Tidak dapat dinafikan larian merupakan antara aktiviti senaman yang sangat popular terutamanya di kalangan lelaki moden yang hidup di bandar-bandar besar.

Melakukan aktviti larian tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang banyak. Apa yang anda perlukan ialah sepasang kasut larian yang menawarkan keselesaan, serapan tenaga yang bai dan mampu meningkatkan kuaiti larian.

Under Armour Perkenal Kasut Larian Serap Tekanan Terbaru, Charged Bandit 5

BACA: Tip Membeli Kasut Larian Yang Sesuai, Barulah Tak Sakit Kaki!

Sebagai sebuah jenama yang memang sentiasa terkait dengan aktiviti fizikal dan sukan, Under Armour sentiasa mengetengahkan teknologi ciptaan mereka di dalam kasut larian.

IKLAN

Terbaru, Under Armour memperkenalkan versi terbaru Charged Bandit 5. Direka untuk perlari yang mahukan sepasang kasut yang mampu menyerap tekanan serta memberikan fleksibiliti, ini merupakan kasut hebat terbaru daripada Under Armour.

BAHAN RINGAN

Rekaan dual-layer Charged Cushioning pada bahagian tapaknya memberikan sokongan serba selesa kepada pelari dalam setiap langkah larian mereka. Ini sekaligus akan meningkatkan kualiti larian dan mampu mencatat masa lebih pantas.

IKLAN

Under Armour Perkenal Kasut Larian Serap Tekanan Terbaru, Charged Bandit 5

Selain itu Under Armour Charged Bandit 5 juga diperbuat daripada bahan yang sangat ringan dengan two-toned mesh pada bahagian atas. Ia turut memberikan kaki lebih ruang untuk ‘bernafas’.

IKLAN

Menerusi edisi terbaru ini juga Under Armour memperkenalkan Molded Comfort Collar pada bahagian buku lali bagi memberikan keselesaan maksimum di bahagian tersebut.

Under Armour Perkenal Kasut Larian Serap Tekanan Terbaru, Charged Bandit 5

Manakala untuk ketahanan berpanjangan kasut ini menggunakan getah padat yang mampu menyerap sebarang tekanan kuat.

Selain warna hitam ia turut muncul dalam beberapa variasi warna lain seperti putih dan biru. Under Armour Charged Bandit 5 kini boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM429.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI