Siapa tak kenal dengan Power Rangers, bukan? Disebabkan itulah baru-baru ini telah tular sebuah video memaparkan rakaman sepasang pengantin baru diraikan di sebuah acara dengan menggayakan kostum Power Rangers.
Menerusi video tersebut pengantin disambut dengan penuh keceriaan dengan pengantin lelaki mengenakan kostum Blue Ranger manakala pengantin perempuan pula dengan kostum Pink Ranger. Menariknya pengantin lelaki walaupun berkostum tetap lengkap dengan samping manakala pengantin perempuan pula dengan veil.
Foto: Wan Kedah
Rakaman video tersebut difahamkan berlangsung pada 13 April yang lalu bertempat di UTC Datuk Keramat. Susulan tularnya video tersebut, terdapat segelintir warganet yang turut rasa panas punggung dengan telatah mereka.
Malah ada yang menuduh pasangan tersebut membelakangi budaya orang Melayu. Walhal itu bukanlah perkara yang sebenarnya berlaku! Sebenarnya itu bukanlah majlis kenduri mereka tetapi diraikan di sebuah acara Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL). Bahkan difahamkan juga pasangan tersebut baru sahaja selesai diraikan dalam dua majlis bersama keluarga iaitu majlis pernikahan dan majlis bertandang.
Rentetan dengan pelbagai komen berbaur negatif dan tuduhan melulu itu, salah seorang penganjur tampil memberikan penjelasan. Menerusi sebuah posting di Facebook, penganjur yang dikenali dengan nama Wan Kedah tampil untuk menjernihkan keadaan.
Ikuti penjelasan daripadanya di bawah:
Salam semua dgn views video dah beratus ribu kot..dan komen2 agak kasaq. saya rasa bertanggungjawab kena clearkan isu ni
Ads
1. Ya saya organiser event geng mainan dan cosplay nama CTFKL atau Collectors Toy fair Kuala Lumpur… atau kelab pengumpul mainan kuala lumpur yg sah dah sudah diregistered.
2. Depa 2 ni memang geng cosplay lama dah(pakai costume la)
3. Sudah diijab kabul pada 12 mac 2019
4. Ni merupakan bersanding kali ke 3..
5. Kami geng mainan hanya meraikan depa. Di event mainan.. dalam dewan tu kami dah macam family.
6. Depa pun mula berjumpa dan bercinta di CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018)
Ads
7.Kami cuma meraikan depa cara kami. Sat saja 30 minit
Nama event pun kampong geng mainan.. ala macam ada org kawin di kampong la. Tapi kampong kami Bukan kampong hangpa
8. Bacaan doa dan negaraku pun ada
Aku sini minta maaf kpd kedua pengantin baru kita serta keluarga dia.
*Ada kata pakai helmet sebab nak kawin 2. Hahaha lawak..
Tq semua geng menan yg defend dan cuba clearkan..
Ads
Harap clear la. Maafkan daku depa tak paham
Event tadi pun event amal utk anak yatim dan asnaf raudah gombak.
Tq Saya yg sentiasa mencari menan Wan Muhammad Aznan Dato Wan Azmi Founder CTFKL Kampong Bendang Man 08200 Sik.Kedah
#ctfkl2019
Semoga dengan penjelasan ini tiada lagi komen bukan-bukan dihamburkan kepada pasangan tersebut. Apa salahnya mereka diraikan bersama-sama dengan minat mereka.
Kepada pasangan ‘Power Rangers’, Selamat Pengantin Baru diucapkan daripada kami di team MASKULIN! Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.
Go, go Power Rangers!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon filem Pirates of The Caribbean, Tamayo Perry meninggal dunia akibat diserang jerung ketika meluncur ombak di Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan BBC, kematian Tamayo Perry yang berusia 49 tahun itu disahkan oleh pihak perkhidmatan kecemasan Honolulu menerusi satu sidang media.
Sekitar jam 1.00 tengah hari waktu tempatan, satu panggilan kecemasan telah dibuat dari Pantai Malaekahana.
Tamayo yang juga seorang anggota penyelamat pantai, disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dibawa ke pinggir laut menggunakan jet ski.
Selain bergelar seorang pelakon, Tamayo juga aktif sebagai seorang peluncur laut profesional selama lebih sedekad. Malah, dia juga seorang jurulatih aktiviti itu.
Tamayo telah mengharungi banyak cabaran dalam kerjayanya sebagai peluncur laut, termasuk satu kejadian yang hampir meragut nyawanya.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Oahu itu tidak menceritakan lebih terperinci mengenai kejadian-kejadian tersebut.
Sebaliknya, dia hanya memberitahu yang kejadian itu disebabkan oleh kecuaian pihak lain.
Kecintaan Tamayo terhadap laut dan aktiviti meluncur ombak telah membentuk sebahagian besar daripada hidupnya.
Meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko, dia tetap tidak gentar dan terus mengejar minatnya.
Dedikasi dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Tamayo dalam sukan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya kepada mereka yang berkongsi minat yang sama.
Menerusi filem berjudul Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang merupakan filem keempat dalam siri filem itu, Tamayo memainkan watak sebagai salah seorang lanun.
Selain itu, dia turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Lost, Hawaii Five-0, dan juga filem seperti Blue Crush, Charlie’s Angels: Full Throttle serta membintangi iklan minuman bikarbonat Coca-Cola.
Dalam dunia hiburan, Tamayo Perry dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan berdedikasi dalam setiap watak yang dilakonkannya.
Komitmen beliau terhadap kerjaya lakonan dan kecemerlangan dalam sukan meluncur ombak menjadikan Tamayo sebagai seorang yang dihormati dan diingati oleh rakan-rakan dan peminatnya.
Kehilangannya adalah satu kehilangan besar kepada industri hiburan dan komuniti peluncur ombak.
Semangat juangnya dan kecintaan terhadap sukan meluncur ombak serta dedikasi kepada seni lakonan akan terus diingati.
Legasi Tamayo Perry akan terus hidup dalam ingatan mereka yang mengenalinya, sama ada melalui karyanya di layar perak atau sumbangannya dalam dunia sukan.
Kerap membuang air kecil dalam jumlah yang tidak normal air kencing sering merupakan gejala diabetes. Ini kerana badan cuba untuk membersihkan glukosa tidak digunakan dalam darah melalui air kencing.
Gangguan Prostat
Pembesaran prostat boleh memerah uretra atau saluran kencing dan menutup aliran air kencing. Ini menyebabkan kerengsaan dinding pundi kencing. Hasilnya, pundi kencing menjadi mudah untuk mengecut walaupun terdapat sedikit air kencing, selalu ada rasa yang ingin buang air kecil. Mengambil Ubat-ubatan Diuretik
Mengambil ubat-ubatan diuretik, ubat untuk tekanan darah tinggi atau pembendungan cecair di dalam buah pinggang. Ubat ini akan mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan, menyebabkan keinginan untuk sentiasa membuang air kecil.
Strok atau Penyakit Saraf.
Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan fungsi pundi kencing boleh menyebabkan kerap seorang membuang air kecil. Diverticulitis
Diverticulitis atau keradangan di dinding usus besar. Tanda-tandanya adalah sakit yang bermula dari pusat dan bergerak ke bahagian bawah abdomen, demam, kerap membuang air kecil disertai dengan sakit ketika membuang air kecil, pendarahan rektum.
Faktor Psikologi
Salah satu daripada perkara tersebut adalah kebimbangan yang berlebihan dan lama. Sebagai contoh, kebimbangan tentang kewangan, kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi tidak boleh menjelaskan mengapa tertentu (gangguan kebimbangan keseluruhan). Gejala di samping kerap membuang air kecil yang berdebar-debar, berpeluh, ketegangan otot, insomnia, mudah terperanjat, cepat marah, sukar menumpukan perhatian, menggeletar, loya, cirit-birit, sakit belakang, dan sakit kepala.
Jangkitan Saluran Kencing
Sentiasa mahu untuk membuang air kecil yang tidak dapat ditahan, dan disertai dengan demam dan rasa tidak selesa atau sakit di bahagian perut boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing.
Pundi kencing terlalu aktif
Keadaan di mana otot-otot pundi kencing kontrak tiba-tiba di luar kawalan, menyebabkan keinginan untuk membuang air kecil kencing walaupun pundi kencing tidak penuh air kencing.
Jangkitan Buah Pinggang
Selain kerap membuang air kecil, gejala termasuk sakit belakang, sakit di pangkal paha, loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan menggigil. Batu Karang
Batu karang adalah batu mineral yang terbentuk di dalam pundi kencing sebagai air kencing pekat. Gejala-gejala lain daripada batu karang dalam pundi kencing adalah kencing keluar sedikit disertai dengan sakit, bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil, sakit di bahagian bawah abdomen, terdapat darah dalam air kencing atau warna air kencing bertukar gelap dan keruh
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.