Kebanyakkan orang alpa dengan kasut sukan yang dibeli oleh mereka. Tahukah anda bahawa kasut memainkan peranan penting dalam aktiviti harian setiap orang? Jangan main pillih je kasut tu. Ini antara tip untuk anda beli kasut yang berkualiti disamping harga yang berpatutan.
Memilih kasut berlari “saiz betul”.
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai dengan ketat. Berkualiti macam mana pun kasut anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda beli. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi hati-hati apabila memilih kasut ye!
Cuba kedua-dua bahagian kasut ketika mencuba
Ads
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza. Jangan pernah pakai sebelah kaki saja dan terus beli kasut tersebut, takut nanti menyesal bila dah balik rumah.
Lakukan penyelidikan asas
Ads
Sebelum anda membeli, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas dari mereka yang telah membeli. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut pun, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall, tapi tak kena citarasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.
Sneakers kat Tomazni pun macam menarik. Boleh klik sini:
Ads
Fahami trek anda
Anda sendiri tahu bagaimana dan dimana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek anda. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, cari kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilih juga kasut yang berseuaian untuk permainan dalam bangunan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun wajah-wajah mereka dikatakan ‘jambu’, ‘pembedahan plastik’ namun anda tidak boleh menafikan tubuh badan mereka yang begitu mengiurkan. Mungkin ada yang berkenan dengan tubuh macam ni?
Gong Yoo
Kepada anda yang belum kenal dengan lelaki ini, dia merupakan Fattah Amin versi korea, kerana ini merupakan pelakon utama My Coffee Prince yang diadaptasikan semula tu. Gong Yoo yang kini berusia 38 tahun itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang pelakon wanita. Siapa tak minat dengan drama Korea pun pasti akan pernah lihat Gong Yoo di dalam filem paling laris Korea Train To Busan.
Ji Chang Wook
Namanya tidaklah begitu gah di Asia, namun peminat filem dan drama Korea pasti sudah terbiasa dengan nama ini. Pelakon ini mula berani tayang badannya ketika dalam drama bersiri K2 dimana dia memegang watak sebagai pegawai peribadi kepada anak tokoh politik. Dari situ penggemar drama korea mula sedar akan kewujudannya dalam industri. Dikhabarkan, kerana drama tersebutlah, beliau membuat badan
Lee Dong Wook
Pelakon ini mula menempah nama di sekitar asia dengan drama hitnya My Girl. Ketika itu, drama ini ditayangkan di 8tv. Siapa tengok? Walaupun baru-baru ini berita beliau dan penyanyi/pelakon Suzy sedang menjalinkan hubungan cinta, ia tidak mematahkan semangat peminat untuk melihat tubuh badan beliau. Jika anda perasan, baru-baru ini beliau ada berlakon bersama Gong Yoo di dalam drama Goblin.
Lee Min Ho
Tipulah kalau anda tidak mengenali jejaka Korea idaman ramai ni. Dia mula dikenali menerusi drama bersiri boys over flower yang Hit dikalangan anak muda tahun 2009. pada ketika itu, beliau hanya fokus pada lakonan, tapi sekarang ni, beliau lebih banyak habiskan masa di gym. Menarik kan badan beliau.
Song Joong Ki
Mesti ramai yang patah hati kan bila mendengar berita pelakon lelaki dari drama bersiri Descendants of the sun ini sudah mendirikan rumahtangga bersama heroin dari drama yang sama. Walaupun mempunyai umur yang berbeza, mereka berdua tampak serasi. Sebenarnya Song Jong Ki telah mula membina badan sebelum beliau menjalani pengambaran drama Descendants of the sun lagi. Namun, dalam drama ini, beliau mengetatkan lagi jadual makanan untuk tampak seksi dimata penonton.
Choi Siwon
Tahukah anda bahawa kpop wave hebat saat Super Junior hadir di Malaysia. Ketika itu, semua wanita teruja dengan kehadiran jejaka-jejaka berdarah Korea Selatan ini. Salah seorang ahlinya yang kini lebih banyak berkecimpung dalam dunia lakonan ialah Choi Siwon. Badannya? Anda judge sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat penggemar fesyen terutamanya sudah pasti mengetahui tentang hasil kerja tangan dan seni yang cukup berkualiti datang dari negara Itali.
Salah sebuah jenama yang sinonim dengan penghasilan kasut dari negara tersebut, GEOX dikenali ramai kerana mampu memnyediakan pelbagai variasi gaya menarik.
Terbaru GEOX telah menampilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 23/24 dengan mempamerkan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan juga wanita. Mereka hadir dengan rekaan dan inspirasi menyatukan gaya dengan keselesaan dan teknologi yang inovatif.
Bagi keolski untuk lelaki, GEOX menampilkan pelbagai jenis kasut dengan menyelitkan gaya lelaki Itali.
Koleksi pada kali ini menonjolkan reka bentuk baharu dengan nilai estatik klasik yang dihasilkan daripada bahan premium, berinovatif dan mesra alam serta dipadankan dengan teknologi kebolehnafasan, kalis air dan thermo-regulation dari GEOX yang telah dipatenkan.
Sistem kusyen Spherica, berbentuk sfera ditapak luar, memanjang ke tali kasut, kasut loafer, kasut but buku lali dan kasut but Chelsea dibuat atas tapak lug dalam bentuk kulit atau kulit suede.
Kasut sneaker Cupsole didatangkan dengan pelbagai gaya termasuklah tali kasut elastik dan tapak luar yang tebal, dengan pilihan Econyl atau mikrofiber. Spherica Actif pula mengandungi getah neoprene dengan pilihan kemasan kulit nappa atau kulit suede menampakkan gaya yang anggun dan selesa.
Fluctis, antara ikon GEOX, mempamerkan gaya estetik dengan tapak berjenis cupsoles berwarna biru atau hijau tentera kulit nubuck dengan tapak luar kalis air yang selesa. Gaya tampalan kulit dan fabrik menambah keunikan untuk pilihan warna hitam atau coklat Cognac.
Koleksi ini juga termasuk kasut Derby bertali warna hitam atau coklat gelap, kasut but Chelsea dan kasut but buku lali yang sesuai untuk gaya formal. Gaya ini menggabungkan kombinasi gaya klasik estetika dengan keselesaan kasut sneaker, menggunakan tapak luar kalis air yang selesa.
Untuk musim sejuk, teknologi Amphibiox dari GEOX memastikan kalis air tahap maksimum dan selesa walaupun didalam cuaca yang teruk. Kasut high-top hybrid, yang diperbuat dari kulit anak lembu tumbled dan kulit dalam warna biru laut dan coklat Cognac, menggabungkan teknologi Amphibiox dan tapak luar Spherica.
Tapak luar Plus Grip meningkatkan kestabilan dan diketengahkan dalam running-style sneakers dan but buku lali berinspirasikan pendakian. Koleksi dilengkapkan dengan kasut but buku lali kasual dari kulit tumbled untuk gaya santai.
Manakala untuk koleksi wanita pula GEOX memperkenalkan koleksi yang bergaya dan mampu milik untuk wanita, digabungkan dengan keanggunan kontemporari dengan menggunakan bahan yang eksklusif dan kemasan yang terperinci. Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis bentuk dan gaya untuk memenuhi permintaan wanita setiap hari dengan harga yang mampu milik.
Rangkaian Walk Pleasure mewakili gaya formaliti moden, menampilkan ikatan tali yang lebih maskulin, court shoes, kasut loafer, kasut but, dan kasut but buku lali. Diperbuat daripada brushed kulit hitam premium atau kulit suede, koleksi klasik ini dilengkapkan dengan kasut but tunggangan dengan kulit tumbled yang halus, boleh didapati sehingga ketinggian buku lali.
Selain itu pelakon popular yang juga pemenang Oscar, Penelope Cruz telah dilantik sebagai duta jenama sulung GEOX. Pengasas dan pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato mengangkat bintang ‘Vanilla Sky’ tersebut sebagai duta yang ideal untuk menyampaikan falsafah jenama mereka.
“Dia akan menyampaikan kedudukan jenama baharu kami kepada dunia kerana dia merangkumi evolusi gaya yang mengaburkan garis antara kecantikan, kesejahteraan dan keselesaan – falsafah pemenang yang sentiasa menyokong reka bentuk produk kami,” kata Polegato.
Ikon glamor terkenal itu akan memberikan keanggunannya kepada kempen global jenama kasut Itali itu, dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama sejajar dengan koleksi Autumn-Winter 23-24 wanita, dengan fasa kedua khusus untuk musim Spring-Summer 24.
Sesetengah kasut but bercirikan tumit tinggi dan bermotif kulit buaya yang mewah, manakala kasut balet, kasut loafer bertumit rendah, dan kasut but buku lali baldu dalam palet warna Burgundy atau denim gelap, dihiasi dengan buckle logam berwarna keemasan. Kasut but buku lali menjadi tema sepanjang musim, dengan platform crepe yang fashion-forward muncul dengan pelbagai gaya.
Kasut dan pakaian luar GEOX akan berada di semua butik GEOX di Malaysia dan kedai atas talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saban tahun jenama asal Jepun, UNIQLO pasti tidak pernah gagal memperkenalkan pelbagai koleksi sempena musim luruh dan sejuk.
Pada tahun ini, salah satu koleksi yang dijangka mendapat perhatian ramai ialah koleksi UNIQLO U 2022 Fall/Winter. Menurut UNIQLO, koleksi istimewa ini akan mula dipasarkan bermula pada 23 September dengan beberapa item dijangka boleh ditempah lebih awal.
Apa yang menarik tentang koleksi ini ialah ia mendapat sentuhan dari Pengarah Artistik UNIQLO, Christophe Lemaire bersama pasukannya di UNIQLO R&D berpangkalan di Paris, Perancis.
Koleksi ini hadir dengan tema ‘Essentials with a Point of View’ yang mengetengahkan konsep gaya minimalis. UNIQLO U 2022 bermula dengan idea kapsul koleksi pakaian yang mampu dimuatkan di dalam bagasi.
Sifat universal setiap rekan menjadikan ia sesuai digayakan dalam apa juga keadaan dan majlis.
Paling menyerlah bagi MASKULIN ialah kemampuan koleksi ini dari segi fungsi dan juga sifat versataliti untuk padanan dengan lebih mudah dan bergaya.
Setiap rekaan juga dilihat sesuai untuk dipakai tidak kira sama ada lelaki atau wanita. Ia lebih bersifat ‘genderless’ dengan menampilkan sosok rekaan universal. Sebagai contoh rekaan jaket panjangnya yang hadir dengan inspirasi ‘workwear’ memberi refleksi pendekataan fesyen moden.
Penggunaan material yang lembut dan selesa dipakai juga menjadikan koleksi ini cukup istimewa. Warna yang ditampilkan untuk koleksi ini juga dilihat lebih sofistikated dengan persona neutral. Koleksi ini menampilkan sebanyak 25 item untuk wanita dan 24 item untuk lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.