Jangan pernah rasa rendah diri jika anda tergolong dalam kalangan lelaki kurang kacak. Walaupun anda tidak sekacak hero-hero di kaca televisyen, itu bukan penghalang untuk anda tampil stailo dan segak.
Dengan memberi perhatian pada penjagaan diri dan gaya, anda masih mampu untuk tampil stailo dengan penuh yakin dalam cara anda tersendiri.
Untuk memberi impresi yang baik apabila orang melihat anda terutamanya wanita, penting untuk anda menitikberatkan sembilan perkara ini agar penampilan anda sentiasa kemas, nampak gentleman dan penuh berkeyakinan.
1. Menjaga kulit muka
Percaya atau tidak, masih ada lagi lelaki yang mencuci muka menggunakan sabun! Walaupun sabun boleh membersihkan wajah, namun ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering. Oleh itu, jangan kedekut untuk membeli set penjagaan wajah yang terdiri daripada produk pencuci muka, penyegar dan pelembap. Selain membersihkan wajah anda daripada kekotoran dan minyak, ia juga boleh membantu mengatasi masalah yang timbul pada kulit wajah anda.
2. Bersihkan bulu hidung, misai dan janggut
Jangan serabutkan wajah anda dengan bulu-bulu yang tidak diingini. Bukan sahaja wanita, kawan lelaki pun boleh lari jika wajah anda nampak serabai. Rapikan bulu hidung agar ia tidak kelihatan serta kemaskan misai dan janggut agar sentiasa kemas. Pastikan juga misai dan janggut anda sentiasa dicuci dengan pencuci wajah bagi mengelakkan timbulnya rasa gatal.
Ads
3. Jaga bau mulut dan elak gigi berkarat
Senyuman yang memikat datang daripada gigi yang putih dan tersusun rapi. Apatah lagi, wanita suka memandang gigi lelaki apabila berbual. Jadi bayangkan jika mulut anda berbau, pasti menimbulkan rasa tidak selesa si dia jika ingin berbual dengan anda. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi. Jika ada gigi yang rosak, segeralah mendapatkan rawatan agar ia tidak menimbulkan bau busuk dari mulut anda. Bagi perokok tegar, tentu sahaja gigi anda berkarat dan kekuningan. Sentiasalah menggosok gigi, berkumur dan kunyah gula-gula getah agar nafas mulut anda sentiasa segar.
4. Jangan abaikan senaman dan diet
Jangan abaikan penjagaan diet dan makanlah makanan yang lengkap dengan nutrisi. Sambil itu, rajin-rajinkan diri anda beriadah atau bersenam. Ajak kenalan baik atau pasangan untuk turut serta bersama anda menjalani aktiviti bersenam kerana ia akan memberi lebih motivasi untuk anda kekal sihat dan fit.
Ads
5. Sarungkan pakaian mengikut saiz badan
Tidak mengapa jika muka anda tak hensem namun pastikan gaya anda sedap mata memandang. Apabila bercakap tentang gaya dan penampilan, penting untuk anda memakai pakaian mengikut saiz badan. Jangan sesekali menyarungkan baju dan seluar yang longgar kerana ia akan menampakkan gaya anda selekeh dan menggelebeh. Beralihlah pada fesyen yang lebih fit agar penampilan anda nampak lebih stailo dan muda.
6. Sembur minyak untuk aroma memikat
Ads
Semua orang sukakan haruman. Untuk memberikan keyakinan, jangan lupa semburkan minyak wangi pada tubuh anda. Ia bukan sahaja memberikan aroma yang memikat, bahkan penggunaan minyak wangi juga boleh menutupi bau peluh dan badan anda. Tak semestinya anda harus membeli minyak wangi mahal, minyak wangi yang murah juga boleh mewangikan tubuh asalkan anda bijak memilih bauan yang kena dengan diri anda. Barulah anda nampak lebih gentleman!
7. Rapikan rambut agar kemas dan wangi
Potongan rambut pada seorang lelaki merupakan aset peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk lelaki mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Selain potongan, cara perapian rambut juga penting untuk anda beri perhatian. Gunakan gel atau minyak rambut dan sikat rambut anda agar sentiasa kemas. Jangan lupa basuh rambut tiga kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur, daki, peluh dan bau busuk.
8. Kuku jangan dilupakan
Kebanyakan lelaki lupa untuk membersihkan kuku terutamanya kuku kaki. Jangan ingat wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku kerana lelaki juga harus menjaga kuku mereka. Untuk kaum lelaki cukup sekadar anda memastikan kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku yang panjang dan kotor bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit malah membuatkan orang geli.
9. Ambil aura lelaki kacak
Foto: Instagram fattahaminz
Tidak salah anda meniru gaya lelaki kacak di luar sana untuk kebaikan diri anda juga. Bagaimana mereka mengambil gambar, posing, berinteraksi dan yakin apabila berdepan dengan orang ramai. Tidak semua wanita mementingkan rupa. Ada sesetengahnya tidak kisah asalkan lelaki mampu membuatkan dirinya rasa dihargai dan disayangi, bahkan menganggap anda kacak di matanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gambar terbaru Mark Zuckerberg yang tampil dengan misai dan janggut telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
CEO Meta yang selalunya tampil dengan formal, kini kelihatan sangat swag, buat netizen teruja! Malah, foto Mark ini dibanjiri pujian melambung di media sosial, semua kagum dengan transformasi gaya beliau yang fresh abis!
Namun, itu hanyalah gambar palsu palsu yang disunting seseorang pengguna media sosial. Gambar itu diambil daripada video Zuckerberg ketika dia membuat pengumuman mengenai pembantu kecerdasan buatan (AI) Meta iaitu Llama 3 pada Khamis lepas.
Tapi dari pandangan penulis memang sesuai jambang di wajah Zuckerberg.
Jadi kalau anda mahukan wajah lebih maskulin dan ‘fresh’, ini tip lebatkan janggut yang boleh anda lakukan.
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urutkan wajah anda
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah macam Mark Zuckerberg.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam jejaka baru lebih habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita. Awet muda dari usia sebenarnya menjadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki.
Siapa yang tak mahu kan, awet muda terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar? Kekal muda walaupun usia dah meningkat.
Berikut adalah cara mudah untuk kamu tampak lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti beri biru, tembikai dan brokoli.
2. Buat aktiviti yang mengeluarkan peluh
Gerakkan tubuh anda paling kurang 30 minit sehari agar fikiran dan kulit menjadi sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah. Malah dengan bersenam, wajah anda akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak. Anda juga boleh bersauna kerana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit. Ia juga boleh melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat dan mengundang garis-garis halus pada mata.
4. Elak makanan yang kurang berkhasiat
Makanan ringan, makanan atau minuman dalam pek segera, makanan segera dan sewaktu dengannya sangat tidak berkhasiat. Jangan jadikan makanan-makanan ini sebagai rutin makanan harian anda kerana ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit pada tubuh.
Lelaki yang sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan bijak menyelesaikannya, kebiasaannya kurang mengalami stres. Lihat sahaja pada wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.
Nota Tambahan
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari untuk wajah kelihatan lebih muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika perempuan takut pada jerawat, lelaki pula takut pada situasi ‘botak tenggah’. Perkara ini boleh berlaku atas beberapa sebab antaranya seperti genetik daripada bapa, kurang penjagaan kulit kepala dan mungkin juga tekanan hidup.
Selain berjumpa dengan pakar rambut atau mencuba cara saintifik, tak salah jika anda cuba lakukan cara alami pula.
Di sini merupakan beberapa cara untuk kembalikan rambut yang lebat buat kaum lelaki.
1. Santan kelapa
Orang dulu-dulu sering menggunakan santan kelapa sebagai masker rambut untuk melebatkan rambut. Caranya mudah sahaja ambil setengah cawan santan kelapa (yang pekat) dan lumurkan ke seluruh bahagian kepala, lalu urut perlahan di kulit kepala. Balut dengan shower cap atau tuala dan biarkan selama satu jam. Bilas dengan air bersih dan amalkan setiap minggu selama sebulan.
2. Telur
Telur mempunyai sumber protein semula jadi dan tinggi dengan sulfur. Lumurkan kuning telur pada bahagian rambut dan kulit kepala. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
3. Teh Hijau
Teh hijau bukan sahaja bagus untuk orang diet, tetapi ia juga bagus untuk mengembalikan rambut yang lebat buat lelaki. Ini kerana ia mengandungi anti-oksida yang boleh mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya mudah sahaja, renehkan 2 uncang teh hijau ke dalam satu cawan. Biarkan sehingga sejuk dan sapukan air tersebut ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan air bersih.
4. Yogurt
Beli yorgut di kedai dan sapukan ke seluruh kepala dan rambut. Balut dengan tuala selama beberapa minit dan kemudian, bilas dengan air sejuk. Cara ini bukan sahaja bagus untuk melembutkan rambut, malah ia juga bagus untuk pertumbuhan anak rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.