Membina kecergasan, stamina, dan kekuatan badan adalah satu perjalanan yang boleh dimulakan oleh semua orang, tanpa mengira usia atau tahap kecergasan. Kuncinya adalah untuk melakukannya secara step-by-step atau berperingkat.
Paling penting anda harus menghormati had dan kemampuan badan anda, serta mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan kecederaan.
Jadi sangat penting anda melakukannya dengan selamat dan dalam masa yang sama menguji kemampuan diri.
Berikut MASKULIN kongsikan panduan step-by-step untuk membantu anda meningkatkan kecergasan dengan selamat sambil mengurangkan risiko kecederaan serius.
Langkah 1: Tetapkan Matlamat Yang Realistik dan Peribadi
Sebelum memulakan sebarang rutin senaman, luangkan masa untuk menilai tahap kecergasan semasa anda dan tetapkan matlamat berdasarkan kemampuan anda. Matlamat ini haruslah realistik dan disesuaikan dengan kadar kemampuan diri anda. Ingat, apa yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda.
Mulakan dengan matlamat yang mudah: Jika anda seorang pemula, sasarkan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 10 minit setiap hari.
Catat perkembangan anda: Gunakan jurnal atau aplikasi untuk memantau peningkatan dalam stamina dan kekuatan dari semasa ke semasa.
Langkah 2: Lakukan Pemanasan Sebelum Setiap Senaman
Mengabaikan pemanasan adalah salah satu cara paling mudah untuk mengalami kecederaan.
Ads
Pemanasan yang baik meningkatkan kadar denyutan jantung, melancarkan peredaran darah, dan menyediakan otot anda untuk aktiviti. Ini membantu mengelakkan ketegangan otot dan kecederaan sendi.
Senaman regangan dinamik: Masukkan latihan seperti ayunan kaki, pusingan tangan, atau lompat bintang untuk menggerakkan otot anda.
Mulakan dengan intensiti rendah: Mula dengan kardio intensiti rendah seperti berjalan atau berbasikal selama 5-10 minit untuk melancarkan aliran darah.
Langkah 3: Fokus Pada Teknik Yang Betul
Sama ada anda mengangkat beban, melakukan senaman menggunakan berat badan, atau berlari, teknik yang betul adalah penting. Teknik yang betul bukan sahaja memaksimumkan manfaat senaman, tetapi juga melindungi anda daripada kecederaan.
Perhatikan postur: Untuk latihan kekuatan, pastikan belakang anda sentiasa lurus dan otot perut terlibat.
Jangan tergesa-gesa: Lakukan gerakan dengan perlahan dan terkawal, terutamanya dengan senaman seperti squat atau deadlift.
Pelajari asasnya: Jika anda tidak pasti, tonton video tutorial atau dapatkan bimbingan daripada jurulatih kecergasan.
Langkah 4: Tingkatkan Intensiti Secara Berperingkat
Salah satu punca kecederaan paling biasa adalah mencuba terlalu banyak dalam masa yang singkat. Kecergasan dibina secara beransur-ansur. Mulakan dengan beban yang lebih ringan, bilangan ulangan yang lebih sedikit, dan kardio yang kurang intensif, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur.
Peraturan 10%: Tingkatkan intensiti senaman anda (berat atau tempoh) tidak lebih daripada 10% seminggu supaya badan anda mempunyai masa untuk menyesuaikan diri.
Dengar badan anda: Jika anda merasakan kesakitan (bukan keletihan otot), kurangkan intensiti atau ambil hari rehat.
Langkah 5: Gabungkan Kekuatan, Kardio, dan Fleksibiliti
Rutin kecergasan yang seimbang menggabungkan latihan kekuatan, senaman kardiovaskular, dan kerja fleksibiliti. Setiap elemen menyumbang kepada kecergasan keseluruhan dan membantu mengelakkan kecederaan.
Ads
Latihan kekuatan: Fokus pada pergerakan gabungan seperti squat, lunges, dan push-up untuk melibatkan pelbagai otot serentak.
Kardio: Berjalan, berjoging, atau berenang membantu membina stamina dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Fleksibiliti: Regangan atau yoga meningkatkan julat pergerakan anda dan membantu otot pulih lebih cepat.
Langkah 6: Rehat dan Pemulihan
Rehat adalah sama pentingnya dengan senaman itu sendiri. Otot anda memerlukan masa untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih kuat. Mengabaikan hari rehat boleh menyebabkan latihan berlebihan, yang meningkatkan risiko kecederaan dan mengurangkan prestasi.
Hari rehat aktif: Terlibat dalam aktiviti ringan seperti berjalan atau berenang, bukan senaman yang berat.
Tidur yang mencukupi: Pastikan anda mendapatkan tidur berkualiti (7-9 jam) untuk pemulihan yang optimum.
Langkah 7: Sesuaikan Rutin Anda
Setiap badan bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap senaman. Apa yang penting ialah anda berkembang mengikut kadar kemampuan diri anda. Sama ada anda baru atau berpengalaman dalam kecergasan, dengar isyarat dari badan anda.
Pengubahsuaian: Sesuaikan senaman berdasarkan tahap kekuatan anda. Contohnya, jika anda belum mampu melakukan push-up penuh, mulakan dengan push-up atas lutut.
Rehat bila perlu: Jika anda berasa letih, ambil satu hari rehat atau lakukan senaman yang lebih ringan.
Langkah 8: Kekalkan Konsistensi
Rahsia kejayaan jangka panjang dalam membina kecergasan dan kekuatan adalah konsistensi. Cari rutin yang sesuai dengan gaya hidup anda dan teruskan dengannya.
Akan ada naik dan turun, tetapi senaman yang konsisten, walaupun singkat, akan memberikan hasil dari masa ke masa.
Kelebihan kecergasan ialah semua orang boleh melakukannya, tanpa mengira tahap pengalaman atau kecergasan.
Kuncinya ialah bermula dengan kecil, membina secara beransur-ansur, dan elakkan membandingkan diri dengan orang lain.
Ingat, ini adalah perjalanan jangka panjang, bukan perlumbaan. Kekal konsisten, nikmati prosesnya, dan tingkatkan prestasi anda mengikut kadar kemampuan diri anda sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, mencatat sejarah tersendiri apabila namanya tersenarai sebagai salah seorang daripada tiga calon untuk anugerah berprestij ‘AFC Player of The Year 2025’.
Majlis penganugerahan ini akan berlangsung di Riyadh pada 16 Oktober 2025, anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pencalonan ini menandakan satu detik bersejarah buat bola sepak Malaysia kerana Arif menjadi pemain pertama dari negara ini yang berjaya menembusi senarai akhir calon anugerah tersebut.
Sepanjang musim lalu, Arif mempamerkan aksi luar biasa di pentas domestik dan Asia.
Beliau berjaya menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite, selain memainkan peranan penting membantu Harimau Selatan meraih empat kejuaraan domestik.
Secara keseluruhan, pemain berusia 23 tahun itu menutup musim 2024-25 dengan 42 penampilan, 18 gol serta 14 bantuan jaringan, sekali gus membuktikan konsistensi serta ketajamannya di bahagian serangan.
Arif bukan bersendirian dalam perebutan anugerah berprestij ini.
Dua lagi calon yang bakal menjadi saingan utamanya ialah Akram Afif, penyerang utama Qatar dan kelab Al-Sadd, serta bintang Arab Saudi yang beraksi bersama Al-Hilal, Salem Al Dawsari.
Kedua-dua pemain ini mempunyai reputasi besar di pentas Asia, sekali gus menjadikan pencalonan Arif sebagai satu pengiktirafan besar terhadap kebolehannya yang kini sebaris dengan nama-nama terkemuka rantau ini.
Tidak berhenti di situ, Arif meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim semasa 2025-26.
Setakat ini, beliau sudah melakukan 9 penampilan dengan rekod 5 gol serta 10 bantuan jaringan, menjadikan dirinya kekal sebagai tonggak utama JDT di jentera serangan.
Prestasi ini sekaligus menunjukkan bahawa pencalonannya bukan sekadar nasib, tetapi hasil kerja keras, disiplin, dan bakat semula jadi yang dimilikinya.
Pencalonan Arif Aiman sebagai calon ‘AFC Player of The Year 2025’ membawa erti besar buat bola sepak Malaysia.
Ia membuktikan bahawa pemain tempatan juga mampu berdiri sama tinggi dengan bintang Asia lain.
Lebih penting, kejayaan ini diharap dapat menjadi sumber inspirasi buat generasi muda untuk terus mengejar impian dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.
Buat penyokong bola sepak tanah air, pencalonan ini adalah bukti nyata bahawa Malaysia masih mampu melahirkan bintang berkualiti di pentas antarabangsa.
Berbeza betul bulan Ramadan tahun ini. Kerana wabak COVID-19 kita sudah sebulan lebih terpaksa melakukan semua aktiviti di dalam rumah.
Bagi peminat senaman ia bagaikan perkara yang sudah menjadi rutin biasa sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.
Kini kita bakal memasuki fasa keempat PKP yang akan bermula esok dan tamat pada 12 Mei 2020. MASKULIN menjangkakan sepanjang bulan Ramadan ini kita akan terus kekal dalam tempoh PKP.
Walau apapun harapnya ia berakhir dengan segera.
Jadi untuk bulan puasa bolehkah kita bersenam. Ya, masih boleh tetapi lakukanlah dengan kadar yang tidak membebankan diri. Sebab itulah kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step senaman yang boleh anda lakukan hanya selama 15 minit.
Lagi best jika anda melakukan senaman ini selepas jam 6 petang, sesuai habis senaman lepak sekejap lepas itu boleh terus berbuka puasa.
Berikut merupakan jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk15 minit.
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 3 hingga 4 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta.
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seramai 700 atlet bakal melaporkan diri di perkampungan sukan dalam perhimpunan akhir atlet dari 4 hingga 10 Ogos ini, sebelum tirai Sukan SEA ke-29 disingkap secara rasmi pada 19 Ogos nanti.
Hotel Rennaissance Kuala Lumpur bakal menghimpun jumlah keseluruhan 1,039 individu, termasuk 162 jurulatih, pengurus pasukan dan anggota urusetia kontinjen dalam persediaan terakhir menjelang upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelompok atlet dibahagikan kepada enam cawangan mengikut bidang sukan, iaitu tempur, raket, kekuatan dan kuasa, berpasukan, air dan kemahiran.
Sukan tempur ialah taekwondo, karate, silat, wushu, tinju, lawan pedang, muay dan judo.
Raket merangkumi tenis, skuasy, badminton dan ping pong manakala sukan air adalah terjun, renang, renang irama, polo air, ski air, renang laut terbuka dan pelayaran.
Memanah, gimnastik artistik, gimnastik berirama, snuker dan billiard, menembak, boling tenpin, boling padang, petanque, golf, ekuestrian dan polo membentuk sukan kemahiran manakala berpasukan adalah hoki, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, futsal, bola tampar, kriket, hoki ais dan ragbi.
Sukan membabitkan kekuatan dan kuasa ialah lumba basikal, angkat berat, olahraga, luncur ais dan triathlon.
Beberapa sukan dikecualikan daripada menyertai perhimpunan ini disebabkan pelbagai faktor. Skuad ekuestrian sedang menghadapi kejohanan di Belgium, manakala pasukan polo menjalani latihan di Pekan.
Skuad muay menjalani latihan di Bangkok manakala pakar terjun berlatih di China hingga 18 Ogos.
Skuad bola sepak lelaki pula dijadual menghadiri majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos nanti.
Dalam perhimpunan tujuh hari ini, atlet negara dijadual menjalani sesi bina semangat dan setiakawan, selain mendengar taklimat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Kem ditutup dengan majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. Seramai 392 pegawai terdiri daripada pengurus pasukan, penolong pengurus dan jurulatih turut membentuk kontinjen negara.
Sebelum upacara pembukaan secara rasmi pada Sabtu 19 Ogos, acara bola sepak lelaki akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Malaysia dijadual menentang Brunei.
adidas Originals x BAPE Football Collective menyatukan bola sepak dan streetwear global menerusi koleksi epik 2026 yang diinspirasikan era 90-an Jepun serta detik bersejarah Johor Bahru.