TERLANGGAR BENTLEY, WARGA EMAS INI BERI DAUN BAWANG SEBAGAI GANTI RUGI

Share

Seorang warga emas yang menjual sayur di Bandar Jinan, timur China tergesel bahagian tepi pintu sebuah model Bentley berwarna hitam.

Sebaik menyedari kejadian berkenaan, pemilik Bentley yang merupakan seorang pemuda itu turun dari kenderaannya untuk melihat kerosakan. Bagaimanapun, kereta mewah berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil.

Melihat keadaan warga emas tersebut yang merupakan orang kurang upaya, pemuda itu tidak meminta pampasan dan melepaskan penjual sayur berkenaan.

Beliau sempat memberi pesanan kepada warga emas itu lebih berhati-hati selepas ini apabila menunggang motosikal tiga rodanya.

Gembira dengan budi pekerti pemuda tersebut, sebagai tanda terima kasih penjual tersebut menawarkan sayuran jualannya iaitu daun bawang untuk ganti rugi.

Namun, pemuda berkenaan menolak dengan lembut dan mengatakan tidak perlu membayar apa-apa kepadanya.

Tetapi warga emas itu tidak berputus asa dan tetap mahu membalas kebaikan pemuda berkenaan. Justeru itu, dia membungkus daun bawang tersebut dengan plastik lalu mencampakkannya ke arah tingkap pemandu depan kereta Bentley tersebut.

Pemuda itu terpaksa mengalah dan menerima daun bawang berkenaan sebagai pampasan.

Sumber: nextshark

 

 

IKLAN