Kick ball photo created by master1305 - www.freepik.com

Demam Piala Dunia kini sudah bermula! Sebelum layan bola setiap hari dan bersengkang mata, sejauh manakah anda tahu tentang undang-undang bola sepak?

Mungkin yang yang asas itu anda sudah tahu tapi mungkin beberapa undang-undang ini anda tidak tahu pun ia wujud!

Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.

KAD MERAH SEBELUM SEPAK MULA

Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke ats penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walapun wisel belum ditiup.

GOL SENDIRI

Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.

IKLAN

SAMBUTAN BERLEBIHAN

Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.

Undang-Undang Bola Sepak Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Gol Bola Kemik Tak Dikira!
Foto: jcomp – www.freepik.com

BALING SHING GUARD

Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.

BACA: Penat Bersenam Sia-Sia Saja Jika Lakukan Beberapa Perkara Ini

IKLAN

GOL BOLA KEMIK

Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemik, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.

MINIMUM PEMAIN ATAS PADANG

Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.

LAWAN & BENTENG

Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.

IKLAN

TIANG GOLA

Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan

Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.

Jangan lupa untuk follow MASKULIN di Instagram!

https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=25s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI