Berjaya menurun berat 4 kg dalam waktu lima hari, sebagai seorang aktor, bagi Shahid Kapoor menjaga penampilan sama pentingnya dengan menjaga kesihatannya. Salah satu senaman yang mudah dipraktikkan adalah berlari di treadmill.
Rahsia Utama Badan Kekal Sado
Menerusi filem Padmavati, Shahid berjaya turunkan beratnya sampai 4 kg dalam masa kurang dari seminggu, dia diharuskan mengenakan baju besi yang dipakai ketika berlatih dalam adegan bertarung dengan pedang.
Baju besi tersebut beratnya sekitar 30 kg membuatkan Shahid kehilangan berat badannya.
Shahid berlatih di pusat kecergasan atau gym enam kali dalam seminggu. Dia mengikuti berbagai latihan untuk setiap bahagian tubuhnya. Hal ini termasuk menjaga minimum lemak dalam tubuh dan fizikalnya. Dengan menggunakan khidmat jurulatih gym, Shahid melakukan latihan kardio yang dikombinasikan dengan latihan kekuatan.
Dari aspek penjagaan pemakanan, Shahid adalah seorang vegetarian. Dia sangat menyukai sayur-sayuran seperti bayam, jeruk, dan sebagainya. Dia akan mengambil 5-6 bahagian kecil setiap hari dan menghindari makanan tinggi lemak dan karbohidrat.
Ambil Suplemen Protein
Dia pun selalu berdisiplin untuk tidak melewatkan makan sebelum dan sesudah latihan. Untuk menguatkan ototnya, Shahid akan mengambil suplemen protein, termasuk kreatin dan protein whey. Ini bukan bermaksud Shahid menghindari makan pencuci mulut yang menggoda, dia sebenarnya amat menyukai pancake dengan gula Stevia dan siraman sirap maple, daging burger yang dibuat dari keju, coleslaw, paprika, coklat dengan protein casein, dan kiwi.
Shahid memulakan kariernya dengan berkarya dalam beberapa video muzik dan TV komersial. Dia membuat debut filemnya dengan menjadi watak utama dalam film komedi percintaan Ishq Vishk (2003) yang berjaya menerima penghargaan Filmfare untuk Debut Lelaki Terbaik. Setelah itu, dia membintangi filem Fida (2004) dan Shikhar (2005).
Dia dicalonkan pada penghargaan Filmfare untuk Aktor Terbaik kerana penampilannya dalam filem komedi romantik Jab We Met (2007) dan Kaminey (2009). Dia meneruskan kejayaannya dengan berperanan dalam serangkaian box office sebelum membintangi filem aksi, Rajkumar (2013) dan filem drama Haider (2014).
Mungkin kalau anda yang bercadang untuk membina badan boleh jadikan Shahid sebagai rujukan dan sumbar aspirasi.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Niat untuk berdiet haruslah disusuli dengan komitmen yang sangat kuat. Anda perlu sentiasa berdisiplin agar usaha yang dilakukan bagi mendapatkan tubuh yang ideal termasuk perut berketak tidak menjadi sia-sia.
Selain workout, faktor pemakanan juga antara yang sangat perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja.
Namun begitu bagi memudahkan disiplin anda, Maskulin dengan suka citanya ingin berkongsi 5 tip pemakanan yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang sepanjang masa.
Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center mengemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan memakan telur pada setiap pagi hari kerana telur akan menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.
Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan serta meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuat anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.
Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat serta lemak yang baik bagi jantung. Ditambah pula makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi memerlukan waktu yang agak lama dicerna dalam tubuh sekali gus mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama tanpa harus memakan makanan yang banyak kalorinya.
Kajian juga menunjukkan asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi. jadi hadkan pengambilannya dan cukuplah setengah potong untuk setiap hari.
Setiap bahagian kacang-kacangan seperti kacang merah dan buncis mengandung protein, karbohidrat kompleks, dan lemak baik. Komposisi yang terkandung dalam kacang-kacang ini dapat menjaga stamina dalam tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kacang-kacang juga baik untuk menjaga gula darah.
Gula yang rendah serta kalsium yang tinggi membuat yogurt menjadi makanan yang boleh mengeyangkan untuk jangka masa yang cukup lama.Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuat perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt membuat rasa kenyang bertahan lebih lama berbanding biasa.
Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan individu yang habiskan semangkuk sup ayam boleh dikatakan menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup serta sayuran penuh serat dapat mengurangi keinginan untuk makan berlebihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berat badan terdahulu dan punca ingin turunkan berat badan
Berat badan saya dahulu adalah sekitar 120 kilogram sekarang 85 kilogram, terdetik di hati untuk mahu amalkan gaya hidup lebih sihat kerana kerap pening kepala, terasa malas, badan rasa berat dan tidak bermaya serta disyaki mempunyai darah tinggi tahap hypertension. Keluarga yang lain aktif dalam sukan tetapi hanya saya sahaja yang tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti sejak di bangku sekolah. Punca yang lain adalah kerana saya ingin mendapat perkerjaan yang mempunyai kriteria fizikal yang sihat.
Apa yang anda lakukan?
Saya bermula dengan berjalan dan berlari di taman rekreasi selepas habis waktu bekerja “without fail” setiap hari. Saya masih teringat pada mulanya tak sampai 100 meter saya sudah mahu pitam, hal ini menunjukkan betapa teruknya keaadan kecergasan saya ketika itu. saya juga mula menghindari makanan yang tinggi kolesterol, berminyak, manis dan masin. lama kelamaan saya mula menyertai acara larian daripada 3km hinggalah ke 12km. Saya juga turut mendaftarkan diri ke Kelab Gym untuk mendapatkan “result” dengan lebih berkesan.
Saya mengambil masa selama 6 bulan untuk melihat perubahan 120kg ke 92kg dengan mengamalkan diet dan senaman secara konsisten, manakala sehinggalah berat sekarang mengambil masa 4 bulan.
Pernah juga rasa lemah semangat, namun menyertai kelab kecergasan yang mempunyai sokongan dan dorongan daripada kawan-kawan lain yang sama tujuan mampu menguatkan semangat lagi untuk meneruskan misi (kurus) yang diinginkan.
Menu diet seminggu
Mudah sahaja, kurang atau hindari makanan berminyak dan masin serta berlemak adalah tip makan setiap hari. Contohnya, setiap pagi dimulakan dengan sarapan yang sihat seperti buah-buahan, susu dan pisang, untuk lebih kreatif, boleh jadikan “smoothie” iaitu campuran susu, pisang dengan campuran cereal yang rendah lemak dan gula. Manakala untuk lunch, boleh ambil nasi segenggam, dan lebihkan sayur yang dimasak kurang masin dan tidak berlemak cara masakanya. Tidak dilupakan ikan/ayam (dikukus, dibakar, direbus, sup) atau apa sahaja lauk yang mempunyai protein yang tinggi. Amalkan konsep Carbs, Protein dan sayur secukupnya untuk makan tengahari. Sudah pasti dalam jam 3 atau 4 akan terasa lapar, ini cabarannya di mana kebiasaannya kita akan makan makanan ringan serta tinggi gulanya, untuk itu ambillah snek yang sihat seperi buah-buahan dan kekacang seperti almond. Untuk makan malam pula saya tidak akan ambil nasi tetapi akan makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar, sup ayam atau sup sayur yang tidak masin dan rendah kolestrol.
Senaman yang dilakukan
Saya merupakan Group Fitness Instructor secara sambilan iaitu STRONG by Zumba yang merupakan rutin bukan tarian, tetapi merupakan “High Intensity Interval Training” mengikut rentak musik. justeru, dengan senaman ini yang dilakukan setiap hari dan juga latihan bebanan (weight lifting) bagi memastikan jisim otot tidak terbakar sama kerana HIIT lebih fokus untuk pembakaran lemak yang berkesan, namun jika diamalkan secara berlebihan otot juga boleh turut terkesan.
Terima kritikan
Itu perkara biasa, namun saya hanya memekakkan telinga kerana saya tahu dengan konsistensi dan amalan sihat yang dilakukan mampu menunjukkan hasil yang akan dicemburui oleh mereka yang selalu berkata-kata. Ternyata mereka cemburu, itulah buktinya! Tidak perlu berlawan kata, malah dengan kata-kata merekalah semangat lebih membakar dan mereka akan terdiam malah bertanyakan tip.
Suplemen tempoh turun berat
Hanya suplemen natural yang tinggi protein dan rendah lemak sahaja yang diambil. Tiada pil kurus, tiada jamu kurus, tiada ubat kurus, sebab saya tahu, nak kurus tiada jalan pintas, produk-produk kurus yang ada di luar adalah sampah dan merosakkkan badan akhirnya.
Tip kurus
Sentiasa ingat bahawa tiada jalan pintas, nak kurus haruslah bersabar dan anda akan lihat perubahannya sendiri. Kecekalan dan semangat yang tinggi serta bukan olok-olok diperlukan untuk mengharungi cabaran untuk kurus, yang penting keazaman! Juga janganlah terlalu drastik tidak mengambil gula atau carbs langsung, hal ini kerana badan kita memerlukan masa sedikit untuk mengikut amalakan diet sihat kita, jika terlalu drastik badan akan terkejut dan seterusnya mengundang penyakit lain seperti gastrik dan kandungan gula dalam badan terlalu rendah menyebabkan kita tidak bertenaga dan boleh menyebabkan pitam.
Perubahan besar selepas perubahan
Saya dapati diri lebih gembira dan tidak bimbang lagi akan penyakit akibat kegemukkan seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetis, kencing manis dan sebagainya. serta keyakinan dalam diri lebih tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang selalu memandang rendah pada orang gemuk. Seterusnya, tahap kecergasan yang lebih baik dapat dilihat dan hal ini membuatkan kita lebih bersemangat dan ingin melakukannya dengan lebih lagi. Selain itu, saya juga turut gembira untuk membimbing dan menjadi inspirasi kepada kawan-kawan yang lain yang ingin menunrunkan berat badan.
Pantang larang
Amalkan pemakanan sihat dan kreatif yang mampu mengekalkan mood untuk makan makanan yang sihat. Jika mahu cheat boleh, tetapi jangan terlajak cheat. Sekali makan makanan manis memang sukar untuk dijauhkan semula, ambillah dalam kuantiti yang sikit dan sentiasa ingat tujuan misi untuk kurus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Telur ayam kampung memang sinonim dengan lelaki sebagai penambah tenaga batin. Namun manfaatnya bukan hanya itu, telur ayam kampung juga sebenarnya memiliki banyak khasiat lain untuk kesihatan tubuh badan.
Apabila sebut telur ayam kampung, kebiasaannya orang akan makan bersama madu asli. Selain inginkan khasiat daripada madu tersebut, ia juga boleh dijadikan sebagai penghilang rasa hanyir apabila anda mengambil telur ayam kampung mentah.
Namun menurut kajian yang dilakukan oleh Saintis, Dr Suri Roowi, madu sebaiknya tidak dimakan bersama makanan yang bersumberkan protein seperti telur. Kenapa?
Untuk mengetahui jawapannya dan mendedahkan anda dengan cara betul makan telur ayam kampung, apa kata anda ikuti perkongsian Zaharinah Hussin, Founder produk Dr Vee Formula yang juga isteri kepada Dr Suri Roowi.
Semoga dengan cara betul makan telur ayam kampung ini akan memberi anda lebih manfaat untuk kesihatan tubuh badan.