Sejak berdekad lamanya Timberland telah membina reputasi mereka sebagai jenama yang terkenal menghasilkan pelbagai inovasi fesyen outdoor.
Rekaan pakaian dan terutamanya kasut daripada Timberland cukup dipercayai terutama buat penggemar aktviti luaran dengan aspirasi alam sekitar di sebaliks etiap rekaannya.
Bagi musim bunga dan musim panas tahun ini, Timberland memperkenalkan koleksi terbaru yang mengetegahkan elemen kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar.
KEMPEN GLOBAL
Ia juga selaras dengan kempen global mereka iaitu Nature Needs Heroes yang mempromosian komitmen tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia direalisasikan dengan mengaplikasikan kitar semula, penggunaan bahan organik dan juga material mesra alam.
Ads
Sekitar era tahun 80-an dan 90-an merupakan tempoh yang cukup signifikan buat rekaan fesyen outdoor kerana menampilkan penggunaan warna yang lebih terang, fabrik teknikal kalis angin dan semangat baru dibawa oleh kesedaran alam sekitar.
Ads
INSPIRASI RETRO
Koleksi terbaru Timberland Spring/Summer 2020 menampilkan rekaan daripada isnpirasi era tersebut dengan mengguabungkan elemen retro dan moden menjadi satu gaya yang lebih unik.
Ads
Padanan fabrik dan teknologi terkini oleh Timberland seperti ReBOTL dan TimberDry menjadikan koleksi ini memberikan lebih nilai kepada pengguna.
Antara koleksi yang paling menarik perhatian MASKULIN ialah Mount High WG Overhead Jacket dan kasut Brooklyn Leather & Fabric Super Oxford.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti seronok apabila kita diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan. Apa tidaknya, pasangan pengantin mahukan kita untuk turut serta meraikan salah satu hari yang paling bersejarah di dalam hidupnya. Memetik laman sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, memenuhi undangan perkahwinan adalah wajib bagi umat Islam melainkan mempunyai beberapa halangan tertentu.
Di sini Maskulin kongsikan beberapa pakaian yang boleh dipertimbangkan oleh para lelaki yang ingin menghadiri majlis perkahwinan.
Pakaian tradisional kebangsaan ini adalah pilihan paling selamat bagi para lelaki. Sudah pasti setiap lelaki memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju Melayu di dalam almari mereka. Sama ada jenis Cekak Musang mahupun Teluk Belanga, kedua-duanya tidak pernah gagal untuk membuatkan lelaki kelihatan segak. Dipakai begitu sahaja sudah memadai, apatah lagi jika dilengkapi dengan samping serta songkok. Bagaimanapun, elakkan memakai warna putih. Bimbang anda disalah anggap sebagai pengantin pula.
Bagi sesetengah lelaki, baju Melayu perlu dipakai lengkap bersamping serta songkok untuk menyempurnakan penampilan. Namun mereka juga tidak gemar memakai sebegitu kerana kurang selesa, apatah lagi jika majlis berlangsung di luar. Oleh itu, kurta adalah salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Pemakaian kurta adalah lebih santai berbanding baju Melayu, namun masih mengekalkan ciri-ciri ketampanan klasik seorang jejaka Melayu. Lebih menarik, kurta boleh dipadankan dengan pelbagai jenis seluar seperti khaki atau slack.
Kemeja juga adalah pilihan yang selamat untuk menghadiri apa-apa majlis sekalipun. Lebih menarik, ia sesuai digayakan ke majlis perkahwinan mana-mana kaum. Tetap tampil kasual namun kemas jika dipakai dimasukkan ke dalam seluar (tucked-in) ataupun dibiarkan begitu sahaja (lay-out). Untuk penampilan yang lebih santai, lipat sedikit lengan baju anda kira-kira ke paras siku.
Selain kemeja biasa, kemeja batik juga sudah semakin popular dikalangan lelaki kini. Selain tampak kemas dan selesa, pelbagai variasi corak batik moden juga membuatkan para jejaka tampil lebih unik. Kemeja batik berlengan panjang adalah pilihan yang klasik, manakala kemeja batik berlengan pendek pula lebih digemari oleh lelaki yang lebih muda.
Bagi sesetengah majlis perkahwinan yang berlangsung di lokasi yang lebih ekslusif dan formal, anda mungkin perlu mempertimbangkan pemakaian suit. Jika anda bimbang pemakaian suit mungkin agak berlebihan, anda boleh tampil secara separa formal tanpa perlu mengenakan tali leher atau bow-tie. Namun jika itu juga masih berlebihan, anda ada pilihan untuk menanggalkan blazer dan tampil dengan hanya berkemeja tucked-in sahaja.
Apabila diundang, penting untuk kita mengambil tahu apakah tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi agar kita boleh hadir dengan pakaian yang sesuai. Jika tiada tatacara pemakaian sekalipun, hadirlah dengan berpakaian kemas dan sopan.
Sudah semestinya tiada tuan rumah yang tergamak untuk menghalau anda jika anda hadir tanpa berpakaian yang kurang sesuai. Namun sebagai tetamu, mengambil sedikit usaha untuk tampil segak di majlis berkenaan juga adalah salah satu adab kita sebagai tetamu menghormati tuan rumah serta berterima kasih atas undangan mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Balik raya ni semestinya memenatkan kan? Tambah pula bila jem, lenguh kaku wyeh! Tapi bila dah sampai ke destinasi tu, senyum lebar pemandu sebab dapat berehat. Tentunya setelah bergelar anak yang sudah bekerjaya ni, mestilah ibu dan ayah korang dah pencen dari memandu kan? Jadi andalah yang kena memandu. Ingat lagi tak zaman nak ambil lesen memandu dulu, mak ayah dah pesan kan, nanti bila dah pandai bawak kereta, mereka pula jadi penumpang. Tapi, dah suruh anda memandu, mereka tak habis-habis membebel di sebelah atau belakang. Ini antara yang dilalui oleh anak-anak ketika ibu bapa menjadi penumpang.
Ingatkan zaman ambil lesen memandu saja yang akan berhadapan dengan JPJ, tapi bila dah habis Percubaan dah pro bawak kereta pun, masih kena kecam dengan ibu bapa bila bawa kereta. Macam-macam soalan memandu mereka kemukakan, contohnya jarak antara kereta anda dan kenderaan hadapan, patuhi had lajuan.
Biasalah anak muda, mestilah nak memandu sambil dengar lagu di corong radio kan? Tapi tidak bagi ibu bapa anda, mungkin kerana faktor usia, mereka sudah tidak boleh dengar bunyi yang sangat kuat. Jadi, daripada biarkan anda memekik dengan lagu, mereka akan ajak anda membawang!
Anda pun tahu kan, dengan aplikasi di telefon anda boleh dapat tahu dimana lokasi speed trap, tapi dengan adanya ibu bapa anda di dalam kereta, anda speed je, mulalah membebel. Had kelajuan kadang-kadang lebih lendah dari yang diberi. Nak melawan, orang tua. Kalau dia bawak kereta laju boleh, kita bawak tak boleh. Mesti anda pernah membebel benda ni dalam hati kan?
Mereka ini warga tua, yang lebih percayakan Signboard dan gerak hati daripada teknologi. Pernah tak anda pasang Waze, namun ibu dan ayah anda tidak mengikut laluan yang diberikan? Mereka ikut jalan lain kemudian, sesat?! hmmm inilah yang anak-anak zaman sekarang perlu lalui.
Mungki sesetengah anda yang kaki bawa laju akan mendengar background muzik di belakang atau sisi anda. Ibu anda merupakan insan yang gemar menjerit walaupun nampak kucing tepi jalan nak mengawan! ini pasti akan membuatkan anda turut terkejut dan anda akan menekan paddle break. Sabar je lah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hampir semua lelaki suka memakai jaket denim. Namun jika anda pakai jaket denim dengan gaya yang sama setiap hari, pasti membosankan.
Jangan sempitkan pemakaian jaket denim anda hanya dengan satu gaya sahaja. Cuba tunjukkan keberanian dan serlahkan penampilan maskulin anda dengan gaya jaket denim yang berbeza.
Pasti wanita akan tertarik dengan anda bila anda menggayakan lima stail jaket denim ini.
Ini merupakan gaya klasik yang menjadi kegemaran ramai lelaki. Anda akan kelihatan cool bila mengenakan jaket denim bersama t-shirt putih tanpa corak. Namun pastikan t-shirt anda tidak terlalu ketat, terlalu longgar atau terlalu jarang. Padankan gaya ini dengan seluar hitam dan sneakers bagi melengkapi gaya cool anda.
Memadankan jaket denim dengan t-shirt berkolar V juga boleh membuatkan penampilan anda nampak maskulin. Ini kerana kebanyakan lelaki hanya menyarungkan jaket dengan t-shirt berkolar bulat. Sesekali padankan bersama t-shirt kolar V juga memberi sau kelainan. Lebih menarik jika anda tambahkan dengan cermin mata hitam untuk menonjolkan imej santai anda.
Gabungan jaket denim juga sesuai digayakan dengan sweater. Namun pastikan anda menggayakan ini ketika cuaca di luar sedikit sejuk untuk menghangatkan badan. Jangan pula anda sarungkan ketika tengah terik matahari, bimbang makin berpeluh jadinya. Pilihlah warna sweater yang kontras dengan jaket anda.
Jaket denim sememangnya sesuai dengan seluar denim. Trik agar imej anda lebih menyerlah, sarungkan seluar denim berlainan warna daripada warna jaket denim anda.
Selain gaya ringkas, jaket denim juga boleh dipakai ke pejabat untuk gaya formal. Padankan jaket denim bersama kemeja dan tali leher untuk gaya yang berbeza.