Seorang warga emas yang menjual sayur di Bandar Jinan, timur China tergesel bahagian tepi pintu sebuah model Bentley berwarna hitam.
Sebaik menyedari kejadian berkenaan, pemilik Bentley yang merupakan seorang pemuda itu turun dari kenderaannya untuk melihat kerosakan. Bagaimanapun, kereta mewah berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil.
Melihat keadaan warga emas tersebut yang merupakan orang kurang upaya, pemuda itu tidak meminta pampasan dan melepaskan penjual sayur berkenaan.
Beliau sempat memberi pesanan kepada warga emas itu lebih berhati-hati selepas ini apabila menunggang motosikal tiga rodanya.
Ads
Gembira dengan budi pekerti pemuda tersebut, sebagai tanda terima kasih penjual tersebut menawarkan sayuran jualannya iaitu daun bawang untuk ganti rugi.
Namun, pemuda berkenaan menolak dengan lembut dan mengatakan tidak perlu membayar apa-apa kepadanya.
Ads
Tetapi warga emas itu tidak berputus asa dan tetap mahu membalas kebaikan pemuda berkenaan. Justeru itu, dia membungkus daun bawang tersebut dengan plastik lalu mencampakkannya ke arah tingkap pemandu depan kereta Bentley tersebut.
Ads
Pemuda itu terpaksa mengalah dan menerima daun bawang berkenaan sebagai pampasan.
Kereta hilang, boleh ke ‘claim’ insurans. Kehilangan kereta akibat kecurian merupakan mimpi ngeri bagi mana-mana pemilik kenderaan. Selain daripada kerugian kewangan, insiden ini juga boleh menimbulkan tekanan emosi yang besar.
Persoalan yang sering timbul ialah: “Jika kereta saya hilang, bolehkah saya membuat tuntutan insurans?” Jawapannya bergantung kepada jenis perlindungan insurans yang anda ambil.
Ramai yang panik bila kereta kena curi. Tapi ramai juga masih tak tahu hak masing-masing bila benda ni jadi.
Jom kita faham secara ringkas:
YA, boleh claim kalau ambil insurans jenis “Comprehensive” (insurans full). Tapi kalau ambil 3rd party sahaja, memang tak dapat apa-apa pampasan – sebab insurans tu hanya lindung pihak ketiga, bukan kereta kita.
Kalau kereta hilang, tiada pampasan walaupun dah habis bayar. Insurans tak akan tanggung kerugian. Hanya Comprehensive Policy yang cover kecurian.
Kalau ada hutang dengan bank dan kereta kena curi, insurans akan bayar kepada bank dulu. Kalau pampasan cukup, loan akan settle. Tapi kalau nilai insurans rendah dari baki loan, kena top up sendiri baki hutang.
Insurans akan bayar, tapi mesti ikut syarat:
– Kena buat report polis dalam 24 jam
– Kena tunggu siasatan selesai (kadang 2-3 bulan)
– Kena pastikan insurans dalam tempoh aktif dan jenis komprehensif.
Nilai gantian ikut “Sum Insured” dalam polisi insurans. BUKAN ikut harga semasa pasaran. So kalau insurans kita declare nilai kereta RM30,000 – maka itulah maksimum yang boleh dapat, walaupun harga pasaran RM40,000.
Boleh, kalau nilai insurans cukup tinggi. Tapi ramai silap, letak “sum insured” rendah sangat masa ambil polisi, sebab nak jimat premium. Bila kena curi, kerugian sendiri yang kena tanggung.
Tip:
1. Kalau kereta masih hutang, ambil insurans comprehensive.
2. Pastikan sum insured selaras dengan nilai semasa kereta.
3. Kalau boleh, ambil sekali “Agreed Value”, supaya lebih pasti dengan jumlah pampasan.
Kereta hilang bukan sekadar hilang harta, tapi boleh jadi beban hutang. Jangan main ambil 3rd party saja sebab murah. Bayar lebih sikit untuk polisi komprehensif, demi ketenangan bila musibah datang. Nak selamat, semak balik polisi insurans kereta anda hari ini.
Boleh atau tidak buat tuntutan insurans jika kereta hilang? Ya, jika anda mempunyai insurans komprehensif yang melindungi kes kecurian. Penting untuk semak polisi anda dan faham perlindungan yang ditawarkan. Dalam situasi panik seperti kehilangan kereta, tindakan cepat dan tepat sangat penting untuk memastikan anda tidak terlepas hak untuk membuat tuntutan.
Sebagai pemilik kenderaan, pastikan anda sentiasa memperbaharui insurans dengan perlindungan yang sesuai dan fahami syarat-syarat yang dikenakan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Dalam kes ini, sediakan insurans sebelum kereta hilang!
Demam Hari Raya Aidilfitri kini hampir ke kemuncaknya. Sejak semalam ribuan kenderaan bergerak keluar dari ibu kota menuju ke segenap pelosok negara.
Dalam keghairahan balik kampung kita sudah biasa lihat ada kereta yang tersadai di tepi jalan akibat berlakunya kerosakan. Di antara masalah yang sering berlaku adalah enjin kereta menjadi terlampau panas atau overheat.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang ini negara kita sedang berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah ia dikatakan akan berterusan dalam minggu berikutnya.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.