Seperti mana yang kita semua tahu, kerajaan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan skim pengeluaran i-Sinar. Ia khusus untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat kesan ekonomi dari penularan COVID-19. Jadi pastinya bagi mereka yang layak mahu mengetahui cara membuat permohonan bagi melakukan pengeluaran.
Sebelum anda memohon elok juga untuk anda ketahui beberapa perkara penting tentang i-Sinar. Sila rujuk artikel kami di sini.
Bermula pada hari ini, permonan i-Sinar untuk Kategori 1 telah dibukan untuk permohonan. Manakala bagi Kategori 2 pula boleh melakukannya pada 11 Januari 2021.
Dan sangat penting untu anda ketahui bahawa permohonan i-Sinar hanya secara online di laman sesawang isinar.kwsp.gov.my sahaja.
Tapi mungkin sesetengah daripada anda masih keliru sama ada berada di Kategori 1 atau 2.
Berikut merupakan kriteria bagi Kategori 1
- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan.
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
CARA MEMOHON UNTUL KATEGORI 1
Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut:
- Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan AMAUN PILIHAN
- Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
- Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
- Permohonan anda diterima dan akan diproses.
PERINGATAN PENTING
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
- Untuk maklumat lebih lanjut yang boleh menjawab persoalan anda boleh rujuk FAQ i-Sinar di sini.
Semoga skim i-Sinar ini dapat membantu anda dan meringankan beban dalam berdepan cabaran di masa akan datang.
Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: KWSP
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI