Aspek ketenteraan yang menebal dalam diri menjadikannya insan besi mempunyai misi dalam diri. Sebagai seorang prajurit veteran tentera US berkhidmat demi negara, memerlukan jaminan tubuh dan fizikal sihat dan sasa. Dengan rupa menjadi taruhan, peragaan menjadi medan seterusnya untuk Logan Franklin tawani.
ENGGAN DIBULI
Mula membina otot sejak dari berumur 14 tahun, Logan adalah seorang budak remaja yang sentiasa merasakan tidak selamat apabila berada di luar rumah. ‘Saya sering dibuli dan dikacau oleh budak-budak nakal yang berbadan besar daripada saya. Saya takut dan saya tekad untuk berubah’, akuinya.
Enggan dibuli lagi, Logan mula bersenam di gim rumah ayah saya. Sejak dari gred 7 hingga tahun senior, dia mula aktif dalam pelbagai sukan seperti bola sepak, rugbi serta motorcross bagi meningkatkan keyakinan.
‘Selepas 4 tahun kemudian, saya diberi peluang menyertai pasukan tentera pada usia 18 tahun dan menyertai skuad Divisyen Infantri ke 4 di Afghanistan. Pengalaman yang saya lalui di sana mengajar erti persaudaraan yang dibentuk hasil dari sikap tidak pernah berputus asa dalam memerangi keganasan di samping memberikan motivasi kepada orang lain’, jelas Logan.
DISIPLIN KETENTERAAN
Hampir beberapa tahun berkhidmat di negara orang, antara aspek yang digunakan bagi pengajaran hari ini ialah disiplin. Di sana, Logan sentiasa ditekan dan ditolak untuk sentiasa memperbaiki diri serta rakan yang lain. “Dalam apa jua kerja, elemen disiplin membantu dalam memberikan tumpuan kepada apa saja yang perlu dilakukan dan melakukan dengan betul, walaupun tiada siapa yang menonton”.
Selain itu, sekiranya off duty, Logan bersama dengan rakan skuad akan menghabiskan masa melatih diri dan disiplin di gim bagi mendapatkan tubuh besi yang diperlukan. “Kehidupan di kem bukannya mudah. Perlu kuat dari segi ketahanan mental mahupun fizikal. Di gim saya akan sentiasa menekankan aspek upper body serta pemakanan untuk gaya hidup yang sihat. Dan kini selepas pulang dari bertugas, segala latihan saya bawa untuk ‘misi’ di tanahair pula.
Akibat dari ledakan gambar-gambar Logan menayangkan susuk tubuh mulai viral di laman sosial, Logan menjadi model in demand dan mula diintai ramai jurugambar terkenal yang ingin ‘menembak’ dirinya untuk pelbagai kempen dan pentas peragaan seperti Luis Rafael, Michael Anthony Downs, Alex Wrightman dan ramai lagi.
Ads
“Sejak dari itu, ia ibarat wakeup call buat saya bagi memastikan ketahanan tubuh saya kekal untuk jangka masa yang lama, dan modeling boleh dijadikan kerja kedua buat saya. Dari situ, saya saya tidak henti melakukan latihan di gim bagi memastikan tubuh saya sesuai apabila berhadapan dengan lensa kamera”, jelas Logan.
Ditanya tiga jenis senaman kegemaran, ini jawapan Logan. “Secara jujurnya saya tidak tahu. Saya suka bersenam dan mencapai setiap pump di setiap kumpulat otot. Saya sentiasa mencampurkan variasi senaman agar saya tidak bosan dandapat merasai perkembangan setiap kali saya bersenam. Ya, saya akui ianya berbeza dari orang lain, tetapi itulah saya. Being normal is boring!”, akhiri Logan.
DIET MAKANAN HARIAN
Hidangan 1: 8 Telur Putih dengan yolk, 4 sudu camca krim
Hidangan 2: 7 kg ayam dan nasi putih (dimasak)
Hidangan 3: Whey Protein Shake dan 2 keping roti Ezekiel
Ads
Hidangan 4: 7 kg Dada ayam atau 8 kg daging, 3 ke 5 kg sayuran, asparagus, brokoli, bayam, kacang hijau dan 6kg kentang putih
Hidangn 5: 5 telur putih dan 1 bungkus oatmeal.
Hidangn 6: Salad salmon, salmon, sayur-sayuran dan kacang walnut
RUTIN SENAMAN
Isnin: Incline Smith Press 4 x 15, 12, 10, 10 / Incline Dumbbell Fly’s 3 x 12-15/ Flat Barbell Bench Press 3 x 12-15Selasa: Dada / Tricep / Abs – Incline bench press: 5 sets x 8 – 20 reps / Incline hammer press: 4 sets x 8 – 15 reps / Dumbbell flat Fly’s: 4 sets × 10 reps
Rabu: Belakang badan / Abs – Lat Pulldowns Wide Grip: 4 sets × 10 reps / Low Row: 4 sets × 10 reps
SENAMAN DALAM MASA YANG SINGKAT PERLULAH MELIBATKAN KESELURUHAN TUBUH BADAN DAN OTOT-OTOT UTAMA SEPERTI DELTOID, QUADRICEPS, HAMSTRING, PECTORALIS MAJOR, LATISSIMUS DORSI. IANYA KERANA MENGGERAKKAN OTOT UTAMA, DALAM MASA YANG SAMA OTOT KECIL JUGA AKAN TERLIBAT.
Masa rehat diantara ‘sets’ atau senaman perlulah dikurangkan kepada 30 saat. Lakukan senaman ini dengan pengulangan diantara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus senaman kali ini ialah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensity dengan menggunakan beban seperti dumbbell.
JUMPING LUNGES WITH DUMBBELL
Lunges kali ini kita tambah bebanannya dengan menggunakan dumbbell dan sedikit lompatan
Pastikan anda lakukan dengan bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kemampuan.
Anda tidak boleh melompat sekiranya beban dumbbell terlalu berat dan pergerakkan ( range of motion) anda akan terbatas.
Mulakan dengan satu langkah ke hadapan, dumbbell sentiasa di sisi dan bengkokkan kaki kepada 90 darjah kemudian tolak kaki anda ke posisi permulaan dan tukar kaki sebelah.
REVERSE WOODCHOP
Senaman ini menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
Mulakan senaman dengan berdiri tegak dengan memegang satu dumbbell dan letak di sisi kaki
Pastikan dada anda tegak kehadapan, bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat dan mulakan pergerakan dari sisi silang kearah atas bahu.
SPELL CASTER
Fungsi utama senaman ini untuk menggerakkan otot abdominals.
Berdiri dengan kaki anda dibuka lebih lebar dari bahu anda
Pegang dumbbell dengan meletakkan di sisi kaki kanan dan mulakan pergerakkan dengan menarik dumbbell ke hadapan dan ke sisi kaki kiri
Pastikan tangan anda tegak dan selari dengan lantai
Gerakkan torso anda dengan menghayun (swing) dari kanan ke kiri.
DUMBBELL JUMPING SQUAT
Senaman ini lebih effektif untuk membina otot glutes, hamstrings, calves.
Pegang dumbbell dan berdiri dalam keadaan tegak dengan dumbbell menghala sisi kaki anda.
Pastikan kaki anda dibuka selebar bahu anda dan sentiasa memandang kehadapan.
Mulakan pergerakkan dari posisi squat dan melompat ke udara
Semasa anda mendarat ‘landing’, lakukan dengan menyerap ‘absorb’ hentakkan untuk mengurangkan kecederaan lutut.
BILA DAH SADO TU, SILALAH DATANG KE KARNIVAL KARANGKRAF PADA 1- 3 JUN 2018 INI DI PERKARANGAN KARANGKRAF SEKSYEN 13 SHAH ALAM
selamat mencuba..
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya macam baru semalam kita di hebohkan dengan perkahwinan bekas 2 personaliti dan pengacara sama cantik dan sama padan ni. Dah 13 tahun rupanya personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah mendirikan rumah tangga dan tahun ini merupakan anniversary ke 13 mereka. Setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka, Aidid tidak pernah terlepas untuk mengucapkan doa dan rasa cinta Aidid kepada isteri tercinta.
Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini Aidid telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.
Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap keluarga.
“Dia faham kerja aku Dia tahan karenah aku Dia tahan lawak bodoh aku Dia always support aku Dia tak suka orang kencing aku Dia sayang aku sangat-sangat
“Thank you sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi…
“semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.
“Yang penting sama2lah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya utk menjadi pasangan didunia, tetapi kita doa utk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I ❤️you b! Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY ?” tulis Aidid.
Sweet kan ucapan Aidid buat isteri tersayangnya. Mari la kita sama-sama mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah dan peliharakanlah rumah tangga pasangan ini agar senantiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan serta dugaan yang merosakkan ikatan mereka, in shaa Allah, aamiin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang jutawan wanita dari Gwalior, India, mencetuskan sensasi selepas secara terbuka menyatakan kesediaan untuk berkahwin dengan lelaki menganggur. Tanya Mittal, usahawan berjaya yang memiliki empayar besar, menganggap status kewangan bukan ukuran utama dalam memilih pasangan hidup.
Dalam satu temu bual bersama NewScoop, Tanya berkata beliau tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja, malah bersedia menyediakan hidangan makanan untuk suaminya nanti.
“Saya tidak pasti sama ada di dunia ini mempunyai lelaki seperti yang saya inginkan. Tetapi saya tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja. Saya benar-benar percaya bahawa dalam hubungan, tiada istilah ‘chota-bada’ (hierarki),” jelas Tanya.
Wanita berusia emas itu menjelaskan, beliau tidak berminat mencari pasangan kaya kerana sudah cukup selesa dengan kehidupannya. Dengan tiga kilang, rumah seluas 26,000 kaki persegi, 800 kakitangan dan pasukan pengawal peribadi, Tanya beranggapan nafkah bukan lagi isu. Sebaliknya, beliau mahu mencari pasangan yang ikhlas menerima dirinya.
“Sebagai perubahan, saya rasa lelaki berhak untuk tidak risau menyediakan makanan di meja makan. Saya akan bekerja dan memasak untuk suami saya. Saya tahu semua kerja rumah,” katanya dengan penuh yakin.
Apa Maknanya Untuk Lelaki?
Fenomena ini memberi isyarat penting kepada lelaki moden: maruah seorang lelaki bukan hanya pada status kewangan, tetapi juga pada prinsip, tanggungjawab dan kepimpinan jiwa. Ya, wanita boleh menyara diri, bahkan lebih kaya daripada lelaki. Namun, lelaki tetap perlu ada hala tuju—membangunkan diri, mencari ilmu, dan menjadi sandaran emosi serta spiritual kepada keluarga.
Lelaki maskulin tidak takut jika pasangannya lebih berjaya, tetapi dia juga tidak selamanya bersandar. Perkahwinan yang sihat menuntut keseimbangan: wanita memberi sokongan, lelaki pula tetap memainkan peranan sebagai nakhoda keluarga.
Kisah Tanya Mittal ini mungkin luar biasa, tetapi ia membuka mata bahawa hubungan sejati dibina atas keikhlasan, bukan angka di akaun bank. Soalnya sekarang—adakah kita sebagai lelaki sudah cukup bersedia menjadi pasangan yang bernilai, walaupun tanpa jutaan ringgit di tangan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.