kuantiti yang banyak serta elakkan makanan yang berminyak.
Selain itu, kebersihan di tempat tidur seperti sarung bantal mestilah kerap dibasuh dan rambut panjang yang dibela Amil mungkin antara faktor penyebab masalah itu berlaku.
Jangan sesekali picit jerawat
Ads
Tegas Amil, sebagai seseorang yang mengalami masalah kulit wajah, anda ‘diharamkan’ untuk memicit jerawat yang tumbuh kerana ia boleh merebak dengan lebih teruk.
Sebagai disiplin diri juga, jika kulit tiba-tiba berminyak sahaja, anda digalakkan terus mencuci muka sama seperti yang dicadangkan Amil.
Dia buat menjadi, tak salah kalau kita cuba kan? Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan produk penjagaan wajah lelaki kini menjadi sebuah industri yang sangat berkembang pesat. Permintaan tinggi produk penjagaan wajah lelaki ini menyaksikan pelbagai jenama tampil menawarkan produk yang cukup spesifik.
Jenama penjagaan wajah terkenal, Aesop baru-baru ini telah melancarkan produk terbarunya iaitu Seeking Silence Facial Hydrator. Produk terbaru mereka ini diformulasikan untuk mengawal kondisi kulit wajah sensitif atau mempunyai alahan.
Aesop menggunakan dua gabungan formulasi istimewa iaitu Dunaliella Salina Extract, sejenis micrialga yang kaya anti oksida dan juga Narcissus Tazetta, ekstrak daripada bunga daffodils.
Kedua-dua gabungan ramuan ini boleh membantu kulit yang mengalami masalah iritasi dan juga kulit sensitif.
Seeking Silence Facial Hydrator juga mengandungi kombinasi bahan yang boleh melegakan kulit wajah, mengurangkan berlakunya kemerahan dan menyokong fungsi barrier.
Selain itu hydrator yang dihasilkan Aesop ini turut memberikan kelegaan kepada kulit yang mengalami masalah kekeringan.
Seeking Silence Facial Hydrator juga dikatakan sesuai digunakan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selepas melakukan pencucaian dan toning, Seeking Silence Facial Hydrator boleh disapu dengan rata di bahagian wajah dan juga leher.
Ia dipakejkan dalam bekas kaca 60ml dan boleh didapati di Aesop signature store, stokis, pasaraya di sekuruh dunia dan laman sesawang rasmi mereka.
Buat anda yang mempunyai masalah kulit kering dan bermasalah bolehlah cuba menggunakan produk Seeking Silence Facial Hydrator.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk terjadinya masalah pada liang pori. Apabila liang pori terbuka, ia akan mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead ataupun jerawat.
Selain menggunakan skrub yang dijual di pasaran, anda juga boleh amalkan banyak petua menghilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan blackhead, whitehead serta masalah liang pori anda ini boleh diatasi dengan menggunakan 9 bahan murah yang mudah didapati di dapur.
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Sumber: petuaibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain baju raya, gaya potongan rambut juga merupakan salah satu elemen penting buat seorang lelaki. Barulah di pagi raya boleh tampil sebra kacak dan bergaya!
Dalam tempoh seminggu akan datang MASKULIN yakin kedai gunting rambut dan salun pasti akan dibanjiri dengan lelaki yang inguin tampil kacak di pagi raya.
Dan inilah masanya untuk anda tonjolkan gaya yang lebih menarik dan mampu menyerlah berbanding orang lain.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Di bawah merupakan 25 gaya potongan rambut terkini yang anda cuba untuk digayakan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.