Sebut sahaja nama The Rock atau Dwayne Johnson pastinya kita semua sudah terbayangkan bentuk badan pelakon dan ahli gusti tegap, ‘sado’ dan penuh dengan otot besar. The Rock merupakan di antara wajah gusti WWE yang paling popular sejak dulu sehingga kini.
Bahkan penampilan menerusi filem-filem lakonannya, The Rock sentiasa menayangkan bentuk tubuhnya yang sado dan tegap.
Namun penampilannya yang terbaru mengejutkan ramai pihak. Apa tidaknya dia muncul dengan fizikal yang jauh berbeza dan kurus berbanding dahulu.
Penampilan terbarunya menjadi tumpuan media dan lensa kamera Ketika mempromosikan filem terbarunya, ‘The Smashing Machine’ pada Sabtu lalu. Selebiriti serba boleh ini yang kini berusia 53 tahun membawakan watak ebagai Mark Kerr, juara UFC.
Di majlis gala tersebut The Rock tampil mengenakan kemeja berkolar biru, seluar hitam berserta cermin mata.
THE ROCK LAKUKAN DEMI KARAKTER
Menurut sumber, The Rock sebelum ini mempunyai berat badan yang mencecah 136kg. Tapi kini dia berjaya menjalani satu transformasi dengan disiplin dan keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badan. Kini dia mempunyai berat kira-kira 108kg.
Ads
Ternyata, The Rock telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 27kg dengan cara yang sihat.
Penampilan tersebut merupakan pengorbanan yang disifatkan The Rock sebagai sesuatu yang ingin dilakukan sejak lama.
“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu,” jelas The Rock dalam satu temu bual Bersama The Hollywood Reporter.
Perubahan ketara yang dialami The Rock ini sebenarnya bertujuan untuk menjiwai dan menjayakan wataknya dalam filem terbaru tersebut. sebagai ikon MMA, Mark Kerr.
Ads
“Saya sangat bertuah kerana memiliki karier yang membenarkan saya merealisasikan apa yang ada dalam fikiran.
“Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu melakukan hal yang lebih jauh dan saya mendapatkannya,” kata The Rock lagi.
Peminat jelas terkejut dengan perubahan ketara ini namun dalam masa yang sama teruja dan kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh The Rock demi menjayakan karakter lakonannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Teknologi USANA InCelligence menawarkan peringkat canggih nutrisi sains setelah saintis USANA menemui cara bagaimana nutrien berkomunikasi dengan sel untuk memulakan proses perindungan semulajadi dan pembaharuan. Kini mereka mula menilai semula formula dan mengemaskini produk USANA. Selepas bertahun-tahun memperbetulkan formula, suplemen CellSentials adalah evolusi seterusnya dalam produk pemakanan selular USANA yang luar biasa.
Suplemen Core Minerals Plus dan Vita-AO CellSentials庐 menyediakan Sokongan Beraksi Tiga Haluan: (1) mikronutrien menyuburkan, (2) proses melindungi dengan menyokong pengeluaran antioksidan semulajadi badan dan (3) mitophagy bertindak balas dengan penampilan pembersihan selular semulajadi yang menghilangkan mitokondria yang rosak dari sel.
Dr. Rob Sinnott, Ketua Pegawai Saintifik USANA berkata: “Badan anda mempunyai sistem kimia dan elektrik (sistem saraf) dan secara ringkasnya, pengisyaratan sel ialah cara sel berkomunikasi antara satu sama lain melalui pengutusan kimia di dalam badan anda.
“Teknologi InCelligence menyokong komunikasi selular yang normal dengan mempromosikan isyarat yang sihat dalam tubuh kita dan secara aktif mengaktifkan reaksi sihat dengan menggunakan kombinasi nutrien tertentu.
“Jika kita semua hidup dalam keadaan yang ideal, makanan akan memberikan kebanyakan nutrisi dan semua sebatian pengisyaratan sel positif yang kita perlukan. Tetapi selalunya terdapat jurang yang cukup besar antara keadaan yang ideal dan apa yang menjadi diet moden kita.
“Jadi matlamat kami adalah untuk mengisi jurang dengan suplemen, memastikan anda mendapat jumlah yang tepat untuk vitamin, mineral dan antioksidan, sebagai contoh.
“Terdapat beratus-ratus perkara yang boleh kita lakukan dengan pengisyaratan sel dan kami baru sahaja bermula menjelajah dan mencari. Saya sangat teruja dengan potensi yang ada, ” kata Sinnott.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sarapan oat memang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Selain rahsia untuk menurunkan berat badan, sarapan oat juga boleh membuatkan perut anda kenyang sampai tengah hari.
Bagi yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, anda boleh ikut cara Harith Faisal buat sarapan oat yang mudah hanya guna 3 bahan utama. Yang best, dengan mengamalkan sarapan oat ini dia berjaya menurunkan berat 10kg dalam masa 2 bulan.
Nak cuba? Jom ikuti perkongsiannya.
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
– 300 ml susu segar rendah lemak
– 4-6 sudu besar oat
– 2 sudu Nestum
Kau tengok video ni, mesti meleleh air liur.
Posted by Harith Faisal on Thursday, 23 November 2017
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Bagi peminat oat organik dan makanan organik yang lain, boleh dapatkan di sini:
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
#harithfaisal
SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan korang yang konon tengah diet.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN tertarik dengan perkongsian Public Health Malaysia tentang teknik yang mereka kongsikan untuk mengendurkan otot-otot yang sekali gus mengurangkan stres.
Ikuti perkongsian mereka di bawah:
Progressive Muscle Relaxation (PMR) mengajar anda untuk mengendurkan otot-otot anda melalui proses yang melibatkan 2 langkah.
Pertama, anda akan menegangkan otot tertentu seperti leher dan bahu anda. Kemudian, anda akan melepaskan ketegangan itu supaya otot anda kendur dan hasilnya, anda akan berasa relaks.
Latihan ini dapat membantu anda mengurangkan ketegangan serta tahap stres secara am, di samping membantu anda relaks apabila anda berasa gelisah.
Latihan ini juga dapat membantu anda mengurangkan masalah-masalah fizikal seperti sakit perut dan sakit kepala, di samping meningkatkan kualiti tidur anda.
Jom follow Instagram MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki sensasi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.