Pejam celik, tahun 2020 sudah pun memasuki bulan yang terakhir. Inilah tahun di mana ramai di antara kita semua cukup terkesan dengan penularan pandemik yang berlaku. Berlabuhnya tirai tahun ini tidak bermakna segalanya perlu terhenti begitu sahaja. Begitu juga dengan industri automotif yang menjadi salah satu cabang yang menjana ekonomi negara.
Sebagai signifukan berlabuhnya tirai tahun 2020, BMW Malaysia memperkenalkan kempen terbaharu bagi portfolio BMW M berprestasi tinggi. Ia dimulakan dengan pratempahan bagi jentera BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé yang baharu. Kedua-duanya model ikonik yang dinanti-nantikan daripada pengeluar kenderaan premium ini.
Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, “Sanjungan ke atas M, seperti yang dilihat melalui perungkaian barisan kenderaan M yang terkini, mempamerkan jiwa keterujaan pemanduan yang dikendong oleh para pemilik jenama BMW.
BMW M3 CompetitionBMW M3 Competition
Menerusi pengenalan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu, kami berhasrat untuk terus memastikan semangat peminat portfolio BMW M terus berkobar di Malaysia. Kedua-dua jentera ini menyerlahkan kepakaran sukan permotoran serta pendekatan kami yang mementingkan praktikaliti dan keselesaan yang bertaraf tertinggi.”
Ads
BARISAN KENDERAAN TERKINI
Tahun ini, BMW Malaysia telah memacu gagasan penawaran produk bagi portfolio BMW M meskipun industri automotif negara dilatari situasi yang mencabar. Di samping enam model M Performance baharu yang diperkenalkan sepanjang 10 bulan yang lalu, BMW Malaysia juga telah meraikan Hari Malaysia bersama para pemilik BMW M di Malaysia Day Drive.
Semangat patriotik jelas terpancar menerusi barisan kenderaan BMW M berprestasi tinggi yang meniti susur jalan raya Kuala Lumpur, diterajui oleh jentera BMW M4 yang mengenakan gubahan BMW M4 GT4 oleh Chan Wen Bin.
BMW M4 Competition CoupéBMW M4 Competition Coupé
BMW M Secret Garage di Munich, Jerman yang menjadi sebutan ramai juga dapat disaksikan di Malaysia buat pertama kali ketika acara yang berlangsung di M Town pada tahun ini, yang telah merungkaikan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé baharu, berserta dengan BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition baharu untuk pasaran tempatan.
Ads
Pratempahan kini dibuka bagi BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé.
Kedua-dua model baharu ini boleh dipratempah melalui BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 pada harga RM5,000 bagi setiap kenderaan. Pakej Inovasi BMW (BMW Innovation Package) juga sedia sebagai pilihan bagi kedua-dua model untuk menawarkan bakal pemilik Pengalaman Pemilikan Premium yang tersendiri.
Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati harga istimewa dan tawaran bagi BMW M3 Competition serta BMW M4 Competition Coupé – selain menjadi antara pemilik pertama untuk menerima kenderaan ini pada tahun 2021.
Anggaran harga bagi model-model ini (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini. Tirai 2020 hampir berlalu, teruskan menyokong MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
Rasa amat mustahil untuk seorang lelaki pada zaman moden seperti sekarang tidak memiliki walaupun sehelai t-shirt. Ia boleh dikatakan sebagai pakaian yang paling asas dan bersifat cukup universal. Siapa sahaja tidak kiralah lelaki atau wanita pelbagai peringkat umur menggunakan t-shirt sebagai pakaian untuk beragaya atau bersantai. Namun tidak semua jenis t-shirt sesuai dengan anda. Jadi tip memilih t-shirt sesuai amatlah penting.
Antara faktor yang paling penting dalam memilih t-shirt yang sesuai adalah mengikut bentuk badan. Tidak kiralah sama ada mempunyai bentuk badan ideal atau lebih besar sedikit, memilih pakaian sesuai sangat penting bagi memastikan keselesaan serta penampilan yang lebih menarik.
Pertama sekali anda harus kenali bentuk badan diri sendiri. Terdapat empat kategori badan lelaki yang dapat kita bezakan iaitu segi tiga, segi tiga terbalik, segi empat dan trapezoid. Dengan mengetahui bentuk badan anda dapat membeli-belah pakaian dengan mudah dan senang.
Ikuti tip memilih t-shirt mengikut bentuk badan di bawah.
Kita mulakan tip ini dengan bentuk badan segi tiga. Ini bermakna sesiapa dalam kategori ini mempunyai bahagian punggung dan abdomen lebih lebar bebanding bahagian dada ke atas.
Bagi kumpulan ini pilihlah t-shirt atau baju seperti polo, crew neck dan juga t-shirt yang loose fit. Bagi corak pula, jalur melintang boleh membuatkan bahagian atas badan anda nampak lebih lebar dan sasa. Elakkan baju yang mempunyai leher ‘V’, ketat dan juga mendakap badan.
Bayangkan ahli bina badan yang mempunyai bahu yang sado dan lebar, Tetapi bahagian perut dan kakinya lebih kecil. Itulah mereka yang tergolong dalam kategori ini. Tidak dinafikan ini di antara bentuk badan diidamka oleh ramai kaki gym. Baju dan t-shirt yang sesuai untuk anda pastinya yang mempunyai potongan eher lebih rendah.
Baju berkolar bentuk ‘V’, fit, slim fitted potato dan bercorak di bahagian perut amat sesuai untuk anda. Bagi warna pula pilihlah warna lebih gelap seperti hitam, navy dan kelabu gelap. Sementara itu anda perlu elak pakaian berjalur melintang, baju berkolar turtle neck dan terlalu longgar.
Bentuk badan seperti ini biasanya mereka yang mempunyai keseimbangan baik. Kebiasaannya tinggi dan kurus tampial dengan gaya lebih santai. Bahagian bahu, dada dan perut kelihatan seakan sama.
Jadi anda perlu pilih t-shirt dan polo yang lebih ‘bulky’ di bahagian bahu. Bagi fitting pula pilihlah jenis yang ‘relax fit’ yang tidak terlalu ketat mahu pun longgar. Salah satu cara terbaik buat gaya menarik ialah melakukan layering. Elakkan yang terlalu skinny dan ketat.
Inilah bentuk badan yang paling ideal dan diidamkan ramai lelaki. Jika wanita mahukan bentuk badan hourglass, bagi lelaki inilah lawannya. Bentuk badan trapezoid dikarakteristikkan sebagai mempunyai bahu dan dada yang bidang. Ukuran perut dan kaki juga tidaklah terlalu kecil dan nampak cukup sempurna.
Untung bagi anda yang mempunyai bentuk badan seperti ini. Hampir semua jenis baju dan t-shirt sesuai digayakan oleh anda.
Semoga tip memilih t-shirt mengikut jenis bentuk badan ini mampu membantu anda tampil dengan gaya lebih menarik dan hebat!
Ikuti YouTube MASKULIN untuk video tip fesyen dan workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kuala Lumpur bakal jadi pusat tumpuan dunia bila Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2025. Tapi dalam masa yang sama, kau kena ready sebab banyak jalan utama & lebuh raya sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.
Ni bukan acara biasa-biasa, bro. Mesyuarat ni himpunkan barisan Menteri Luar Negeri ASEAN, VVIP dan pegawai penting. Demi keselamatan & kelancaran acara, trafik sekitar KL akan dikawal ketat.
Kalau kau jenis yang ulang-alik kerja atau ada plan lepak tengah bandar minggu ni, elok sangat kau take note benda ni.
➡️ Lebuh KLIA ➡️ Lebuhraya Elite ➡️ Lebuhraya MEX ➡️ Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban ➡️ Lingkaran Putrajaya ➡️ Jalan Istana ➡️ Jalan Damansara ➡️ Jalan Tun Abdul Razak ➡️ Jalan Ampang ➡️ Jalan Sultan Ismail ➡️ Jalan Bukit Bintang ➡️ Jalan Imbi
Kalau biasa lalu kawasan ni awal pagi, better plan route lain siap-siap.
➡️ Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
Area KLCC memang sesak waktu biasa pun, minggu ni lagi padat bro. Jangan degil, elak lalu kalau tak ada urusan penting.
➡️ Pukul 7 pagi — Laluan hotel ke KLCC ➡️ Pukul 4 petang — Laluan KLCC ke hotel
➡️ Pukul 7 pagi — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 5 petang — KLCC ke hotel ➡️ Pukul 7 malam — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 10 malam — KLCC ke hotel
➡️ Laluan hotel ke KLCC
Datuk Seri Yusri Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pesan kat semua:
✅ Rancang perjalanan lebih awal – Jangan last minit baru nak redah, nanti menyesal ✅ Guna pengangkutan awam – MRT, LRT, Monorel semua berjalan seperti biasa, lebih lancar & jimat stress ✅ Elak pusat bandar waktu puncak – Lagi-lagi untuk kenderaan perdagangan, jangan masuk kawasan sesak kalau tak nak menyumbang pada trafik jem
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.