Menukar warna kereta adalah salah satu cara untuk memberikan penampilan baharu kepada kenderaan anda. Namun, penting untuk diingat bahawa selepas menukar warna kereta, anda perlu mengemaskini maklumat warna baharu kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jangan risau, proses ini sebenarnya sangat mudah jika anda tahu langkah-langkah yang betul. Ikut panduan dari Cik Amaya di bawah :
Tukar Warna Kereta
Panduan mengemas kini maklumat warna cat kereta di JPJ
Muat turun aplikasi JPJeQ.
Imbas kod QR yang ada di JPJ untuk ambil nombor giliran.
Kemudian, ambil borang untuk tukar warna.
Pengisian borang tukar warna cat kereta
Borangnya tulis nombor plat dan warna kenderaan apa yang sudah anda catkan.
Tulis nama dan nombor kad pengenalan.
Kemudian, turunkan tanda tangan.
Kalau tidak tahu cara isi borang boleh tanya abang-abang RELA di sana, mereka sangat membantu.
Pastikan anda cat dahulu kereta baru pergi mengemas kini di JPJ. Tiada apa-apa cas pembayaran, percuma sahaja.
Tak semua lelaki pakar bab-bab kereta ni, yelah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik – mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L…begitu la citernya
5. Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6. Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8. Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”
14. Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
15. Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
16. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
17. Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
18. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
19. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
20. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Sumber : Fb Limau Ais
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda boleh melakukan tuntutan insurans kemalangan apabila langgar haiwan liar? Semalam satu berita cukup menyayat hati telah menggemparkan kita semua di sebalik kegembiraan Aidilfitri apabila seekor anak gajah telah mati akibat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV.
Kemalangan jalan raya melibatkan haiwan liar merupakan salah satu isu yang bukan berlaku baru-baru ini sahaja.
Malah ia menjadi satu isu serius terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan hutan atau habitat haiwan. Kenderaan yang melibatkan haiwan liar boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada kenderaan dan juga boleh membahayakan nyawa haiwan tersebut serta pemandu dan penumpang.
Lalu membuatkan persoalan adakah kita boleh melakukan tuntutan insurans jika berlaku kemalangan melibatkan haiwan liar?
Negara kita yang tercinta, Malaysia merupakan adalah negara yang kaya dengan biodiversiti dan sering kali, haiwan liar seperti tapir rusa, dan lain-lain, akan melintas jalan raya yang menghubungkan antara satu kawasan hutan dengan kawasan hutan yang lain.
Perkara ini sering berlaku di kawasan pedalaman dan kawasan yang berdekatan dengan taman negara atau hutan simpan. Kemalangan ini boleh berlaku apabila haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan tanpa diduga oleh pemandu, sehingga menyebabkan pemandu terpaksa melakukan pengereman mendadak atau mengelak, yang boleh menyebabkan kemalangan.
Jika anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan haiwan liar, anda boleh membuat tuntutan insurans asalkan anda mempunyai polisi insurans komprehensif.
Tuntutan ini akan dibuat di bawah kategori ‘own damage’ dimana anda perlu membayar deduktibel (jika ada) dan tuntutan ini akan mempengaruhi kadar NCD (No-Claim Discount) anda. Ini bererti, jika anda membuat tuntutan, kadar NCD anda akan dikurangkan dan ini akan meningkatkan jumlah premium insurans yang perlu dibayar pada tahun berikutnya.
Untuk memulakan proses tuntutan, anda perlu mengambil beberapa langkah penting. Pertama, pastikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada polis serta menghubungi syarikat insurans anda sesegera mungkin.
Anda juga akan perlu mengambil gambar tempat kejadian, kerosakan pada kenderaan, dan haiwan yang terlibat, jika boleh. Dokumentasi ini sangat penting sebagai bukti untuk proses tuntutan insurans.
Penting bagi pemandu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan haiwan liar. Beberapa tips pencegahan termasuk:
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya, pemandu dapat meminimalkan risiko kemalangan yang melibatkan haiwan liar serta memastikan mereka mendapat perlindungan insurans yang cukup jika kemalangan tersebut tidak dapat dielakkan.
Ingatlah, keselamatan anda dan haiwan liar sama pentingnya dan tindakan pencegahan boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BJAK
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa hari lagi jutaan kenderaan akan mula keluar dari ibu kota menyaksikan anak perantauan balik kampung. Selain pengangkutan awam seperti bas dan juga kereta, motosikal juga merupakan kenderaan popular terutamanya di kalangan lelaki-lelaki bujang.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan tip yang baik dan selamat untuk rider sekalian. Semoga tunggangan balik kampung akan jadi lebih selamat dan juga selesa!
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.
Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa peraltan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.
Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dalam menikmati tungangan motosikal yang lebih selamat. Selamat balik kampung!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.