Semalam, penulis dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur setelah mengikuti rombongan perkahwinan di Kedah pada hari Sabtu.

Pada mulanya, perjalanan begitu lancar namun tidak disangka-sangka di Kilometer 259.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, berlaku kebakaran yang melibatkan dua buah lori.

Jadi penulis bersama keluarga stuck dalam kesesakan yang sangat panjang bermula pukul 1 petang dan melepasi kawasan kejadian kira-kira pukul 5 petang.

Jadi nak berhenti di Kawasan rehat dan rawat (R&R) pun penuh dengan orang ramai. Apa boleh buat, hadap sahajalah kesesakan tersebut.

Lebih kurang pukul 10 malam baru penulis sampai ke rumah yang berlokasi di Gombak. Barulah masing-masing dapat menarik nafas lega.

Menerusi pengalaman yang cukup memenatkan ini, penulis ingin berkongsi tip untuk anda yang bakal berjalan jauh seperti :

1. Sediakan air minuman

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Simpan sedikit air minuman di dalam kereta. Banyak-banyak pun tak apa. Jangan semuanya simpan di dalam bonet kereta. Susah kalau anda nak keluarkan jika tiba-tiba haus.

Ads

2. Banyakkan makanan ringan

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Bawa bekalan makanan dalam kereta anda seperti roti, telur separuh masak, kerepek dan gula-gula. Kalau berdepan dengan kesesakan panjang, tak adalah anda begitu kelaparan sebelum dapat tiba di R&R.

3. Sediakan tuala, tisu dan pampers bayi

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Sediakan tuala dan tisu yang banyak. Selain itu, pampers bayi juga perlu ada dalam kereta. Boleh terus tukar tanpa berhenti di tepi jalan dan menambahkan lagi kesesakan. Sediakan juga wet tissue untuk membersihkan kotoran pada bayi. Kalau tidak, sepanjang perjalanan memang akan berbau.

Ads

4. Buang isi perut dan pundi kencing

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Ini adalah dua perkara yang sangat azab apabila berjalan jauh dan berdepan kesesakan. Kalau tak buang isi perut, boleh jadi biru muka menahannya. Kalau pundi kencing penuh, lelaki tak ada masalah kerana ada ‘saluran’ yang boleh dibuang sementara dalam botol jika keadaan terdesak. Bagi kaum wanita, boleh jadi masalah yang sangat besar. Mujur agak kuat dari segi ‘menahannya’.

5. Caj power bank penuh-penuh

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Kesesakan lama boleh menyebabkan bateri anda cepat habis. Bukan apa, dah tak ada benda yang boleh anda buat kecuali main game, tengok YouTube dan sebagainya. Kalau bateri habis, nak caj lambat pula. Power bank adalah penyelamat.

Ads

6. Isi minyak full tank

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Sentiasa pastikan tangki minyak diisi dengan penuh. Paling kurang empat bar ke atas. Kalau dah tinggal dua atau tiga bar, berhentilah seketika sebelum memulakan perjalanan dan isi minyak di stesen petrol yang berdekatan.

7. Maklumkan kepada ahli keluarga

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Ada sesetengah tempat langsung tiada line telefon. Ada baiknya ada hubungi atau maklumkan kepada ahli keluarga sementara line telefon masih ada tentang kesesakan luar biasa itu. Tidaklah mereka menunggu-nunggu atau risau berlebihan jika call tiba-tiba tak dapat.

8. Servis kereta

Tip Berdepan Kesesakan Luar Biasa, Buat Perkara Ini Sebelum Berjalan Jauh!

Ini part yang paling penting. By hook or by crook, sila servis kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jauh. Kalau rosak tengah-tengah jalan dekat highway, memang boleh jadi sangat stress. Rasa macam nak bergaduh meski pun ia kesalahan anda sendiri.

Apa-apa pun, siapkan mental dan fizikal untuk berjalan jauh. Lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI