Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.
Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan ‘ketosis’ dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.
Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan ‘ketosis’ adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.
Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.
Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.
Seseorang juga perlu meninggalkan ‘makanan proses’ yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.
Ads
Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.
Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk ‘pinggan makan’ yang dipanggil ‘Healthy Eating Plate’.
Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil ‘Choose MyPlate.gov’ dan di Malaysia dipanggil sebagai ‘Model Pinggan Sihat’.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Ads
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Ads
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdepan pandemik Covid-19 menuntut kita belajr banyak perkara. Sejak penularannya lebih setahun yang lalu kita telah belajar bagaimana untuk menggunakan cecair permbersih tangan atau mencuci dengan sabun secara kerap serta memakai pelitup muka.
Dan kini kita digalakkan pula memakai pelitup muka dua lapis dengan lapisan luar dari material fabrik manakala belah dalam pelitup three-ply. Selain itu kita juga digalakkan untuk mempunyai oximeter, sejenis alat bacaan perubatan elektronik yang mampu membaca kadar oksigen dalam badan.
Oximeter
Dengan jumlah kes positif yang masih banyak berlaku, kita digalakkan untuk mempunyai alat oximeter ini di rumah. Jika anda pesakit bergejala ringan maka sangat penting untuk memeriksa kandungan oksigen secara kerap setiap hari.
Namun untuk dapatkan bacaan secara tepat anda perlu melakukannya dengan betul. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi Facebook kendaliannya tentang cara mendapatkan bacaan oximeter dengan betul.
Rupanya ada cara yang baik untuk memaksimakan bacaan menjadi lebih tepat. Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1
Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2
Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3
Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut
Bagi pemburu kulinari salah satu saranan yang cukup dipandang tinggi buat merrka ialah ‘Michelin Guide’. Sama ada restorang mewah atau kedai tradisional ia pasti menjadi buruan ramai.
Terbaru, kedai manisan terkenal asal Hong Kong, Kwan Kee kini telah diperkenalkan di pasaran Malaysia. Baru-baru ini telah menyaksikan pelancarannya secara rasmi yang turut menyaksikan ia merupakan kedai yang pertama dibuka diluar Hong Kong.
Untuk pengetahuan anda, Kwan Kee telah mula beroperasi di Hong Kons sejak tahun 1965 sebagai kedai manisan yang diusahakan oleh Encik Fu Kwan.
Masih menggunakan kaedah tradisional untuk mengisar tepung beras, Encik Fu Wing Cheung merupakan generasi kedua pemilik Kwan Kee.
Hasil usaha yang dilaku kan mereka, Kwan Kee kini diiktiraf antara kafe jalanan yang disarankan oleh “Michelin Guide Hong Kong” selama 6 tahun berturut-turut dari tahun 2016 sehingga 2021.
Mango Sago Pomelo Sticky Rice Roll
Antara manisan yang laris terjual adalah kek rice bowl, kek bijan kukus, kek span gula putih dan kek kacang merah kukus. Pastinya setiap manisan yang disediakan dibuat setiap hari menggunakan mesin pengisar tepung tradisional.
Berikutan kesihatan yang tidak baik pada Encik Fu Wing Cheung dan anak beliau yang tidak mahu meneruskan perniagaan keluarga, jenama yang sudah melangkaui usia lebih setengah abad ini, kini diambil alih oleh Encik Sundy Chim, seorang perantis yang dipercayai oleh Encik Fu Wing Cheung.
Steamed Pandan Coconut Milk Cake
Encik Sundy Chim berkata “Walaupun sudah bertukar milik, Kwan Kee masih meneruskan tradisi yang telah diusahakan oleh Encik Fu. Setiap kuih dan manisan dibuat setiap hari untuk menjamin kesedapan dan kesegaran.
“Tepung beras dikisar setiap hari untuk membuat manisan tanpa menggunakan tepung beras yang dibeli dari kedai dan menggunakan mesin pengisar tepung tradisional. Selain itu kami juga masih mengekalkan resipi yang sama”.
Durian Sticky Rice Roll
Untuk cawangan di Malaysia, mereka memperkenalkan manisan istimewa iaitu Kek Beras Durian yang menggunakan durian Musang King.
“Kami memilih Malaysia kerana rakyat Malaysia yang gemar menikmati makanan yang enak sehingga digelar sebagai ‘foodie destination’. Selain itu kepelbagaian jenis makanan boleh didapati di Malaysia antara penyebab kami membuka cawangan pertama kami di Malaysia” tambah beliau.
Wife Cake
Kafe Kwan Kee di Malaysia kini dalam proses untuk mendapat sijil pengiktirafan HALAL dari JAKIM dan buat masa ini kesemua bahan yang digunakan dibeli dari pembekal yang HALAL untuk memastikan semua kaum di Malaysia dapat merasa keenakkan manisan dan kuih dari Kwan Kee.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daki yang berkerak hitam senang kelihatan di bahagian leher, lengkuk, pelipat tangan dan dikawasan-kawan yang terselindung. Peluh dan habuk yang melekat di permukaan kulit saban hari mampu membuatkan penampilan kulit kelihatan kusam dan lebih parah apabila ia meninggalkan kesam lebam dan kehitaman dipanggil daki.
Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?
Tabiat seperti mencukur dan memakai deodoran sebenarnya memberi impak kepada kulit di bawah lengan menyebabkannya menjadi gelap dari masa ke masa. Maskulin mahu kongsikan bersama iaitu dengan memanfaatkan susu, lemon dan gula kristal. Ternyata, cara ini memang membantu!
Cara:
Celup kapas dalam susu asli lalu sapukannya ke seluruh bahagian kulit yang berdaki. Urut sisa susu sehingga rata sebelum lap menggunakan sebarang kain bersih. Guna kain putih kalau hendak lihat jelas sisa daki yang tertanggal.
Celup kain bersih lain dalam air bersuhu panas dan tekapkannya di atas kulit untuk bantu mengembangkan daki. Tekap beberapa kali sebelum lap keseluruhan bahagian tersebut dengan kain sama.
Kemudian, tangkup sebahagian lemon dalam semangkuk gula kristal lalu sapukannya di atas kulit berdaki tadi. Gosok lemon yang sudah diselaputi gula beberapa ketika pada kulit sebelum menggosok sisa gula menggunakan tangan seperti skrub (Lakukan gerakan skrub selama 3 hingga 4 minit).
“Tepung gram adalah sejenis tepung yang lazimnya diperbuat daripada kacang kuda dan kacang dal.”
Contoh tepung gram yang boleh didapati di pasaraya. Sumber: Google Images
Langkah seterusnya, campurkan 5 camca teh tepung gram bersama 3 camca teh susu asli, 1 camca teh madu dan 4 titis jus lemon. Gaul kesemua bahan sebelum sapukan pes tersebut pada bahagian kulit yang dikehendaki.
Biarkan pes tersebut mengering seperti mask sebelum sapukan susu asli rata di atasnya.Urut selama 5 minit dan fokuskan gerakan pada bahagian berdaki.
Gunakan tuala lembab panas untuk bersihkan permukaan kulit. Hasilnya! Daki degil semakin pudar dan jika dilakukan beberapa kali pasti mampu mencerahkan kawasan gelap seperti di pelipat tangan, pelipat kaki, belakang leher, celah kangkang mahupun di bawah lengan.
Tonton Tutorial Menghilangkan Daki Menggunakan Bahan Dari Dapur
Jadi, sesiapa yang dah buntu tak jumpa cara berkesan untuk hilangkan daki tu bolehlah guna cara ini. Jika diamalkan selalu, tak mustahil kulit boleh licin dan bersih!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.