Tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan, apatah lagi mengempiskan perut yang mungkin sudah lama ‘menetap’ tanpa diundang.
Lemak degil sering memilih kawasan abdomen sebagai tempat persinggahan utama, dan bagi kebanyakan lelaki, bahagian ini sering menjadi isu kritikal. Lebih-lebih lagi, apabila usia semakin meningkat, perut turut mengembang seiring dengan peningkatan usia – satu realiti yang sukar dielakkan.
Jika cermin mula mendedahkan kebenaran yang menyakitkan hati tentang berat badan anda, itu adalah isyarat jelas bahawa sudah tiba masanya untuk bertindak. Kali ini, MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman paling efektif untuk membantu anda mendapatkan semula perut yang lebih rata.
Kajian dari San Diego University Biomechanics Lab telah menganalisis data EMG pelbagai jenis senaman, dan mereka menemui 5 senaman yang terbukti paling berkesan untuk mengatasi masalah ini.
PLANK
Senaman plank merupakan antara senaman yang paling efektif kerana ia mampu memberikan stimulasi yang lebih tinggi pada otot abdomen berbanding senaman lain.
Tidak hanya tertumpu pada perut, plank juga melibatkan otot belakang badan, menjadikannya senaman serba guna untuk membina kestabilan teras badan dan memperbaiki postur.
BYCYCLE CRUNCH
Menurut kajian tersebut, senaman ini menduduki tempat kedua dalam memberikan impak tertinggi dari segi penguatan otot dan pembakaran lemak di bahagian perut.
Ads
Lebih menarik, ia mampu menghasilkan stimulasi aktiviti yang jauh lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa, menjadikannya pilihan yang lebih berkesan untuk mereka yang serius ingin mengempiskan perut.
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja membantu memberikan regangan badan yang baik, tetapi juga merangsang serta memperbaiki kekuatan otot glutes, quads, dan hamstring.
Selain itu, ia turut menguatkan otot bahagian paha dan tubuh atas, menjadikannya senaman yang menyeluruh untuk membina kekuatan dan keseimbangan badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Salah satyu dari lima senaman yang boleh anda lakukan ialah vertical leg crunch. Tahukah boleh merangsang aktiviti di bahagian abdomen sehingga 116 peratus lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa!
Ads
Ini menjadikan ia salah satu pilihan terbaik untuk meningkatkan kekuatan otot perut dengan lebih efektif.
Senaman ini memberikan penekanan yang signifikan dan impak yang baik pada bahagian bawah abdomen, sambil menawarkan regangan otot yang luar biasa untuk seluruh badan.
Ads
Ia bukan sahaja membantu menguatkan otot perut, tetapi juga meningkatkan fleksibiliti dan keseimbangan badan secara menyeluruh.
Untungnya jadi lelaki! Kajian mengatakan lelaki mudah kurus dan turunkan berat badan berbanding wanita. Ramai wanita yang merungut susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita. Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab kenapa lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun korang dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila korang dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Ramai yang menganggap makan roti putih ketika bulan puasa lebih menyihatkan dan berkhaist untuk orang diet.
Gara-gara tak lalu telan oat, anda gantikan nasi dengan roti putih kerana percaya roti putih lebih menyihatkan dan dapat menurunkan berat badan sepanjang berpuasa.
Namun hakikatnya, tabiat makan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi jika anda makan secara berlebihan.
Kenapa anda kena mengurangkan pengambilan roti putih ketika berpuasa? Ini 7 sebabnya.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi makanlah roti putih secara berpada-pada dan tidak berlebihan. Sebaiknya gantikan pemakanan anda di bulan puasa Ini dengan nasi, roti gandum, oat, kurma dan susu kerana ia lebih mengenyangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.