Masih belum ada kesempatan untuk ke Nights of Fright 6? Jangan risau, masih berbaki 4 hari lagi. Pintu dibuka pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam pada hari Jumaat hingga Ahad (26, 27 dan 28 Oktober) dan Rabu (31 Oktober 2018). Tiket dijual pada harga RM69 (harga normal).

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

Setiap tahun ketika ‘Halloween’ menjelma, Sunway Lagoon berubah wajah menjadi tempat yang benar-benar menakutkan. Menanti para pengunjung yang ingin merasai serta mendekati alam mistik serta misteri, NIGHTS OF FRIGHT (NOF) 6, Sunway Lagoon memberi jaminan kepada anda kepuasan yang lebih menakutkan berbanding edisi yang sebelumnya.

Kembali untuk tahun ke 6, NOF adalah festival terbesar dan paling dinanti di Malaysia. Dari 28 September hingga 31 Oktober 2018, Sunway Lagoon menjadi tuan rumah untuk lapan rumah berhantu, empat zon menakutkan dan pelbagai aktiviti untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

WENDIGO – THE LEGEND IN THE MIST’

Di mana menempatkan mitos dan raksasa. Dalam kisah dongeng, ‘Wendigo’ muncul sebagai semangat seperti kanibal yang memakan manusia. Wendigo dikatakan mempunyai tahap kelaparan yang tidak dapat dijangkau terhadap daging manusia

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

IKLAN

 

‘PHOBIA: COULROPHOBIA – THE FEAR OF CLOWNS’

 Menanti mereka yang takut badut. Mereka akan sentiasa berada di dalam fikiran anda. Anda berada di rumah mereka dan hadapi mereka berhadapan. Ramai yang menyatakan bahawa badut sepatutnya membuat anda ketawa. ANDA SALAH! Ia akan menanti anda, dan hanya ada satu sahaja jalan keluar.

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

IKLAN

‘SLAUGHTERHOUSE 13’

Bekas rumah penyembelihan dan penyediaan daging En Chan ini telah lama ditutup dan ditinggalkan selepas seorang pekerja, Lee Lee Choong menemui jasad manusia tergantung di cangkuk di dalam peti ais di rumah penyembelih itu. Adakah itu jasad anak yang telah lama hilang, Calvin Chan yang hilang secara misteri beberapa bulan lalu selepas bertengkar dengan ayahnya? Lee Lee Choong tidak pulih sejak kejadian itu dan kini menjaga bangunan usang sepenuh jiwanya.

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

‘ZOMBIE ZOO’

IKLAN

Mampukah anda bertahan dan selamat dengan amukan zombie di ‘ZOMBIE ZOO’? Sesuatu telah menyerang hendap ke dalam kandang zoo bawah tanah yang terletak jauh di dalam gunung. Keadaanya tidak terkawal, keganasan zombie ini telah membuak buak dan tidak sabar menanti kehadiran anda di zoo yang menakutkan ini.

Tidak Semua Lelaki Berani Masuk Ke Rumah Hantu

 

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI