Penyanyi Ezra Kairo menekankan bahawa maskuliniti bukan sekadar memiliki tubuh yang sasa, tetapi lebih kepada keberanian dan ketekunan untuk menjaga kesihatan walaupun berdepan dengan cabaran fizikal.
Baginya, kekuatan bukan hanya diukur melalui otot yang besar, tetapi lebih kepada kesungguhan dan usaha seseorang untuk terus memperbaiki diri, tidak kira dalam apa jua keadaan.
@maskulinmyMereka tidak mudah mengalah dengan cabaran, malah terus berjuang untuk memperbaiki diri. Ini adalah contoh sebenar kekuatan maskulin, bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga dari segi ketahanan mental. #Maskulin #Fitness #Gym #EzraKairo♬ original sound – Maskulin
Kesihatan dan Kecergasan Tidak Sama Untuk Semua
Bagi Ezra, kecergasan sangat penting dalam kehidupan, tetapi dia juga mengakui bahawa tidak semua orang mampu bersenam kerana faktor kesihatan.
“Fitness sangat penting, tapi ada je orang tak boleh fitness, maybe they have their own sickness kita tak tahu,” katanya.
Dia menyedari bahawa setiap individu mempunyai batasan tersendiri, dan tidak adil untuk menilai seseorang hanya berdasarkan saiz tubuh atau tahap kecergasan mereka.
Ezra sendiri pernah melalui fasa sukar dalam hidupnya apabila berat badannya pernah mencecah 80kg sebelum mengalami sakit teruk sehingga kehilangan hampir 20kg dalam masa dua minggu.
Ads
Pengalaman ini membuka matanya tentang betapa pentingnya kecergasan dan penjagaan kesihatan, tetapi pada masa yang sama, dia memahami bahawa tidak semua orang mempunyai kemampuan yang sama untuk bersenam secara konsisten.
Ada yang mahu bersenam tetapi terhalang oleh faktor kesihatan, dan ini bukan bermaksud mereka kurang maskulin.
Foto : mStar
Kecewa, Tetapi Bangkit Semula
Ezra juga mengakui bahawa dia pernah berusaha membina badan dengan bersungguh-sungguh, namun akhirnya mengalami masalah kesihatan yang membuatkannya kecewa.
“Jujur saya memang dulu dah pernah susah-susah buat badan, bukannya tak larat atau penat, tapi last-last dapat sakit,” ujarnya.
Ads
Bagi seseorang yang begitu komited dalam kecergasan, mengalami sakit ketika berada di tahap terbaiknya tentu memberi tamparan yang hebat.
Namun, daripada terus kecewa, dia memilih untuk bangkit semula. Kini, dia mahu mencuba kembali untuk mengekalkan kecergasan dengan cara yang lebih seimbang dan tidak membebankan tubuhnya.
Menurutnya, perjalanan kecergasan bukan sekadar tentang membina otot, tetapi tentang mencari keseimbangan antara kesihatan dan ketahanan diri dalam jangka panjang.
Lelaki Maskulin Adalah Mereka Yang Tidak Berputus Asa
“The fact adalah the man yang ada kekurangan dengan masalah kesihatan tetap pergi gym and try untuk bina body walaupun tak besar dan kekalkan kesihatan mereka, itulah maskulin yang sebenar,” tambahnya.
Dalam dunia yang sering mengagungkan imej tubuh yang berotot sebagai simbol kelelakian, pandangan Ezra membawa perspektif yang lebih inklusif.
Maskuliniti tidak boleh diukur hanya berdasarkan kekuatan fizikal semata-mata, tetapi harus merangkumi semangat, disiplin dan keinginan untuk terus berusaha walaupun berdepan dengan cabaran.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu bentuk rutin workout yang sangat penting buat seorang lelaki ialah senaman kaki. Tidak dinafikan, ramai juga sebenarnya yang kadang-kadang culas melakukan senaman paha dan kaki.
Tapi kalau tahu cara yang betul, ia mudah dilakukan! Jurulatih kecergasan Saiful Syahmi Mohd Nashruddin, atau lebih dikenali sebagai Coach Syahmi, membawakan solusi mudah untuk senaman kaki yang boleh dilakukan di rumah tanpa memerlukan peralatan gim.
Squat
Menurut Coach Syahmi, squat dikenali sebagai “mother of exercise” kerana ia melibatkan banyak otot lain. Ia merupakan salah satu senaman terbaik untuk membina kekuatan dan kestabilan kaki.
Untuk melakukan senaman ini, anda perlu berdiri tegak dan memastikan kedudukan kaki, lutut, pinggul dan bahu adalah selari.
Foto: Posisi sebelum mulakan senaman. Kedudukan bahu, pinggul, lutut dan kaki adalah selari.
Kemudian, turun kan badan anda sehingga menghampiri posisi mencangkung. Tetapi, pastikan kedudukan lutut anda masih selari dengan kaki anda.
Foto: Posisi squat.
Ketika melakukan senaman ini, penting untuk anda sentiasa memastikan wajah anda memandang ke hadapan untuk mengelakkan kedudukan kepala yang menunduk atau mendongak. Kedudukan kepala yang salah berkemungkinan boleh menjejaskan bahagian tulang tengkuk anda.
Foto: Posisi kepala yang betul (kiri) dan yang salah (kanan) ketika melakukan squat.
Coach Syahmi mencadangkan agar senaman ini dilakukan sebanyak 20 kali untuk tiga hingga lima set.
Back Lunges
Lunges merupakan satu senaman kaki yang sangat bermanfaat dan amat rugi jika tidak digandingkan bersama squat.
Berbeza dengan lunges biasa, Coach Syahmi mencadangkan untuk melakukan variasi jenis back lunges, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah lutut.
Seperti melakukan squat, anda perlu bermula dengan berdiri tegak dan memastikan kedudukan kaki, lutut, pinggul dan bahu adalah selari.
Berbanding lunges biasa yang memerlukan anda untuk mengambil satu langkah besar ke hadapan, back lunges memerlukan anda untuk mengambil satu langkah besar ke belakang.
Foto: Senaman back lunges secara isolate.
Menurut Coach Syahmi, kedudukan sebegini untuk mengurangkan tekanan pada bahagian lutut, disebabkan itulah variasi ini dikatakan lebih mesra pesakit lutut.
Penyakit bengkak cantik atau penyakit beguk terjadi disebabkan oleh virus Paramyxovirus. Penyakit beguk ini menyebabkan berlakunya pembengkakan dan timbul rasa sakit pada kelenjar parotid.
Penyakit ini mudah berjangkit, malah virus penyakit beguk boleh merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila orang yang dijangkiti penyakit beguk mengalami batuk atau bersin.
Sebagai lelaki, jangan anda ingat penyakit beguk ini sebagai penyakit bengkak biasa. Jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan masalah pada biji zakar (testis) sehingga membawa pada masalah yang lebih serius iaitu kemandulan.
Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi di laman Facebooknya komplikasi penyakit beguk kepada kesihatan lelaki ataupun wanita. Cegah lebih awal adalah lebih baik sebelum ia menjejaskan kesihatan anda di kemudian hari.
Penyakit begok (mump) disebabkan oleh jangkitan virus (paramyxovirus). Penyakit begok ataupun mump tidak boleh diambil ringan kerana dua sebab iaitu (1) Ia sangat mudah berjangkit dan (2) walaupun jarang, ia boleh menyebabkan komplikasi lain yang serius. Di samping berlaku keradangan kelenjar air liur parotid (pada dagu), jangkitan virus mump ini juga boleh menyebabkan:
a. Keradangan testis (biji zakar) lelaki, jika serius boleh menyebabkan KEMANDULAN.
b. Keradangan ovari wanita menyebabkan kemandulan dan MENOPAUS pramatang.
c. Keradangan dan kerosakan saraf pendengaran menyebabkan PEKAK.
d Ibu hamil yang dijangkiti virus mump juga boleh menjangkiti anak di dalam kandungan menyebabkan KEGUGURAN.
e. Keradangan pankreas (“pancreatitis”)
f. Keradangan otak dan selaput otak, boleh menyebabkan KEMATIAN.
Tidak ada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus mump, maksudnya tidak ada ubat antiviral yang berkesan membunuh virus ini, walaupun majoriti pesakit akan sembuh dengan sendiri. Jadi pencegahan adalah kaedah terbaik untuk dilakukan.
Vaksin mencegah jangkitan virus mump terkandung di dalam vaksin MMR yang diberikan kepada anak-anak berusia 9 dan 12 bulan. Orang yang menerima vaksin masih boleh dijangkiti virus mump tetapi jangkitan tidak menyebabkan komplikasi serius berbanding dengan individu yang tidak menerima vaksin. Seseorang juga boleh menjadi kebal jika pernah dijangkiti oleh virus ini dahulu. Tetapi golongan kedua ini mungkin sudah mengalami salah satu komplikasi yang disebutkan di atas. Jadi langkah terbaik yang patut dilakukan adalah mengambil vaksin MMR untuk mencegah jangkitan virus mump dan penyakit beguk.
DDr Rushdan Noor
26hb Okt 2018
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika ada yang berkata perut buncit adalah seksi dan juga tanda bahagia, ternyata itu sekadar ungkapan untuk menyedapkan hati.
Percaya atau tidak, lemak yang terkumpul akan menghasilkan hormon-hormon tekanan yang boleh mempengaruhi pengeluaran insulin dalam badan.
Kesannya lebih teruk dari obesiti selain meningkatkan risiko kepada serangan jantung dan untuk mengatasinya, ini 6 cara yang boleh anda lakukan :
1. Jangan Malas Bergerak
Hilangkan kalori melalui berlari, berbasikal dan berenang. Semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung dapat menghilangkan lemak degil pada perut.
2. Makan Makanan Berprotein
Dalam satu kajian, lelaki obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding lelaki yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak.
3. Amalkan Yoga Untuk Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang sibuk dan tiada masa untuk bersukan. Sekarang tiada lagi alasan kerana anda boleh lakukan yoga di rumah.
Lakukan senaman santai dengan tarik nafas secara mendalam. Ia juga membantu mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut.
4. Tidur 8 Jam Sehari
Menurut kajian oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral. Seperti yang anda tahu, 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan.
5. Jangan Tidur Lewat
Menurut kajian terbaru dari Univeristi Brigham Young, wanita yang bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari mempunyai paras lemak dalam badan yang rendah.
Masa tidur tidak teratur akan mengakibatkan jam biologi menjadi huru-hara, mengakibatkan badan merembeskan hormon penyimpan lemak seperti kortisol.
6. Teh Hijau
Setiap hariSeseorang yang amalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding mereka yang tidak minum.
Sumber : Hanasuva
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.