Menunaikan haji pasti menjadi impian setiap umat Islam. Lazimnya kita lihat kebanyakan yang mendapat peluang itu apabila usia menginjak tua. Kata orang, selagi muda dan kudrat masih kuat sebaik-baiknya ia dilakukan pada waktu itu, namun tidak semua di beri rezeki dan berpeluang.
Namun, kegembiraan pastinya dirasai buat mereka yang berjaya melakukannya pada usia muda.
Sekarang kalangan artis juga dilihat berlumba-lumba untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu. Di instagram, dapat kita lihat beberapa orang selebriti seperti Rozita Che Wan, Elfira Loy, Adam Corrie, Wak Doyok dan ramai lagi ke Mekah untuk ibadah umrah.
Baru-baru ini Wak Doyok telah berkongsi beberapa keping foto dan video momen indah berada di sana. Paling yang tidak dapat dilupakannya ialah pengalaman mengusung jenazah.
Melalui perkongsian video di instagram, Wak Doyok memberitahu antara pengalaman yang tak dapat dilupakannya ialah apabila berpeluang mengusung jenazah di Masjid Nabawi. Tambahnya lagi, alangkah indahnya mereka yang meninggal dunia di tanah suci ini. Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan syukur dengan peluang yang diperolehi Wak.
Beruntungnya Wak, Ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Wak Doyok lagi.
Sebelum mempertimbangkan minat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang hiburan, Datuk Awie mahu semua anaknya menumpukan terhadap pelajaran terlebih dahulu.
Memetik laporan Harian Metro, Awie mengakui anak lelakinya Putra Ahmad Merrah, 17, mempunyai minat ke arah muzik, namun dia tidak pernah menggalakkan atau memaksa kerana mahu anaknya mendahulukan pelajaran.
“Saya tak pernah galakkan, tapi kalau dia berminat itu hak dia sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah belajar dulu.
“Insya-Allah, kalau dah okey semua daripada segi akademik, maka dia boleh menyambung dengan apa saja yang dia minat.
“Itu yang pertama. Tapi kalau nak paksa atau suruh anak ikut jejak langkah saya dalam bidang seni, tidak sama sekali. Malah, saya pernah bercakap dengan Merrah supaya jangan jadi penyanyi sebaliknya berada di belakang tabir,” katanya.
Sebagai anak seni, Awie memberitahu dia lebih gemar melihat anaknya menjadi seorang pembikin berbanding penggiat.
“Jadi seorang pembikin dan bukan sebagai seorang penggiat. Hanya Merrah saja yang saya lihat minat menyanyi. Kakak-kakaknya mengambil kursus ‘Event Management’ dan ‘Creative Visual’.
“Saya sendiri berada dalam bidang ini, jadi saya lebih suka mereka menjadi pembikin daripada penggiat. Apatah lagi jika tiada akademik, jadi bahan ketawa orang saja,” katanya.
Terdahulu, video anak lelakinya itu bermain gitar menyanyikan lagu Seniman Menangis yang dipopularkan Datuk Jamal Abdillah menjadi tular di TikTok.
Menggunakan kapsyen ‘Like Father Like Son’, video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.
Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kasut larian carbon plate berubah daripada teknologi eksklusif atlet elit kepada sesuatu yang semakin biasa dilihat dalam kalangan pelari harian.
Dari fun run hujung minggu hinggalah maraton tempatan, kasut jenis ini kini bukan lagi sesuatu yang pelik.
Namun persoalan pentingnya bukanlah berapa laju kasut ini boleh buat anda berlari, tetapi sama ada anda benar-benar memerlukannya.
Carbon plate merujuk kepada kepingan gentian karbon yang diletakkan di dalam midsole kasut larian. Kebiasaannya ia digabungkan dengan busa berprestasi tinggi.
Fungsinya adalah untuk meningkatkan kecekapan tenaga, memberikan rasa tolakan yang lebih kuat serta membantu kaki bergerak ke hadapan dengan lebih efisien.
Dalam istilah mudah, kasut larian carbon plate membantu anda berlari lebih laju dengan usaha yang sama atau mengekalkan pace dengan rasa yang lebih ringan.
Namun, teknologi ini bukan magis. Ia hanya berkesan jika digabungkan dengan biomekanik larian yang sesuai dan tahap kecergasan tertentu.
Kasut larian carbon plate paling memberi manfaat kepada pelari yang sudah mempunyai asas larian yang kukuh.
Ini termasuk pelari yang konsisten berlari sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, mempunyai cadence yang stabil serta mampu mengekalkan pace sederhana hingga laju dalam tempoh yang panjang.
Pelari yang kerap menyertai perlumbaan seperti 10 kilometer, half maraton atau maraton akan merasai kelebihan paling ketara.
Kasut ini membantu mengekalkan momentum ketika otot mula letih, terutama di bahagian akhir perlumbaan. Bagi pelari yang mengejar personal best, kelebihan kecil dari segi kecekapan ini boleh membawa perbezaan yang signifikan.
Kasut larian carbon plate juga sesuai untuk pelari yang biasa melakukan latihan tempo run, interval dan long run pada pace sasaran. Pada kelajuan ini, carbon plate bekerja seperti yang direka, membantu peralihan langkah menjadi lebih pantas dan responsif.
Untuk pelari baharu atau mereka yang baru mula berlari secara konsisten, kasut carbon plate bukanlah keutamaan.
Fokus sepatutnya diberikan kepada asas seperti teknik mendarat, kekuatan otot kaki dan kestabilan sendi.
Kasut ini yang bersifat lebih rigid boleh mengubah corak larian dan berpotensi menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan jika badan belum bersedia.
Pelari yang berlari semata-mata untuk kesihatan mental, penurunan berat badan atau larian santai juga mungkin tidak mendapat nilai sebenar daripada kasut ini.
Dalam situasi ini, kasut trainer biasa yang empuk, stabil dan tahan lasak jauh lebih praktikal serta selamat digunakan setiap hari.
Kajian biomekanik mendapati bahawa kasut larian carbon plate boleh meningkatkan running economy, iaitu kecekapan penggunaan tenaga ketika berlari.
Ini bermaksud pelari menggunakan kurang tenaga untuk mengekalkan kelajuan yang sama. Walau bagaimanapun, peningkatan ini sangat bergantung kepada gaya larian, berat badan dan tahap latihan individu.
Penting untuk difahami bahawa kasut carbon plate bukan pengganti latihan. Ia hanya mengoptimumkan apa yang sudah ada. Pelari yang kurang latihan tidak akan tiba-tiba menjadi laju hanya kerana menukar kasut.
Kelebihan utama kasut larian carbon plate ialah rasa springy dan responsif. Ia membantu memindahkan tenaga ke hadapan dengan lebih cekap, menjadikan larian terasa lebih ringan dan agresif.
Dalam perlumbaan, ia membantu mengekalkan pace sasaran dengan lebih konsisten, terutama ketika keletihan mula dirasai.
Selain itu, kasut ini juga boleh mengurangkan beban pada betis dan buku lali kerana kerja tolakan diagihkan sepanjang kaki.
Ini membantu mengurangkan keletihan otot tertentu, terutamanya dalam larian jarak jauh.
Walaupun berprestasi tinggi, kasut larian carbon plate biasanya mahal dan kurang versatil. Ia tidak direka untuk dipakai setiap hari, terutama untuk larian perlahan atau recovery run.
Ketahanan kasut ini juga selalunya lebih pendek berbanding kasut latihan biasa, terutamanya jika digunakan secara berlebihan.
Terlalu bergantung kepada kasut carbon plate tanpa latihan kekuatan boleh menyebabkan kelemahan otot tertentu, terutama pada bahagian tapak kaki dan betis.
Sebab itu ramai jurulatih mengesyorkan penggunaan kasut ini secara terhad, terutamanya untuk hari perlumbaan atau latihan khusus.
Kasut larian carbon plate bukan untuk semua orang, dan itu tidak bermakna anda ketinggalan. Ia adalah alat prestasi, bukan keperluan asas.
Jika anda pelari konsisten yang mengejar masa dan kerap menyertai perlumbaan, kasut larian carbon plate boleh menjadi pelaburan yang berbaloi.
Tetapi jika tujuan utama anda berlari adalah untuk kesihatan, keseimbangan hidup dan ketenangan minda, kasut yang selesa dan stabil sudah lebih daripada mencukupi.
Dalam larian, seperti dalam hidup, kemajuan sebenar datang daripada konsistensi, bukan semata-mata teknologi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KEBELAKANGAN INI SEMAKIN BANYAK RESTORAN HIPSTER YANG MENGHIDANGKAN MENU DALAM KUANTITI YANG SANGAT BANYAK, SAIZ BESAR DAN ADA YANG BOLEH DIMAKAN UNTUK ENAM ORANG TAPI DIHIDANGKAN KEPADA SEORANG PELANGGAN SAHAJA. TREND INI SERBA SEDIKIT MEMBUATKAN SEMAKIN RAMAI TERDEDAH KEPADA BAHAYA OBESITI. DI SINI DISENARAIKAN MAKANAN RINGAN (SNEK) YANG BIASA ANDA PESAN DI SESEBUAH RESTORAN YANG ‘DOSA’ KALAU AMBIL MASA ANDA SEDANG BERDIET!
Burger daging:
Ayam goreng:
Kentang goreng:
Susu kocak (shake)
Minuman berasaskan Kola:
Garam
Gula
Serat
Vitamin dan zat galian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.