Tidak lengkap rasanya seorang lelaki yang ingin tampil bergaya sofistikated dan macho tanpa mengenakan kaca mata hitam.
Selain fungsinya untuk keselesaan mata, kaca mata hitam sebenarnya sebuah ekspresi gaya yang sangat mempunyai signifikan sangat besar terhadap lelaki.
Ia bukan sahaja boleh melahirkan imej yang hebat malah kaca mata hitam juga boleh menjadi salah satu cara yang paling senang untuk anda kelihatan relevan dengan fesyen semasa.
Kini lebih banyak jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal terdapat di pasaran, dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata punyai variasi pilihan rekaan dalam pelbagai bentuk saiz, tata hias dan perincian untuk semua individu.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Tip memilih sepasang cermin mata
1. Kepentingan saiz
Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Ads
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
2. Hidung
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
Ads
Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
3. Mata
-Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat.
-Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
4. Ringan atau berat cermin mata
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk kaca mata bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana kaca mata ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa yang berlaku di Universal Studios Japan di Osaka pada hari Selasa lalu melibatkan Roller Coaster Dinosaur Jurassic Park yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk menaiki Roller Coaster apabila anda pergi ke taman hiburan. Ini kerana Roller Coaster yang membawa kira-kira 60 penumpang, terhenti dengan sendirinya di pertengahan dan menggantung kesemuanya dalam keadaan terbalik selama 2 jam.
Dengan itu, Taman hiburan tarikan Jurassic Park ini akan menjadi sebahagian daripada pusat pelancongan yang paling menakutkan. Pengurus Taman Hiburan itu memohon maaf dan berkata masalah itu disebabkan oleh peranti mengawal motor di landasan gerabak.
Menurut Japan Times, kesemua 60 penumpang menaiki gerabak tersebut yang terdiri daripada dua gerabak. kedua-duanya tersangkut di pertengahan kira-kira jam 4.45 petang. Kejadian ini sebenarnya telah berlaku sekitar Ogos tahun lalu. Satu gerabak tersangkut di tengah-tengah dalam keadaan terbalik dengan ketinggian 20 ke 30 meter dari arah tanah, semetara satu gerabak lagi tersangkut berhampiran dengan terminal.
Memang menggerunkan, akhbar Jepun Asashi Shimbun telah merakam detik-detik mencemaskan dari sebuah helikopter. Sudah semestinya ini tidak menatahkan semangat peminat-peminat tegar aksi gayat dimana mereka masih beratur untuk menaiki permainan tersebut. Roller coaster ini kembali beroperasi seperti biasa selepas masalah berjaya diselesaikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ping pong adalah sukan sihat yang boleh keluarkan peluh dan menguji ketangkasan pemain melantunkan bola selain buatkan anda nampak kaya.
Namun pernah tak anda terbayang, set paddle dan bola ping pong anda itu memiliki beg secara eksklusif untuk ditayangkan?
Idea gila dari LV
Lebih rare lagi, Louis Vuitton (LV) tampil dengan koleksi ping pong tersebut dan penggemar jenama mewah ini pasti akan teruja untuk membeli satu set koleksi ini.
Menariknya, set ping pong ini tersedia dengan 4 biji bola ping pong dan pada bola tersebut diletakkan logo ikonik Louis Vuitton.
Selain itu, sarung untuk paddle diperbuat menggunakan kulit dan corak monogram logo ikonik Louis Vuitton juga diletakkan.
Harga hampir RM10,000
Set ping pong ini sudah boleh dibeli secara atas talian dan untuk memilikinya, anda harus sediakan $2,210 (sekitar RM9,244.43) untuk nampak kaya di meja ping pong.
Selepas membeli set ping pong ini, agak-agak pihak lawan boleh fokus lagi tak untuk meneruskan permainan sehingga tamat?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.