Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Berusia 37 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian.
Terkenal Di Seluruh Dunia & Kaya- Raya, Lionel Messi Ikon Lelaki Setia!
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Ads
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Ads
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Ads
Moga Messi terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dan kariernya.
Aktiviti larian kompetitif kini dilihat kembali mewarnai hujung minggu di kalangan rakyat Malaysia. Selepas lebih dua tahun aktiviti penganjuran pertandingan larian tidak dapat dijalankan, kini ia dilihat semakin aktif semula.
Salah satu acara larian yang sering dinantikan oleh peminatnya ialah Garmin Run Asia. Pada tahun ini, Garmin Run Asia Series 2022 kembali dengan kehangatan yang berkali ganda hebatnya.
Acara larian yang diadakan cukup meriah ini berlangsung di Dataran Kehakiman Putrajaya pada 11 September yang lalu. Kembalinya acara larian yang berskala besar seperti ini mencerminkan keterujaan pencinta aktiviti larian yang rata-rata cukup gembira dengan penganjuran seperti ini.
Jika penganjuran sebelum pandemik menyaksikan lebih 7,000 peserta pada tahun ini pula menyaksikan penyertaan yang jauh lebih tinggi. Pihak penganjur, Garmin Malaysia menerusi kenyataan medianya berkata lebih 10,000 peserta mengambil bahagian.
Lebih menarik penyertaan dilihat terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sebagai jenama yang mengangkat gaya hidup sihat, Garmin Malaysia melihat kejayaan penganjuran pada tahun ini merupakan satu visi yang selari dengan apa yang dibawa jebama mereka.
Pada hari larian, acara pertama dilepaskan ialah maraton pada jam 3 pagi. Ia kemudian diikuti dengan kategori yang lain seperti 21km, 10km dan 5km.
Bagi mereka yang menlengkapkan larian menerima e-sijil. Manakala hadiah wang tunai pula bernilai dari RM300 hingga RM800 bagi kategori 21km. Untuk hadiah larian 42km atau maraton pula dari RM500 hingga RM1000.
SENARAI PEMENANG
Berikut merupakan senarai pemenang yang telah menampilkan aksi cukup menari di Garmin Run Asia Series 2022.
10KM Women’s Open
Lim Teng Doll
10KM Men’s Open
Azwan Bin Bunjing
21KM Malaysian Women’s Open
Noor Amelia BT Musa
21KM Malaysian Men’s Open
Poo Vasanthan A/L Subramaniam
21KM Malaysian Women’s Senior Open
Sea Hui Thin
21KM Malaysian Men’s Senior Open
Suresh A/L Munianday
21KM International Women’s Open
Looi Mei Yan
21KM International Men’s Open
Muthoni Bernard Mwendia
42KM Malaysian Women’s Open
Pow Chia Ling
42KM Malaysian Men’s Open
Lim Kok Leong
42KM Malaysian Women’s Senior Open
Kartini Ahmad Kamal
42KM Malaysian Men’s Open
Mohd Rashid Bin Rahim
Selain itu, cabutan bertuah berupa hadiah produk Garmin bernilai RM10,000 juga diberikan untuk peserta bertuah.
Menurut Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin, Garmin Malaysia berasa cukup berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini.
“Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat mengambil berat akan kesihatan dan juga gaya hidup yang lebih sihat. Ia selari dengan visi jenama kami yang mahu mengajak orang ramai sama-sama meningkatkan aktiviti gaya hidup sihat sambil bergembira,” jelasnya lagi.
Tahniah buat semua pemenang pada penganjuran kali ini. Semoga tahun hadapan ia berlangsung lebih meriah dan berjaya lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki mengidamkan untuk ada six-pack pada bahagian abdomen, bukan? Nak dapatkan six pack tanpa menggunakan alatan gym?
Ya, anda mampu melakukan senaman six-pack berimpak tinggi ini di rumah sekali pun. Tak perlu gunakan sebarang peralatan.
Apa yang anda perlu ialah keinginan, disiplin tinggi serta semangat waja!
Lakukan 5 rutin senaman six-pack mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan hayunkan seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Katakan anda seseorang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau dalam erti kata lain, BMI yang tidak ideal. Dalam tempoh dua bulan anda ingin kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 kg. Adakah senaman kardio cara paling tepat dan berkesan?
Menurut seorang jurulatih kecergasan Jimmy Mackey menerusi satu penerangan di laman X, senaman kardio adalah cara kurang bijak jika ingin menghapuskan lemak badan.
Menurutnya, senaman kardio tanpa ramai orang sedari tidak membakar sebanyak kalori yang anda fikirkan.
Melakukan larian selama 30 minit hanya membakar sekitar 300 kalori — ia bersamaan dengan sebiji biskut. Lebih teruk lagi, badan anda cepat menyesuaikan diri, menjadikan senaman kardio kurang berkesan dari masa ke masa.
Boleh Menyebabkan Kehilangan Otot
Jelasnya lagi, apabila seseorang itu menggabungkan senaman kardio dengan defisit kalori, badan anda mungkin mula memecahkan otot untuk tenaga.
Ini bukan sahaja memperlahankan metabolisme anda, tetapi juga menjadikan penurunan lemak lebih sukar pada masa hadapan.
Lebih membimbangkan bentuk senaman seperti ini boleh meningkatkan selera makan atau mudah berasa lapar. Pernahkah bila anda selesai berlari dan terus berasa lapar?
Iya, itu satu perkara yang mungkin bagi kita semua adalah normal. Rasa lapar selepas cardio ini boleh menyebabkan anda makan berlebihan, membatalkan kalori yang telah dibakar.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebaliknya:
1. Wujudkan Defisit Kalori
Kunci untuk hilangkan lemak adalah dengan mengambil kurang kalori daripada yang dibakar. Ini tidak bermaksud anda perlu mengira setiap kalori. Sebaliknya, tumpukan pada meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan makanan bergula dan tinggi kalori.
Untuk hasil terbaik, ikuti diet yang:
Fleksibel: Boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda
Menyeronokkan: Masih membenarkan anda menikmati makanan kegemaran
Realistik: Mudah diikuti dalam jangka masa panjang
Apabila anda kehilangan lemak, sesuaikan defisit kalori untuk terus melihat kemajuan.
2. Utamakan Latihan Rintangan
Angkat berat 3-4 kali seminggu adalah penting. Gerakan kompaun seperti squat, deadlift, dan bench press bukan sahaja membina otot, tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.
Latihan rintangan membantu anda mengekalkan jisim otot walaupun dalam defisit kalori. Lebih banyak otot bermakna metabolisme lebih pantas, menjadikan penurunan lemak lebih mudah. Tambahan pula, anda akan kelihatan lebih mantap apabila lemak mulai hilang.
3. Pilih Cardio Intensiti Rendah
Lupakan senaman intensiti tinggi. Sebaliknya, pilih aktiviti yang kurang impak seperti berjalan, berenang, atau berbasikal.
Aktiviti ini membakar kalori tanpa mengganggu pemulihan atau meningkatkan rasa lapar.
Sasaran 7,000-10,000 langkah sehari. Ini akan memastikan kesihatan kardiovaskular anda terjaga, membakar kalori tambahan, dan membolehkan anda memberi tumpuan pada pembinaan otot.
4. Lakukan Rehat Diet
Setiap 4-6 minggu, ambil rehat daripada diet. Makan pada kalori penyelenggaraan selama 1-2 minggu. Ini akan membantu menstabilkan hormon, mengurangkan keletihan diet, dan menjadikan perjalanan penurunan lemak lebih mampan.
Apa yang MASKULIN boleh simpulkan, lupakan masa berjam-jam di atas treadmill. Untuk penurunan lemak yang berkesan dan mampan, fokus pada latihan rintangan, cardio intensiti rendah, dan diet yang fleksibel.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.