Walaupun tumit kaki merekah sering dialami oleh wanita, lelaki pun tak terlepas daripada masalah ini. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah tumit kaki merekah ini boleh menghilangkan keyakinan diri dan timbul rasa malu untuk membiarkannya terdedah kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, tumit kaki merekah juga boleh dijadikan ukuran sejauh mana anda menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Jadi usah biarkan masalah tumit kaki merekah ini mencacatkan penampilan kaki anda.

Di bawah ini ada 10 petua mujarab yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah atau pecah-pecah.

1. Listerine dan cuka

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Sediakan campuran 1 cawan Listerine, 1 cawan cuka putih dan 2 cawan air.
  • Rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minit.
  • Keluarkan kaki dan gosokkan dengan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
  • Bilas dengan air bersih.
  • Keringkan kaki. Guna krim pelembap untuk melembapkan kaki.
  • Ulangi cara ini setiap hari sehingga tumit kaki sembuh.

Bagaimana ia berfungsi: Listerine mengandungi thymol dan alkohol yang membantu melawan kulat pada kuku jari kaki, menyembuhkan tumit kaki merekah, menenangkan kulit dan merawat kutil. Asid ringan yang ada dalam cuka pula bertindak untuk melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya mudah untuk mengelupas.

2. Tepung beras, madu dan cuka

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Gosok tumit kaki yang merekah dengan campuran 3 sudu tepung beras, 1 sudu madu dan 2-3 sudu cuka sari epal.
  • Kacau campuran tadi sehingga membentuk pes pekat.
  • Rendam kaki dalam air suam selama 10 minit
  • Gosok secara lembut dengan pes tadi untuk menghilangkan sel kulit mati.
  • Ulangi cara ini 2-3 kali seminggu.

Bagaimana ia berfungsi: Tepung beras dapat mengekalkan dan membersihkan kulit. Madu adalah antiseptik semula jadi yang membantu menyembuhkan tumit kaki merekah. Cuka adalah asid ringan yang melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya ia mudah mengelupas.

3. Pisang

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

IKLAN
  • Hancurkan 2 biji pisang. Gunakan pisang yang telah masak kerana pisang belum masak mengandungi asid yang boleh mengeras kulit.
  • Perlahan-lahan gosokkan pes tadi pada tumit kaki selama 20 minit.
  • Bilas kaki dengan air bersih.
  • Ulangi cara ini setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Bagaimana ia berfungsi: Pisang adalah pelembap kulit semula jadi. Ia mengandungi vitamin A, B6, dan C yang dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit dan hidrasi.

4. Madu

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Campurkan 1 cawan madu bersama air suam.
  • Rendamkan kaki dalam campuran tadi dan urut perlahan-lahan selama 20 minit.
  • Kemudian gosokkan tumit kaki dengan batu apung.
  • Keringkan kaki. Sapu krim pelembap untuk melembapkan kaki.
  • Ulangi cara ini secara berkala sebelum tidur sehingga menunjukkan hasil yang memuaskan.

Bagaimana ia berfungsi: Madu adalah humectant semula jadi. Ia dapat menarik air keluar dari dalam tisu hingga ke lapisan luar kulit. Peralihan bendalir ini dapat membantu menyembuhkan kulit luar.

5. Minyak sayuran

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Bersihkan kaki terlebih dahulu.
  • Kemudin keringkan kaki dengan tuala yang lembut.
  • Sapukan minyak sayuran pada tumit kaki anda.
  • Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
  • Buat cara ini setiap hari sebelum tidur.

Bagaimana ia berfungsi: Minyak sayuran mudah diserap oleh kulit. Kebanyakan minyak sayuran mengandungi vitamin seperti provitamin A, D, dan E, yang kesemuanya membantu menyuburkan kulit dan mencipta sel-sel baru.

IKLAN

6. Vicks VapoRub

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Ambil sapuan Vicks VapoRub.
  • Urutkan pada tumit kaki selama 5 minit. Kemudian pakai sarung kaki.
  • Keesokan hari, basuh tumit kaki anda dengan air suam.
  • Buat setiap hari sebelum tidur.

Bagaimana ia berfungsi: Vicks VapoRub mengandungi kapur baring, kayu putih dan asas minyak turpentine yang dapat memerangkap kelembapan.

7. Serbuk penaik

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat

  • Tambah 3 sudu serbuk penaik dalam semangkuk air suam. Kacau campuran sehingga serbuk penaik larut.
  • Rendam kaki selama 15 minit.
  • Keluarkan kaki dan gosok perlahan-lahan dengan batu apung.
  • Bilas dengan air bersih dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
  • Ulangi cara ini 2 kali seminggu.

Bagaimana ia berfungsi: Baking soda adalah exfoliant. Ia membuang sel-sel kulit mati dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Malah serbuk penaik juga boleh meneutralkan bau busuk.

IKLAN

8. Gel lidah buaya

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Rendam kaki dengan air hangat dan gosok dengan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
  • Keringkan kaki. Kemudian sapukan lapisan lidah buaya secara tebal pada tumit kaki.
  • Pakai sarung kaki.
  • Keesokan harinya, basuh tumit kaki dengan air suam.
  • Ulangi cara ini setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.

Bagaimana ia berfungsi: Lidah buaya mengandungi vitamin A (beta-carotene), C dan E. Ini mempunyai sifat antioksidan. Kolesterol, campesterol, β-sitosterol dan lupeol bersifat anti-radang, manakala lupeol pula bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.

9. Vaseline dan jus lemon

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Rendam kaki dalam air suam selama 20 minit. Bilas dan keringkan.
  • Tambah 3-4 titisan jus lemon dalam 1 sudu teh Vaseline. Kacau campuran tadi.
  • Gunakan campuran ini pada tumit kaki merekah.
  • Pakai sarung kaki semalaman.
  • Basuh kaki menggunakan air suam keesokan harinya di waktu pagi.
  • Lakukan secara kerap sebelum tidur.

Bagaimana ia berfungsi: Vaseline bertindak sebagai pelembap dan asid sitrik dalam jus lemon pula dapat menghilangkan kulit mengelupas serta menumbuhkan semula sel-sel kulit baru.

10. Garam Epsom

Tak Sangka 10 Petua Guna Bahan Dapur Ini Mujarab Nak Rawat Tumit Merekah!

Cara nak buat:

  • Tambah separuh cawan garam Epsom bersama air suam ke dalam besen.
  • Kacau campuran hingga sebati.
  • Rendam tumit kaki selama 15 minit.
  • Gosok kaki untuk membuang kulit mati.
  • Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu.

Bagaimana ia berfungsi: Garam Epsom mampu mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Sulfat pula membantu melepaskan toksin dan logam berat dari sel-sel, mengurangkan kesakitan dan membantu tubuh untuk menghilangkan bahan-bahan yang berbahaya.

Sumber: Era Baru

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI