Tidak dinafikan salah satu jentera moden yang mampu membuatkan ramai terpegun dan terkesima melihatnya ialah Tesla Cybertruck!
Terbaru, Tesla Malaysia akhirnya membawa sensasi automotif terbaru, Tesla Cybertruck, untuk tatapan umum. Anda boleh menyaksikan sendiri Tesla Cybertruck di depan mata dengan mengunjungi Pusat Pengalaman Tesla yang terletak di Pavilion Damansara Heights.
MASKULIN difahamkan ia dibuka untuk umum bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 17 Mei 2024.
Buat masa sekarang Tesla Malaysia belum memberikan butiran mengenai sejauh mana anda dapat mendekati Cybertruck ini, tetapi kemungkinan ada pengaturan kawalan orang ramai semasa waktu puncak. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk mengunjunginya berulang kali dalam beberapa minggu akan datang.
SELURUH NEGARA
Tambahan pula, menurut wakil Tesla Malaysia, Cybertruck dipamerkan akan dipamerkan di Malaysia untuk beberapa bulan akan datang.
Walaupun masih belum jelas di mana lagi kenderaan elektrik yang gagah ini akan dipamerkan seterusnya, nyata sekali ini bukanlah satu-satunya perhentian dalam jelajah pameran mereka di seluruh negara.
Bagi anda yang bertanya-tanya, walaupun Cybertruck sudah terpampang di Pavilion Damansara Heights, ini tidak bermakna anda sudah boleh membuat pesanan untuk trak futuristik ini di Malaysia.
Ads
Foto: Tesla Malaysia
Buat masa ini, Cybertruck hanya dibuat dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), dan belum ada pengumuman dari Tesla mengenai kemungkinan pengeluaran versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat dengan mata kepala sendiri keajaiban teknologi Tesla!
Berikut MASKULIN kongsikan 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang jentera hebat ini!
Ketahanan Tetingkap Dipertikaikan
Salah satu momen yang paling terkenal dalam pelancaran Cybertruck ialah apabila tingkapnya, yang diklaim sebagai ‘Armor Glass’, pecah semasa demonstrasi.
Walaupun ini mungkin kelihatan sebagai kegagalan, ia sebenarnya menunjukkan tahap eksperimenasi dan inovasi yang Tesla berani ambil. Glass tersebut dirancang untuk tahan terhadap benturan yang ekstrem, walaupun masih memerlukan beberapa penambahbaikan.
Ads
Reka Bentuk Mencetus Kontroversi
Bentuk Cybertruck yang geometri dan tidak konvensional merupakan satu daripada ciri paling berbeza trak ini. Reka bentuk ini bukan sahaja estetik, tetapi juga fungsional, memaksimumkan kekuatan dan kestabilan kenderaan.
Ini adalah pendekatan yang berbeza dari kebanyakan kenderaan di pasaran, dan ia telah memecah pendapat di kalangan pengguna dan pemerhati industri.
Walaupun banyak perhatian diberikan kepada rupa dan teknologi Cybertruck, keupayaannya dalam laluan off-road adalah luar biasa.
Ads
Ia dilengkapi dengan sistem penggerak semua roda (all-wheel drive) dan suspensi yang boleh laras, membolehkan ia mengatasi pelbagai jenis medan dengan mudah. Ini menjadikannya bukan hanya trak kerja tetapi juga kenderaan petualang.
Foto: Tesla Malaysia
Pilihan Kustomisasi Pelbagai
Tesla telah menunjukkan bahwa mereka merancang untuk menawarkan Cybertruck dalam beberapa konfigurasi berbeza.
Ini termasuk pilihan motor tunggal, dua motor, dan tiga motor, yang akan mempengaruhi bukan sahaja harga tetapi juga prestasi, jarak pandu, dan keupayaan towing. Ini membolehkan pembeli untuk menyesuaikan Cybertruck mengikut keperluan dan keinginan mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebaik model Yamaha NVX 155 dilancarkan ke pasaran tempatan, ramai pengguna kecewa dan sedikit marah. Dalam keterujaan menunggu model skuter berkenaan tiba, ia dimusnahkan dengan pengumuman harga yang agak mahal. Ramai peminat dua roda melontarkan ketidakpuasan hati di laman Facebook Sinar Turbo.
Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga NVX 155 ialah RM10, 500 seunit (termasuk GST). Menurut penulis, sebaik model ‘panas’ dari HLYM itu tiba ke pusat jualan, harga NVX 155 mampu mencecah RM13, 000 seunit.
Jika di Indonesia ditawarkan dengan tiga varian iaitu standard, varian R dan varian S. Malaysia hanya menawarkan spesifikasi tertinggi sahaja. Maka pengguna tempatan tiada pilihan lain.
Di sini penulis senaraikan sebab kenapa harga NVX 155 lebih mahal berbanding Yamaha NMAX:
1) SISTEM ABS
Jelas sekali NXV 155 di Malaysia ditawarkan dengan sistem ABS. Ciri ABS sebenarnya agak mahal dan menyumbang kepada peningkatan harga NVX 155. Anda perlu menambah kira-kira RM1000+ untuk motosikal yang dilengkapi dengan sistem ABS berbanding tanpa ABS.
2) SISTEM KUNCI PINTAR (KEYLESS)
Sistem ini sudah banyak digunakan pada kereta. Sistem tanpa kunci tidak memerlukan anak kunci untuk menghidupkan motor. Cukup anda menyimpan kunci pintar di dalam beg dan hanya memutar tombol penghidup yang disediakan pada kanan hendal. Sistem ini juga dilengkapi dengan immobiliser.
3) SISTEM STOP & START
Sistem stop dan start menyumbang kepada penjimatan bahan api. Ia akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
4) SISTEM PENJANA MOTOR PINTAR
Ciri ini mempunyai kaitan dengan sistem stop dan start yang mana ia akan memastikan enjin motosikal dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya sedikit putaran pada pendikit motosikal.
5) CIRI ANSWER BACK
NVX 155 dilengkapi dengan ciri Answer Back yang mana memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
6) SOKET KUASA 12V
Soket mengecas telefon diletakkan di ruang simpanan mini yang terletak pada sebelah kiri hendal.
7) SKRIN DIGITAL LCD 5.8 INCI
Model skuter supersport Yamaha didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya. Sehingga informasi speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain mudah dibaca oleh pengguna.
8) TEKNOLOGI VVA
Dari segi mekanikal, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
1) HARGA
Nah…tentunya kekurangan pertama soal masalah harga. Hal ini kerana harga NVX 155 dianggap mahal oleh pengguna Malaysia. Dan…mungkin anda di antara pembeli akan berfikir terlebih dahulu sebelum membelinya. Mahar yang perlu dibayar itu sememangnya sudah dinilai sesuai jika dibandingkan dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada pengguna.
Jika anda menganggap harga berkenaan tidak berbaloi, masih banyak pilihan skuter lain di pasaran. Apa yang penting pengguna harus bijak membuat pilihan menepati bajet dan keperluan sendiri.
Secara peribadi, penulis berpendapat di Malaysia pengguna bukan bergantung kepada satu pengeluar, masih banyak lagi opsyen jenama yang lain. Tepuk dada, tanya selera.
2) MATERIAL PELANA
Posisi tempat duduk yang kurang selesa buat penumpang belakang dan material pelana yang sedikit licin di belakang akan menyebabkan pembonceng meluncur ke depan ketika penunggang membrek.
3) RUANG KAKI TERHAD
NVX 155 kurang selesa buat mereka yang tinggi terutamanya 180 sentimeter ke atas kerana bahagian lutut begitu rapat dengan ruang simpanan mini yang terletak di sebelah kiri hendal. Ini kerana penunggang tidak dapat melunjurkan kaki ke depan seperti gaya tunggangan santai NMAX. Sementara, NVX 155 lebih kepada gaya tunggangan skuter supersport. Tentunya kedua-dua skuter itu menawarkan sensasi tunggangan yang berbeza kerana memiliki konsep desain yang berlainan.
4) RUANG SIMPANAN
NVX 155 memiliki ruang simpanan yang terhad pada bahagian depan yang cukup berbeza dengan motor skuter yang lain.
Fenomena yang berlaku setiap kali Proton memperkenalkan model baharu bukan lagi sesuatu yang mengejutkan, tetapi angka kali ini benar-benar luar biasa.
Hanya lima hari selepas harga anggaran diumumkan, Saga Serba Baharu mencatat 10,000 tempahan sekali gus mencerminkan betapa kuatnya hubungan emosional rakyat Malaysia dengan sedan ikonik negara ini.
Lebih mengagumkan, jumlah tempahan tersebut bersamaan satu tempahan setiap 43 saat sejak dibuka pada 10 November.
Ia adalah bukti bahawa jenama kebanggaan Malaysia ini masih menjadi pilihan utama apabila berbicara tentang nilai, kepraktisan dan kejuruteraan automotif yang semakin matang.
Menurut Proton, permintaan menggalakkan ini bukan sekadar angka tetapi lambang kepercayaan rakyat terhadap evolusi terbaru Saga Serba Baharu.
Model generasi baharu ini dibina di atas Advanced Modular Architecture (AMA), disesuaikan dengan kepakaran R&D Proton yang semakin kukuh dan pemilikan penuh terhadap harta intelek rekaan.
“Saga Serba Baharu bukan sekadar sebuah kereta, ia adalah simbol kemajuan negara yang diolah semula untuk generasi baharu. Pencapaian 10,000 tempahan hanya dalam lima hari amat kami hargai,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa.
Beliau turut menambah bahawa kilang Proton di Tanjong Malim kini meningkatkan kapasiti pengeluaran agar penyerahan kereta dapat diteruskan sebaik sahaja pelancaran rasmi berlangsung.
Saga Serba Baharu menampilkan pakej yang jauh lebih matang melalui enjin i-GT 1.5L serba baharu bersama CVT yang lebih lancar dan jimat bahan api.
Ciri keselamatan turut diperkasa dengan sembilan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) serta enam beg udara untuk perlindungan optimum.
Bahagian kabin pula menerima transformasi besar, antaranya paparan skrin berkembar 16 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Proton turut menyuntik identiti lokal melalui perincian berinspirasi sulaman songket sebagai penghargaan terhadap warisan budaya Malaysia.
Walaupun membawa lonjakan teknologi, Saga Serba Baharu tetap mengekalkan nilai hebat untuk wang. Harga indikatif antara RM40,000 hingga RM50,000 meletakkannya sebagai sedan paling bernilai dalam kelasnya.
Untuk meraikan sambutan awal yang begitu menggalakkan, Proton menjalankan siri jelajah Ikonik Together Gather di beberapa lokasi tumpuan rakyat.
Bermula di Tapak Urban Street Dining KLCC dan Tebing Johor, siri ini akan diteruskan ke Pulau Pinang dan Kuantan dari 21 hingga 23 November.
Pendekatan ini bukan sekadar mempamerkan model baharu tetapi menghubungkan kembali Saga Serba Baharu dengan komuniti yang membesarkannya sebagai ikon nasional.
Aktiviti interaktif, muzik, makanan dan hadiah menarik menjadikan acara ini sebagai pengalaman gaya hidup penuh mesra dan inklusif.
Dengan 10,000 tempahan pertama telah direkodkan, Proton menawarkan promosi eksklusif kepada 10,000 pelanggan berikutnya. Tawaran sah sehingga hari pelancaran rasmi dengan pendaftaran lengkap selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 dan merangkumi:
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Saga Serba Baharu hadir bukan sekadar sebagai sedan mampu milik tetapi sebagai simbol evolusi industri automotif negara.
Dengan sambutan yang begitu menggalakkan dalam masa singkat, model ini membuktikan bahawa Proton terus menginspirasi hubungan, kebanggaan dan keyakinan dalam kalangan pemandu Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, kunjungi wakil jualan Proton berhampiran dan ikuti Proton Cars Official di media sosial untuk perkembangan terkini dan promosi baharu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila emosi menguasai tindakan, inilah akibatnya. Seorang ejen tarik kereta ditahan polis selepas bertindak luar kawalan dengan menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian R&R Pedas-Linggi, semata-mata untuk ‘menyelesaikan urusan’ tarik kenderaan.
Menurut Sinar Harian, tindakan berani tak bertempat ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, malah mencetuskan kemarahan ramai selepas video berdurasi 35 saat yang memaparkan tiga buah kenderaan menghalang laluan secara melintang di lebuh raya itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar Seremban kira-kira jam 12.30 tengah malam Rabu. Difahamkan, lelaki itu merupakan salah seorang daripada pemilik tiga kenderaan terbabit.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah ejen tarik kereta. Mereka halang laluan sekejap sahaja kononnya atas urusan tarik kereta. Tapi apa pun alasan, tindakan ini salah dan membahayakan,” tegas Hasani.
Menurut beliau, usaha memburu suspek lain yang terlibat masih diteruskan dan kes kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk:
✅ Seksyen 279 Kanun Keseksaan – Kesalahan memandu secara cuai dan membahayakan ✅ Seksyen 341 Kanun Keseksaan – Halang laluan secara tidak sah ✅ Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Halang dan membahayakan pengguna jalan raya
“Pihak polis memandang serius tindakan sebegini kerana ia mengancam keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya,” tambah beliau.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi: 📞 Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak – 010-5825384 📞 Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim – 019-7992519 📞 Bilik Gerakan IPD Rembau – 06-6851999
MASKULIN NAK PESAN: Lelaki sejati bukan hanya tahu buat keputusan berani, tapi juga bijak fikir sebelum bertindak. Nak selesaikan masalah hutang atau kenderaan, ikut saluran yang betul. Jangan sampai diri sendiri kena gari, maruah tercalar, atau lebih teruk nyawa orang lain jadi taruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembukaan Bonia Pavilion KL Concept Store dengan penuh gaya dan craftsmanship, diserikan kehadiran Joong Archen sebagai Brand Muse dalam acara eksklusif yang mencerminkan evolusi luxury lifestyle serantau.