TRIUMPH KELUARKAN TEASER SPEEDMASTER- BAKAL DIDEDAHKAN PADA 3 OKTOBER

Share

Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan 

antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.

Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.

Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.

Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.

IKLAN