Menunggang motosikal sememangnya menyeronokkan dan cukup berbeza berbanding memandu kereta. Pengalaman membawa kenderaan dua roda lebih mencabar dan memberikan panorama pemandangan yang jauh lebih bersifat intimasi.
Deruan angin menyapa wajah ketika menunggang motosikal sudah cukup memberikan keterujaan tersendiri. Namun anda harus sedar satu perkara iaitu risiko menunggang motosikal lebih tinggi memandu atau menggunakan berbanding kenderaan empat roda.
Apatah lagi jika anda ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal. Ia adalah satu cabaran yang lebih mencabar. Namun ia boleh dilakukan tapi haruslah disertakan dengan beberapa langkah keselamatan yang rapi.
Berikut merupakan beberapa tip dan persediaan untuk anda yang mungkin berkira-kira ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal.
Ads
PENGLIHATAN JELAS
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
WAKTU BERTOLAK SESUAI
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik. Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Ads
HENTI & REHAT LEBIH KERAP
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Diaebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa perlatan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain. Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Ads
JAGA JARAK
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
DUIT MENCUKUPI
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsiaan ini memberikan anda pengalaman menunggang motosikal dengan lebih selamat dan tenang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan industri permotoran apabila meluaskan lagi rakan usaha sama menerusi Bajaj Auto Ltd dari India.
Lantaran itu terhasillah tiga produk baharu iaitu V15,RS200 dan NS200 yang pastinya mampu memberikan saingan kepada jenama lain jika dilihat dengan harga yang ditawarkan.
Ruang tunggang uji kali ini akan membicarakan potensi Pulsar NS200 yang dijana enjin 199cc, SOHC, 4-lejang, penyejukan cecair.Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
SANTAI
Berkesempatan menunggang uji Pulsar NS200 dalam tempoh seminggu yang diberikan Modenas pada awal Ramadan lalu dimanfaatkan penulis dengan laluan lebuh raya menjadi ujian pertama menguji kemampuan jentera menggunakan teknologi tiga palam yang mampu menghasilkan kuasa 24.5PS dan tork 18.6Nm ini.
Reka bentuk Pulsar NS200 yang lebih kepada motosikal naked secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada penulis ketika memandu pada kelajuan 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj).
Tindak balas ketika menukar gear juga begitu lancar, kedudukan tunggangan lebih santai, pelana empuk selain reka bentuk tangki bahan api yang aerodinamik menambahkan keseronokan tunggang uji dari Shah Alam menuju Putrajaya. Namun pada kelajuan 120 hingga 140kmj, keyakinan penulis untuk meneruskan kelajuan sedikit goyang terutama mengambil selekoh.
Dari segi penggunaan bahan api, penulis merasakan Pulsar NS200 agak jimat bagi tunggang secara solo namun ia bergantung kepada corak tunggangan dan bebanan.
KURANG SELESA
Pulsar NS200 yang ringan menjadikannya sesuai untuk tunggangan dalam bandar dan membelah kesesakan lalu lintas. Mudah dikendalikan dengan kuasa pecutan ketara antara kelebihan utama jentera dua roda ini.
Bagaimanapun penulis kurang selesa dengan kedudukan cermin pandang sisi yang terlalu rapat dengan pemulas selain agak pendek memberikan sedikit kesukaran ketika ingin menambah kelajuan mahupun melihat ke belakang.
Dilengkapi brek cakera hadapan 280 mm dan 230 mm dibahagian belakang memberi keyakinan ketara buat penulis untuk berhenti dari melanggar kenderaan yang secara tiba-tiba keluar persimpanan mahu pun menukar lorong.
Satu lagi kelebihan bagi penulis ialah Pulsar NS200 ini memiliki penghadang enjin dikedua belah bahagian untuk mengelakkan enjin mengalami kerosakan ketara apabila terjatuh selain tongkat tengah yang jarang-jarang ada bagi jentera dua roda 200cc seumpama ini.
JADI REBUTAN
Pulsar NS200 tampil lebih menarik, model yang dipasang tempatan itu dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang dari jenis LED, saiz tangki dengan kapasiti 12 liter namun tidak didatangkan dengan ciri ABS.
Melihat kepada harga yang ditawarkan iaitu RM9,222 (termasuk GST) pastinya ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah lama berada dalam pasaran.
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti mana yang kita semua tahu, kerajaan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan skim pengeluaran i-Sinar. Ia khusus untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat kesan ekonomi dari penularan COVID-19. Jadi pastinya bagi mereka yang layak mahu mengetahui cara membuat permohonan bagi melakukan pengeluaran.
Sebelum anda memohon elok juga untuk anda ketahui beberapa perkara penting tentang i-Sinar. Sila rujuk artikel kami di sini.
Bermula pada hari ini, permonan i-Sinar untuk Kategori 1 telah dibukan untuk permohonan. Manakala bagi Kategori 2 pula boleh melakukannya pada 11 Januari 2021.
Dan sangat penting untu anda ketahui bahawa permohonan i-Sinar hanya secara online di laman sesawang isinar.kwsp.gov.my sahaja.
Tapi mungkin sesetengah daripada anda masih keliru sama ada berada di Kategori 1 atau 2.
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan.
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut:
Semoga skim i-Sinar ini dapat membantu anda dan meringankan beban dalam berdepan cabaran di masa akan datang.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.