Ads

TRIUMPH KELUARKAN TEASER SPEEDMASTER- BAKAL DIDEDAHKAN PADA 3 OKTOBER

Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.

Ads

Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.

Ads

Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.

Ads

Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.