Ubat-ubatan ini telah dirampas oleh Unit Farmasi, Kementerian Kesihatan Negeri Johor dan telah dipamirkan untuk rujukan Doktor dan orang ramai.
Dari ubat perangsang seks hingga ubat untuk menguruskan badan. Mungkin ada di antara anda yang sudah menggunakan ubat-ubatan ini.
Beberapa ubat-ubat tiruan seperti ‘Panadol tiruan, Vicks tiruan dan Eye Mo tiruan’ juga dirampas. Ubat-ubat ini TIDAK mempunyai sticker hologram dan nombor siri KKM.
Jadi berhati-hati dalam memilih ubat dan jamu untuk kegunaan harian anda. Ini senarai produk yang telah dirampas.
Ads
Ads
Ads
SUMBER : FACEBOOK ROSLI ABDUL JALIL
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Membina kecergasan, stamina, dan kekuatan badan adalah satu perjalanan yang boleh dimulakan oleh semua orang, tanpa mengira usia atau tahap kecergasan. Kuncinya adalah untuk melakukannya secara step-by-step atau berperingkat.
Paling penting anda harus menghormati had dan kemampuan badan anda, serta mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan kecederaan.
Jadi sangat penting anda melakukannya dengan selamat dan dalam masa yang sama menguji kemampuan diri.
Berikut MASKULIN kongsikan panduan step-by-step untuk membantu anda meningkatkan kecergasan dengan selamat sambil mengurangkan risiko kecederaan serius.
Sebelum memulakan sebarang rutin senaman, luangkan masa untuk menilai tahap kecergasan semasa anda dan tetapkan matlamat berdasarkan kemampuan anda. Matlamat ini haruslah realistik dan disesuaikan dengan kadar kemampuan diri anda. Ingat, apa yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda.
Mengabaikan pemanasan adalah salah satu cara paling mudah untuk mengalami kecederaan.
Pemanasan yang baik meningkatkan kadar denyutan jantung, melancarkan peredaran darah, dan menyediakan otot anda untuk aktiviti. Ini membantu mengelakkan ketegangan otot dan kecederaan sendi.
Sama ada anda mengangkat beban, melakukan senaman menggunakan berat badan, atau berlari, teknik yang betul adalah penting. Teknik yang betul bukan sahaja memaksimumkan manfaat senaman, tetapi juga melindungi anda daripada kecederaan.
Salah satu punca kecederaan paling biasa adalah mencuba terlalu banyak dalam masa yang singkat. Kecergasan dibina secara beransur-ansur. Mulakan dengan beban yang lebih ringan, bilangan ulangan yang lebih sedikit, dan kardio yang kurang intensif, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur.
Rutin kecergasan yang seimbang menggabungkan latihan kekuatan, senaman kardiovaskular, dan kerja fleksibiliti. Setiap elemen menyumbang kepada kecergasan keseluruhan dan membantu mengelakkan kecederaan.
Rehat adalah sama pentingnya dengan senaman itu sendiri. Otot anda memerlukan masa untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih kuat. Mengabaikan hari rehat boleh menyebabkan latihan berlebihan, yang meningkatkan risiko kecederaan dan mengurangkan prestasi.
Setiap badan bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap senaman. Apa yang penting ialah anda berkembang mengikut kadar kemampuan diri anda. Sama ada anda baru atau berpengalaman dalam kecergasan, dengar isyarat dari badan anda.
Rahsia kejayaan jangka panjang dalam membina kecergasan dan kekuatan adalah konsistensi. Cari rutin yang sesuai dengan gaya hidup anda dan teruskan dengannya.
Akan ada naik dan turun, tetapi senaman yang konsisten, walaupun singkat, akan memberikan hasil dari masa ke masa.
Kelebihan kecergasan ialah semua orang boleh melakukannya, tanpa mengira tahap pengalaman atau kecergasan.
Kuncinya ialah bermula dengan kecil, membina secara beransur-ansur, dan elakkan membandingkan diri dengan orang lain.
Ingat, ini adalah perjalanan jangka panjang, bukan perlumbaan. Kekal konsisten, nikmati prosesnya, dan tingkatkan prestasi anda mengikut kadar kemampuan diri anda sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sesetengah individu cukup skeptikal dan sinis apabila membicarakan tentang buah-buahan tempatan. Bagi mereka buah-buahan import yang tidak terdapat di Malaysia lebih baik.
Walhal buah tempatan sebenarnya mempunyai khasiat dan zat yang jauh lebih baik dari sesetengah buah luar negara! Salah satunya ialah superfuirt yang cukup banyak dan mudah didapati di negara kita iaitu buah betik.
Buah yang hebat ini juga sesuai dimakan sama ada sihat atau sakit. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang untuk didapati, buah betik dikatakan sebagai buah yang mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang ada dalam buah betik inilah ia menjadi pilihan buah-buahan yang cukup digemari oleh kebanyakan lelaki yang ingin tampil kacak dan sihat.
Ini antara 10 khasiat buah betik yang tak patut anda lepaskan.
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam buah betik menjadikan buah ini sebagai buah-buahan yang mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
Tidak hanya untuk pencernaan, buah betik juga boleh membantu dalam merawat dan mengatasi masalah-masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan.
Anda hanya perlu hancurkan buah betik dan tampalkan di tempat yang bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Sekiranya dibuat secara konsisten, kulit yang bermasalah itu akan kembali sembuh. Selain itu, buah betik juga bertindak untuk menghaluskan kulit dan menjadikan wajah anda sentiasa awet muda.
Buah yang kaya dengan vitamin A dan C ini disarankan pengambilannya sebagai buah-buahan yang elok dimakan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan.
Buah betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah yang menyebabkan kaki rasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua, kemudian ambil getahnya lalu sapukan di bahagian tumit yang pecah.
Bagi lelaki yang ingin meningkatkan kuantiti sperma, apa kata masukkan buah betik sebagai menu diet harian anda. Setiap lelaki dewasa digalakkan mengambil 500mg Vitamin C setiap hari. Sesuai dengan khasiat buah betik sebagai pembekal antioksidan yang baik.
Menurut sebahagian doktor dan pakar pemakanan, pengambilan buah betik ranum yang dicampur dengan madu asli adalah baik bagi anda yang mengalami kencing tak lawas dan penghidap masalah pada berkaitan dengan sistem kencing. Membuang air kecil secara baik penting untuk menghindarkan anda daripada diserang masalah batu pada pundi kencing.
Makan buah betik setiap hari juga dapat menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan dalam perut dan penghadaman makanan.
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, ambillah air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan yang unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastrik, mukus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu boleh mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
Jika mengalami sembelit, cubalah makan betik kerana ia murah dan selamat. Betik juga menjadi penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah. Selain membekalkan banyak vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, buah betik juga boleh menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit yang ada dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut anthelmintic yang dapat membunuh kuman.
Semoga perkongsian ini mampu berikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki merupakan satu perkara yang tidak asing lagi. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan aktiviti-aktiviti melibatkan fizikal dan menggunakan pergerakan yang banyak.
Tidak kiralah sama ada melakukan tugasa kerja, bersenam atau menyiapkan kerja-kerja rumah risiko berdepan masalah sakit belakang pasti ada.
Selain itu ramai di antara anda tak tahu bahawa beberapa perbuatan yang dianggap rutin harian boleh menjadi penyebab sakit belakang. Kadangkala aktviti yang dianggap sebagai rutin rehat mendatangkan risiko tersebut!
Antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Perlu diingatkan bahawa tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor. Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius.
Ini 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.
Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.
Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.
Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita.
Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.
Semoga anda terus menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Naquib Azlan mencipta sejarah apabila dipilih menyertai Porsche Carrera Cup Asia 2026 bersama Team Porsche Malaysia, daripada sim racing ke pentas perlumbaan profesional.