Untuk memulakan hari yang sempurna tidak semestinya anda perlu memakai pakaian  yang berjenama. Walaupun dengan gaya sederhana, yang penting anda kekal segar sepanjang hari. Malah permulaan rutin pagi yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri untuk tampil lebih bertenaga.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, selidik dulu 9 rutin pagi ini. Jadikan rutin ini sebagai amalan di pagi hari agar anda menjadi lelaki yang mempunyai penampilan sedap mata memandang dan mudah untuk didekati.

BACA: Amalan Aspek Sains Yang Doktor Ini Dedahkan. Nak Awet Muda, Minum Air Lepas Bangun Tidur!

1. Buat 100 kali tekan tubi sebelum mandi

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Jika diamalkan setiap hari, anda akan lihat hasilnya amat luar biasa. Melakukan senaman tekan tubi setiap pagi sebanyak 100 kali sebelum memulakan tugasan akan menjadikan perut anda berotot dan bicep lebih kuat. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan berkeyakinan.

2. Lakukan pencukuran yang baik

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Wanita lebih gemar jika wajah lelaki bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat, jambang memberi rupa yang menarik. Namun tidak salah jika jambang ditrim kemas kerana wajah yang bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.

BACA: Jangan Malukan Diri Bila Ketiak Berdaki. Ketahui Punca & Atasinya Dengan 3 Petua Ini!

Ads

3. Jangan lupa mencuci muka

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2 peratus asid salicylic kerana ia membantu membersihkan kulit anda sehingga mendalam, selain mengelakkan masalah kulit berlaku. Untuk memberi wajah yang lebih segar agar pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka anda dengan air sejuk.

4. Bersihkan gigi

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Memberus gigi setiap pagi sangat penting agar anda dapat memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi memastikan anda melakukan rawatan gigi setahun sekali.

Ads

BACA: 10 Cara Betul Nak Pakai Minyak Wangi Agar Kekal Lama. No 2 & 3 Ramai Yang Tak Tahu!

5. Semburkan minyak wangi

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Selepas mandi, semburkan wangian pada tubuh anda. Selain mengelakkan bau yang kurang menyenangkan, ia juga dapat memberi kesegaran minda untuk anda. Malah bauan yang anda pakai setiap hari akan menjadi trademark untuk diri anda. Anda juga boleh memadankan semburan minyak wangi dengan deodoran atau cologne agar bauannya lebih serasi.

6. Jangan tinggal sarapan

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Ads

Tubuh ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein dan bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah-buahan segar, yogurt atau telur dadar bersama sayur-sayuran. Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus segar dan campurkan satu sudu serbuk protein.

BACA: Sarapan Oat Buat Lelaki Ini Hilang 10kg Tanpa Suplemen. Paling Penting, Kenyang!

7. Ambil minuman berkafein

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang dapat membantu mengekalkan anda agar sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil salah satu daripada minuman ini setiap hari dalam kuantiti yang sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein dapat membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

8. Jika boleh bawa bekal dari rumah

8 Rutin Pagi Yang Lelaki Kena Buat. Kalau Nak Body Power, No 1 Kena Ada!

Menghasilkan sarapan atau makan tengah hari tidaklah mengambil masa yang lama. Dengan membawa bekalan dari rumah, anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.

Ramai antara kita yang bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda seorang lelaki yang paling maskulin. Jadikan ia sebagai rutin dan mulakan hari ini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI