#TMS2017: ADAKAH CBR 250RR KUSTOM INI BAKAL MENJENGAH PASARAN MALAYSIA?

Share

Selain barisan produk teknologi hijau,  Honda Motors Co Ltd turut mempamerkan motor modifikasi bagi pasaran Jepun di Tokyo Motor Show (TMS) 2017.

Salah satu model yang menarik perhatian pengunjung ialah motosikal sport Honda CBR 250RR versi kustom.

Jentera yang didakwa memiliki DNA perlumbaan itu mendapat sentuhan modifikasi yang berbeza daripada versi standard. Bagaimanapun bahagian mekanikal dikatakan masih sama yang mana mempertaruhkan enjin 250cc dengan kuasa 38.7PS dan tork 23.3Nm.

BACA>>>>>SETAHUN DI PASARAN: CBR 250RR TAMPIL DENGAN EDISI KHAS 

Pihak Honda memilih warna putih bagi badan CBR 250RR berkenaan. Ia kemudian dipadankan dengan jalur merah di beberapa bahagian bagi menyerlahkan ciri perlumbaan.

Bahagian rim turut menerima semburan cat putih yang kemudian dipadankan dengan tayar perlumbaan. Melengkapkan imej tersebut, Honda memilih ekzos Akrapovic.

CBR250RR kustom itu turut menerima lampu depan LED bersama perincian merah yang menjadikan pandangan depan lebih agresif. Secara keseluruhan, model tersebut sama dengan CBR 250RR di pasaran selain tawaran pad tangki dan kemasan gentian karbon pada fender belakang.

Jentera berkenaan menggunakan suspensi USD di depan dan Pro-Link monoshock di belakangnya.

 

GALERI

 

 

IKLAN