Sejak kebelakangan ini hujan boleh dikatakan turun setiap hari di kebanyakan kawasan selurh negara. Biasalah bila musim hujan pastinya antara masalah utama dihadapi kita ialah berdepan dengan masalah kelembapan tinggi.

Antara masalah yang sering kita hadapai ialah masalah kereta berbau hapak. Biasanya ia disebabkan oleh kerusi kereta yang dibasahi ketika kita masuk kereta semasa hujan. Atau disebabkan karpet lantai kereta yang terkena air dan kering secara semula jadi dalam kereta.

Bau hapak dalam kereta memang cukup menyakitkan hati. Apatah lagi jika kita tumpangkan orang lain dalam kereta. Pasti berasa malu disebabkan kereta berbau busuk.

Untuk atasi masalah ini anda boleh gunakan beberapa produk sembutan yang dijual di pasaraya. Namun sebenarnya ada boleh gunakan bahan-bahan semula jadi untuk atasi masalah bau hapak.

BIJI KOPI

IKLAN

Untuk mengurangkan bau hapak anda boleh gunakan biji kopi. Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh letakkan dan gantung berhampiran dengan lokasi penghawa dingin keluar. Bau kopi boleh melawan bau hapak dan kereta anda juga akan berbau lebih menyenangkan hidung.

BACA: Tip Cuci Kereta Dengan Betul, Barulah Cat Pada Kereta Tak Rosak!

ARANG

IKLAN

Sejak turun-temurun arang telah digunakan untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Lebih elok diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Anda juga boleg bungkus arang dalam kain yang ditebuk lubang.

PANDAN

Daun yang cukup sinonim dengan bau wangi dalam masakan tempatan ini juga boleh digunakan untuk melawan bau hapak dalam kereta. Dapatkan beberapa keping helai daun pandan dan ikat. Kemudian letakkan daun pandan yang diikat itu di lantai kereta. Anda juga boleh melakukan hirisan halus dan letakkan dalam kain berbentuk seperti sup bunjut.

IKLAN

LIMAU NIPIS ATAU KASTURI

Jika berlaku tumpahan minuman sebagai contohnya minuman coklat, ia akan mendatangkan bahana kepada kereta. Ini kerana ia boleh bertukar berbau sangat masam dan basi! Untuk kawal perkara ini daripada berlaku anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi. Selepas dibersihkan perahkan hirisan limau ke bahagian yang terkena minuman tersebut.

LEMON

Sama seperti limau nipis atau kasturi, lemon membawa fungsi yang lebih kurang sama. Cuma kulit lemon juga boleh digunakan untuk hilangkan bau hapak kereta. Hiriskan kulit lemon dan letakkan dalam kain kecil. Letakkan ain tersebut di dalam kereta berhampiran dengan penghawa dingin.

Selamat mencuba!