T-Shirt termahal di dunia? Memang ada ke? Tak dapat dinafikan, seiring perkembangan zaman, semakin banyak pakaian yang diciptakan oleh para pereka dari yang murah hingga mahal. Harganya bergantung dari kualiti dan gayanya.
1. Superlative Luxury – RM1.6 Juta
Ini dia T-shirt yang mendapat gelaran sebagai T-shirt termahal di dunia. Harganya setara dengan kereta mewah dan sebuah banglo mewah!
Ya, T-shirt yang bernama Superlative Luxury ini dilancarkan di London pada tahun 2012. Meskipun terlihat seperti T-shirt biasa, tapi t-shirt berwarna hitam itu dibuat dengan bahan 100% bebas CO2 (Karbon Dioksida). Bukan setakat itu, t-shirt tersebut juga bertakhtakan 16 butir berlian yang sangat istimewa. Tak haira kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 400 ribu atau sekitar RM 1.6 Juta
2. UNICEF Cargo Flight – RM1.2 juta.
UNICEF memang aktif di bidang bantuan amal untuk golongan yang tak berkemampuan menerusi cara lelongan. Selain T-shirt Hanes / UNICEF 1996 Olympics yang berjaya dijual berharga RM168 ribu, UNICEF kembali melelong t-shirt kosong dengan lakaran kartun yang berjaya terjual hingga US$ 300 ribu atau sekitar RM1.2 juta.
Kaos dengan desain gambar pesawat yang menjatuhkan kotak bantuan itu hanya ada 12 helai di dunia dan dibeli oleh salah satu dermawan.
3. Crocodile T-shirt- RM366,000.00
Kamu tentu sudah familiar dengan jenama terkenal Hermes. Ya, produk dengan jenama ini terkenal dengan harganya yang super fantastik.
Ads
Bukan sekadar beg tangan, harga t-shirt yang mereka jual pun sangat mahal dan ada yang setara dengan harga sebuah kereta. Menurut laporan dari Time, Crocodile T-shirt dari Hermes ini dijual dengan harga US$ 91 ribu atau sekitar RM366 ribu. Nak tahu kenapa mahal sangat? Ini kerana material yang digunakan 100% dari kulit buaya. Duh!
4. Hanes / UNICEF 1996 Olympics – RM168,000.00
Pada tahun 1996, Atlanta berkesempatan menjadi tuan rumah sukan Olimpik. Hal itu membuatkan UNICEF menjalin kerjasama dengan Hanes untuk membuat lelong T-shirt. Semua hasil lelongan itu pun akan diberikan untuk anak-anak kurang bernasib baik. Pada awal penjualan, t-shirt tersebut hanya dijual dengan harga US$1 atau sekitar RM4.
Ads
Namun, memandangkan baju hitam kosong ini sudah tidak dikeluarkan lagi, mereka kemudian melelongnya hingga mencapai US$ 42 ribu atau sekitar RM168 ribu.
5. Supreme x Molodkin Sample Box Logo – RM88,000.00
T-shirt termahal di dunia seterusnya dipegang oleh t-shirt dari jenama Supreme. Ya, di tahun 2003, Supreme berkolaborasi dengan Molodkin dengan melancarkan berbagai macam t-shirt box-logo. Beberapa rekaan t-shirt juga dikeluarkan tapi tak pernah terlihat dijual. Salah satunya adalah t-shirt bergambar negatif gambar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bahagian belakangnya.
Ads
T-shirt tersebut hanya dijual di online. Memang susah untuk menjumpai koleksi ini dan tak hairanlah kalau harga untuk T-shirt ini mencapai US$ 22 ribu atau sekitar RM88 ribu sehelai.
6. John Lennon Home – RM65,600.00
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi legenda, John Lennon. Sebelum meninggal dunia kerana ditembak oleh salah satu peminat fanatiknya, Lennon diketahui seringkali mengenakan t-shirt bertuliskan “Home”.
Tanpa disangka, T-shirt pemberian seorang pemilik restoran bernama Home itu pun terkenal setelah dipakai oleh John Lennon saat konserr. Harga t-shirt warna jingga itu dijual dengan harga yang sangat mahal iaitu mencapai US$ 16,400 atau sekitar RM66 ribu
7. Run DMC “My Adidas”- RM52,000.00
Run-D.M.C My Adidas T-shirt
T-shirt termahal pertama adalah Run DMC dari Adidas. T-shirt tersebut dikeluarkan sekitar tahun 1980-an yang pada masa itu dibuat untuk promosi konsert Run D.M.C yang memang sangat popular. Agak simple, T-shirt tersebut hanya rekaan kosong yang ditambah dengan tulisan berwarna hitam dan garis merah.Walaubagaimanapun, ternyata ia masih sangat popular hingga saat ini. Jadi tak hairan kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 13 ribu atau sekitar RM52 ribu.
Itu dia tujuh t-shirt termahal di dunia yang harganya sudah pasti buat anda terkejut. Yang mana satu pilihan anda?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena pengenalan koleksi Spring 2020, COACH telah melancarkan kempen ‘Originals Go Their Way’. Menerusi kempen koleksi terbaru ini COACH bekerjasama dengan dua selebriti Hollywood terkenal iaitu Micahel B. Jordan dan Jennifer Lopez.
Micahel B. Jordan yang juga merupakan duta global jenama ini tampil bersama-sama Jennier Lopez yang muncul pertama kali menjayakan kempen COACH.
Menurut COACH, kempen ini membawakan ceritera tentang ekspresi diri menerusi lensa di sebalik wajah popular seperti mereka berdua.
Jelas Pengarah Kreatif COACH, Stuart Vevers, koleksi ‘Originals Go Their Way’ menyerlahkan sentimen spontan, asli dan playful yang membawa refleksi kepada visi fesyen di kota New York.
Kempen ini juga meraikan individu yang berani serta bebas mengekspresikan diri tanpa perlu menjadi orang lain. Keaslian diri menjadi antara tema yang dibawa oleh kempen istimewa daripada COACH kali ini.
Bagi merealisasikannya, Stuart Vevers bekerjasama juga dengan jurugambar berpengaruh, Juergen Teller yang telah berkolaborasi bersama mereka sejak tahun laun.
Antara koleksi yang mendapat perhatian ramai ialah seleksi beg seperti Hutton, the Rambler dan tidak ketinggalan juga beg lelaki seperti Pacer Backpack dan belg bag.
Foto: COACH
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Model dan selebriti yang popular di Berlin kini tampil dengan koleksi terbaru Monki dengan mengetengahkan konsep bercirikan peribadi yang kuat dari personaliti yang bernama Yang Zhang atau lebih sinonim dengan panggilan Kicki.
Kepada anda yang tidak mengenali Kicki, dia merupakan anak kelahiran China yang telah berjaya menempah nama di persada peragaan di Berlin. Antara sebab wanita ini sesuai untuk dijadikan penghias koleksi terbaru Monki kerana ciri Kicki yang bersahaja dan trendy menjadikan koleksi ketiga style crush Monki lebih terserlah.
Antara look yang diperagakan oleh Nicki adalah Streetwear dan suit klasik diberi nafas modern disesuaikan dengan konsep Monki yang lebih kepada longgar dan besar sejak ia diperkenalkan. Koleksi kali ini bukan saja menawarkan konsep pakaian ala kerja dan sukan, malah terdapat juga seluar dan blazer yang membuatkan anda mahu menjadikannya salah satu koleksi almari anda.
Monki mempunyai pelbagai pakaian dari atas hingga ke bawah termasuk jumpsuit. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Crush ini di mana-mana butik Monki dan Online bermula September 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat penggemar fesyen dari negara matahari terbit iaitu Jepun, jenama fesyen Onitsuka Tiger tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak ia mula diperkenalkan,Onitsuka Tiger telah menjadi salah satu ikon fesyen telah banyak mempengaruhi trend fesyen global.
Dan kini mereka meneruskan komitmen tersebut secara berterusan dengan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Terbaru, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Luruh & Dingin. Menariknya koleksi eksklusif kali ini hadir bersama cetusan inspirasi alam semula jadi banjaran Himalaya yang hebat. Anugerah alam yang cukup ikonik ini disusuli dengan ledakan aktiviti pendakian dan trekking pada era 1970-an.
Bagi koleksi musim ini, Andrea berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil ‘nowartt’. Hasil kolaborasi ini menghasilkan ledakan ekspresif rekaan grafik mereka kepada setiap helaian koleksi ini. Grafik tekstil ini, dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah – “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital” – digunakan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.
ASPEK ORIGIN
Koleksi ini juga mencerminkan teknologi gaya hidup yang mengkhususkan kepada aspek fungsi iaitu asal-usul Onitsuka Tiger, di samping perincian reka bentuk estetik jenama ini yang penuh dengan hasil mutu ketukangan dan ketelitian.
Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu biri-biri, yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat serta mencegah selesema semasa sesi pendakian musim sejuk, manakala siri nilon yang menawarkan gabungan warna neon mempesona bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.
Koleksi ini tidak ketinggalan mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian rekaan minimalis. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur dan gaun nyata menghasilkan gaya mod.
Untuk padanan sneakers, Onitsuka Tiger menampilkan elemen arkib bersama rekaan kontemporari. Menerusi sokongan dari seluruh dunia, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik bagi musim ini, termasuk kasut but dengan cengkaman kuat yang dapat menakluki gunung – di mana gunung ini mewakili Mentaliti Metropolitan dan masyarakat moden.
Berdasarkan daripada kasut trekking yang diperkenalkan pada 1966, koleksi HMR PEAK TRAINER dikemaskinikan dari segi rekaan serta fungsinya untuk gaya hidup moden.
Sementara koleksi MOAGE CO & MOAGE MO menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik, manakala BIG LOGO TRAINER PUFFED menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang melangkaui hingga ke tapak luar kasut.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.