
Titisan air yang dibiarkan tanpa akibat hujan, embun atau membasuh kereta boleh menyebabkan watermark pada cermin kereta.
Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.
Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta.
Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw. Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.
Cara yang ditunjukkan memang mudah dan murah.
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta guna pes pencuci pinggan
1. Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).
2. Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.
3. Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.
4. Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.
5. Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.
Sumber: Bezza_jerw
Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Kesan & Dapatkan Semula Handphone Yang Hilang!

Bila kehilangan handphone, kebarangkalian untuk anda menemuinya semula sangatlah nipis. Bukan tak ada manusia yang jujur nak pulangkan balik, namun perkara itu sangat jarang berlaku. Handphone anda akan terus hilang tanpa dikesan.
Namun selepas ini anda tidak perlu lagi bimbang jika kehilangan handphone, kerana ada cara mudah yang boleh anda ikuti untuk mengesannya semula.
Jom baca pengalaman Hafiz Azizan kehilangan handphonenya dan bagaimana dia berjaya mengesan semula handphonenya yang hilang dengan cara mudah ini.
SAYA SALAH SEBAB CUAI
Kisahnya semalam lepas bawak anak bini lunch di Marrybrown pasaraya TF Sungai Siput. Anak pon ajak la main sekejap kat pusat game kanak2 depan tu..
Nak jadi cerita wife pon tertinggal phone kat situ.. Dah balik baru tersedar.. Then bila pegi balik cari.. Dah takde..
Saya tnya kaunter servis, kaunter pusat game dan kaunter Marrybrown semua cakap takde jumpa.. Then sy perasan ada cctv kat area pusat game tu.. Apa lagi.. Mintak tolong staff situ replay pada masa kejadian dan memang ada makhluk yg ambil kesempatan atas kecuaian saya ?.
Dengan nasihat sorg kawan utk guna google, sy trace phone tu dan dapat lokasi rumah.. Dapat lokasi kedai phone jugak.. (tempat2 yg pelaku stop beberapa ketika)
Alhamdulillah harini dah dapat semula phone tu atas bantuan pihak polis. Pelaku mengaku tak bersalah walau dah jual kat kedai. But its ok.. As long as phone tu masih dalam keadaan asal. (Malas nk panjangkan hal)
BACA: Cara Mudah Pulihkan Telefon Yang Masuk Air, Guna Beras & Bahan Penyahlembapan Je!
So apa sy buat untuk trace semula handphone ni maybe boleh sama2 jadi panduan.
1. Call semula phone yg hilang tu 2 ke 3 kali jarak masa yg berlainan. ( In case orang yg ambil tu tunggu untuk pulangkan). Dalam kes sy ni dia cancel call sy.
2. Trace handphone guna apps life360. Atau kalau xde install macam sy.. Boleh ke link ni – https://myaccount.google.com/find-your-phone
Penerangan pada setiap gambar di bawah mcm mana nk guna link tu ya.
(A) Lepas je klik link di atas, terus keluar paparan macam ni. Boleh open di phone lain atau pon di desktop. Kat sini akan terpapar lokasi mana sahaja email kita tu di login. So just klik pada phone kita yg hilang tu.
(B) Login email yg digunakan pada phone yg hilang tu.
BACA: Tip Anak Muda Simpan Duit Ribuan Ringgit Cara Sempoi, Orang Gaji Ciput Pun Boleh Guna!
(C) Pilih locate untuk ke paparan seterusnya.
(D) Paparan ni keluar lepas klik pada locate. Ada map di bahagian atas. Map ni di pin betul2 atas lokasi semasa tau. Accurate.
(E) Jika klik pada “SECURE DEVICE” pulak, akan keluar paparan macam ni. Kita boleh set message pada screen dan letakkan no fon alternative untuk dihubungi.
(F) Ni la rupa paparan “SECURE DEVICE”, screen akan auto lock dan akan keluar paparan macam ni everytime dia cuba nk unlock screen.
(G) Klik pada bahagian “PLAY SOUND”.. Handphone yg diambil tu akan berbunyi selama 5 minit walau pon dah di silent oleh si pelaku.
Klik pada bahagian "PLAY SOUND".. Handphone yg diambil tu akan berbunyi selama 5 minit walau pon dah di silent oleh si pelaku.
Posted by Hafiz Azizan on Sunday, July 8, 2018
3. Rekod atau screen shot tempat2 penting yg dia pergi. Dalam kes sy ni.. Sy ikut dan waze ke tempat2 dia pergi tu.. Dia balik rumah dan ke kedai phone ?.
4. Report polis maklumat2 yg ada dah dapat kat atas tadi. Seperti yg sy tegaskan, involve polis lebih secure.. Bukan untuk suruh polis tangkap dan humban si pelaku masuk penjara ye ?.
Insya Allah, kalau ada rezeki boleh dapat semula handphone yg hilang tu.
Ustaz Ini Ajar Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Letakkan Ais Batu

Aduh tiba-tiba sakit kepala, apa nak buat? Sabar! Mungkin cara yang dikongsikan oleh Norazri Medzlan ini dapat membantu anda. Menurutnya letak ais batu di tengah-tengah tengkuk selama 10 minit (seperti dalam gambar) dan biarkan ais itu mencair…
Pening kepala akan hilang dan kepala pun menjadi ringan. Katanya pada mulanya dia seakan tidak percaya dengan teknik ini dan hanya nampak orang share di sosial media.
Namun semua itu berubah apabila dia mencuba dan buat pengetahuan semua dia sudah mencuba sebanyak 2 kali. Pada pertama kali itu dia sakit tengkuk kerana salah bantal.
Baca: Kepala Pusing? Ini Petua Merawat Sakit Kepala Dengan Air Mandian Limau Nipis!
“2 kali dah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab (salah bantal). Hari ni sakit kepala(migrain). Letak ais batu dalam 10 minit kat tengah-tengah tengkuk terus hilang pening, ringan terus kepala ni. Macam tak caya pulak. Sebelum ni baca je org share, hari ni saya cuba pulak. Betullah hilang dah pening.” Tulisnya di Facebook.
2 kali dah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab (salah bantal)🤭. Hari ni sakit kepala(migrain). Letak ais batu dalam 10…
Posted by Norazri Medzlan on Tuesday, 21 April 2020
Tambahnya jika ingin buat di dahi, boleh cumanya letakkan ais batu pada kuantiti yang sedikit dan gunakan tuala sekali.
“Kalau kat dahi ambil tuala letak ais batu sikit lepas tu letak kat dahi…” tulisnya di ruangan komen.
Sumber: Norazri Medzlan
Nak Tahu Keperibadian Anda Bagaimana? Kongsi & Baca 12 Waktu Kelahiran Ini!

Ramai yang tidak mengetahui keperibadian seseorang itu boleh ditentukan melalui waktu-waktu kelahiran anda sewaktu bayi dahulu.
Kedengarannya agak aneh namun itulah ilmu astrologi yang dikongsi bagi membolehkan orang ramai mengkaji cara hidup dan perangai yang akan dibawa seseorang itu.
1. Waktu lahir pukul 5-7 pagi (Sekitar Subuh)
Individu yang lahir pada waktu bersifat sangat lembut, suka kebersihan serta berpakaian rapi. Individu yang lahir pada waktu Subuh juga dikatakan sangat peramah serta bersikap rendah diri selain memiliki akhlak yang sopan. Individu yang lahir pada waktu Subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang cukup memahami orang lain, murah hati dan selalu membantu orang lain.
2. Waktu lahir pukul 7-9 pagi
Karakter individu yang lahir pada waktu pagi memiliki cita-cita tinggi. Walaupun sedikit kurang sabar dan keras hati, anda dikatakan memiliki komitmen yang sangat kuat, bersifat jujur serta harga dirinya tinggi membuatkan dia boleh mencapai masa hadapan cerah menerusi berkat usahanya sendiri.
3. Waktu lahir pukul 9-11 pagi
Individu yang lahir pada waktu awal tengahari cenderung menjadi seseorang yang mementingkan penampilan. Anda dikatakan memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.
4. Waktu lahir pukul 11 pagi
Pukul sebelas pagi biasanya dikatakan waktu kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Mengikut ilmu astrologi, anda adalah seseorang yang suka mengembara dan bersikap murah hati. Individu yang lahir pada waktu ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuat anda menjadi seseorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
5. Waktu lahir pukul 12 – 1 petang
Individu yang lahir pada waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah sejenis orang yang aktif dan energetik. Anda wujud dengan penuh rasa ingin tahu dan suka meneroka. Selain itu, individu yang lahir pada waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Anda boleh menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Anda juga dikatakan mudah bertemu jati diri dan tahu apa yang anda diinginkan dalam hidup ini.
6. Waktu lahir pukul 2-5 petang
Anak yang lahir pada waktu ini dikatakan seseorang yang bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Namun demikian, anda dikatakan sering kelihatan sedih padahal anda sebenarnya sedang berfikir. Jika ada orang lain membuat sesuatu perkara yang tidak baik terhadap anda, anda akan melawan dan membela diri. Kepercayaan diri anda juga tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Anda seseorang membenci kekerasan namun bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
7. Waktu lahir pukul 5-7 malam
Individu yang lahir pada waktu ini memiliki keperibadian terbuka namun kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meskipun demikian, anda adalah seseorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik serta tahu bagaimana untuk bertahan dalam situasi yang sukar. Anda memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekeliling dan mempunyai dedikasi yang tinggi pada setiap pekerjaan selain boleh dipercayai. Selain itu, anda juga mudah menarik perhatian orang di sekeliling dengan gaya yang suka bergurau namun tetap tegas apabila diperlukan.
8. Waktu lahir pukul 7-8 malam
Individu yang lahir pada waktu Maghrib sehingga Isyak membesar sebagai seseorang yang penuh rasa empati. Anda dikatakan ikhlas dalam membantu orang lain. Selain itu, anda memiliki pembawaan diri yang ceria dan boleh menerima apa-apa sahaja dalam hidup.
9. Waktu lahir pukul 8-12 malam
Individu yang lahir pada waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter anda sebenarnya boleh dilihat sejak usia muda lagi namun untuk tempoh waktu ini, ada pecahan karakter seperti berikut :
a) 8 – 10 malam: Anda suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan ketika membuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan benci melakukan kesalahan.
b) 10 – 12 malam: Anda dikatakan seseorang yang periang dan sangat menghargai kreativiti selain pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
10. Waktu lahir pukul 12 malam–4 pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran individu yang penuh imaginasi. Anda juga dikatakan memiliki keperibadian yang sedikit sensitif.
11. Waktu lahir pukul 12 malam – 2 pagi
Individu yang lahir ketika ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam.
12. Waktu lahir pukul 2 pagi – jam 4 pagi
Anda yang lahir pada waktu awal pagi sehingga menjelang Subuh dikatakan menjadi seseorang yang mahir berkomunikasi selain ada perasaan rasa ingin tahu. Peluang anda berjaya dalam karier sangatlah besar. Anda dikatakan selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.
Anda lahir pukul berapa? Kongsikanlah. Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya.
Jika diri sudah jauh tersasar daripada matlamat awal, mungkin perkara ini boleh dijadikan rujukan untuk mengembalikan semula karakter yang sudah hilang dalam diri anda.