Ads

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

UNIQLO

Selepas memperkenalkan kolaborasi pertama pada musim panas lalu, UNIQLO dan pereka Itali Francesco Risso kembali meneruskan kerjasama menerusi koleksi kapsul rajut UNIQLO F.RISSO 2026.

Bertemakan “Made for Dreaming”, koleksi kedua ini membawa pendekatan yang lebih ekspresif dengan menggabungkan bahasa rekaan Risso yang bebas dan playful bersama siluet moden, warna berani serta penggunaan teknik 3D knit.

Menariknya, koleksi kali ini tidak cuba menjadikan pakaian rajut sekadar item asas untuk cuaca sejuk. Sebaliknya, fokus diberikan kepada tekstur, bentuk dan permainan warna bagi menjadikan setiap helaian lebih menonjol sebagai sebahagian daripada gaya harian.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

Teknologi Moden, Tetapi Mahu Rasa Seperti Buatan Tangan

Antara idea utama di sebalik koleksi ini ialah pertembungan antara teknologi moden dengan karakter hasil kerja tangan.

Menurut Francesco Risso, daya tarikannya bukan terletak kepada teknologi semata-mata, tetapi bagaimana teknologi tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang masih mempunyai rasa organik dan tidak terlalu sempurna.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

“Tarikan sebenarnya bukan pada teknologi semata-mata, tetapi pada paradoks kemungkinan yang ditawarkannya, menggunakan mesin yang mampu menghasilkan pakaian rajut tanpa jahitan, namun pada masa sama mengejar ketidakteraturan, kedalaman dan keintiman hampir primitif seperti sesuatu yang dibuat dengan tangan.

“Suatu ketika dahulu, tekstur merupakan hasil semula jadi daripada sentuhan manusia, dan setiap ketidaksempurnaan membawa bukti siapa yang menghasilkannya. Saya mahu mengembalikan memori itu melalui kaedah pengeluaran paling maju, menjadikan masa depan bercakap dalam bahasa masa lalu tanpa nostalgia atau peniruan.

“Ketegangan antara ketepatan mutlak mesin dan keindahan tangan manusia yang tidak dapat digantikan mungkin menjadi idea paling menarik dalam koleksi ini,” katanya.

Siluet Genderless & Inspirasi Rajut Vintage

Koleksi “Made for Dreaming” turut mengambil inspirasi daripada pakaian rajut vintage dengan pendekatan genderless.

Ads

Antara identiti visual utamanya ialah gabungan warna dua tona yang digunakan untuk menyerlahkan karakter setiap rekaan, selain bentuk yang lebih lembut tetapi tetap mempunyai struktur tersendiri.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

Teknik 3D knit membolehkan pakaian dihasilkan sebagai satu bahagian yang lebih berterusan, sekali gus memberikan binaan yang lebih lancar dan siluet lebih kemas.

Daripada visual gaya dalam bahan kempen, koleksi ini banyak bermain dengan warna biru, tona bumi, hitam serta corak berjalur. Potongannya pula kelihatan santai dan mudah digayakan, sama ada sebagai satu lapisan utama atau dipadankan bersama kemeja serta seluar berpotongan longgar.

Dari Turtleneck Hingga Boat Neck

Barisan pakaian rajut kali ini merangkumi beberapa gaya berbeza seperti turtleneck, mock neck dan polo sweater, menggunakan campuran ultra-fine merino wool yang ringan tetapi tetap memberikan kehangatan.

Bagi mereka yang mahukan siluet lebih longgar, koleksi turut menawarkan rekaan V-neck dan boat neck dengan bentuk yang lebih bervolum.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

Ads

Aksesori pula hadir menerusi stoking dan beanie HEATTECH yang boleh digunakan sebagai elemen tambahan untuk melengkapkan gaya.

Walaupun konsep asalnya banyak mengambil inspirasi daripada pakaian musim sejuk, pendekatan lapisan dan rekaan ringkas menjadikan beberapa item lebih mudah disesuaikan mengikut gaya individu.

Francesco Risso, Nama Yang Lama Dalam Dunia Fesyen

Francesco Risso bukan nama asing dalam industri fesyen antarabangsa. Pereka kelahiran Itali itu mempelajari fesyen di Florence, New York dan London sebelum menghabiskan sekitar sedekad bersama Prada.

Beliau kemudiannya menjadi Pengarah Kreatif Marni dari 2016 hingga 2025, membentuk identiti jenama tersebut melalui inspirasi daripada muzik, seni dan eksplorasi budaya. Kini, Risso berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif GU.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

Latar tersebut dapat dilihat dalam koleksi F.RISSO yang tidak terlalu bergantung kepada reka bentuk konvensional, sebaliknya memberi ruang kepada warna, tekstur dan bentuk untuk menjadi sebahagian daripada personaliti pemakai.

Ads

Dilancarkan 30 Oktober, Harga Dari RM24.90

Koleksi UNIQLO F.RISSO 2026 Knitwear Capsule Collection akan mula ditawarkan pada 30 Oktober 2026.

Sebanyak tujuh item diperkenalkan, terdiri daripada lima pakaian lelaki serta dua aksesori.

Harga pakaian rajut ditetapkan pada RM149.90, manakala beanie berharga RM59.90 dan stoking pula RM24.90.

UNIQLO F.RISSO Kembali Dengan Koleksi Rajut 2026, Gabungkan Sentuhan Vintage Dengan Teknik 3D Knit

BACA: Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

Keseluruhan koleksi boleh didapati di UNIQLO Fahrenheit 88, Mid Valley Megamall, The Exchange TRX, One Utama serta menerusi kedai dalam talian UNIQLO Malaysia.

Dengan “Made for Dreaming”, Francesco Risso sekali lagi menunjukkan bahawa pakaian rajut tidak semestinya sekadar asas almari.

Kadangkala, melalui permainan warna, tekstur dan sedikit keberanian pada siluet, sehelai sweater sudah cukup untuk memberikan karakter kepada keseluruhan penampilan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads
latif

Abdul Latif Romly Pertahan Emas Lompat Jauh T20, Terus Dominasi Sejak...

Datuk Abdul Latif Romly mempertahankan emas lompat jauh T20 di Aichi-Nagoya 2026, sekali gus meneruskan dominasi empat edisi berturut-turut sejak 2014.