Rambut yang kering pastinya membuatkan ramai yang kurang selesa dan berasa kurang berkeyakinan. Kulit kepala yang kering akan menjadikan rambut kering. Faktor yang menyebabkan rambut kering biasanya kerana rambut yang sering terdedah kepada matahari, syampu yang kurang sesuai, akibat dari mewarnakan rambut dan dari penggunaan perapi yang mengandungi bahan kimia.
Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda dan pastinya untuk melembapkan dan melembutkan rambut. Berikut beberapa syampu untuk rambut kering terbaik yang boleh anda pertimbangkan.
L’Oreal 6 Oil Nourish
Shampoo
Syampu dengan formula 6 jenis minyak yang terkandung menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. Ia menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya untuk rambut yang tidak kering, lembut dan mudah dibelai. Kini tak risau lagi untuk sering terdedah dengan matahari kerana syampu ini akan melindungi rambut anda.
PANTENE Shampoo Silky
Smooth Care
Syampu yang sempurna untuk kegunaan harian anda, dengan haruman yang sangat menenangkan. Ia membersihkan rambut dan kulit kepala sambil merawat rambut agar lembut, licin dan berkilat. Dengan sepuluh kali ganda fungsi melindungi rambut anda ia memastikan rambut tidak kering, terurus, lembut dan kembali bersinar. Kini rambut lebih lembut dan sehinggakan anda tidak perlu menggunakan sikat lagi.
Ads
Palmer’s Coconut Oil Cond
Shampoo
Syampu yang diperkayakan dengan minyak kelapa asli semulajadi dan vitamin E. Ia berkesan dalam mengubah rambut yang kering dan rosak agar menjadi lebih kuat, berkilat, dan sihat. Syampu yang mempunyai aroma yang wangi dan pastinya mampu mengembalikan kelembapan rambut akibat kering dan rosak. Ia merupakan syampu yang bebas dari paraben dan sulfat.
Ads
HIMALAYA Protein Shampoo –
Repair & Regeneration
Syampu protein Himalaya bagus untuk pembaikan bagi rambut yang kering, keriting, rambut yang rosak dan akibat mewarnakan. Dengan campuran khas herba yang kaya dengan sumber protein semulajadi menyediakan dan memastikan akar dilindungi hingga ke hujung. Alami rambut yang lembut dan terurus dengan syampu dari bahan amla dan beach badam.
Good Virtues Co. Happy &
Heavenly Shampoo
Ads
Syampu dengan formula ekstrak akar maca membantu untuk menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Selain itu, dengan kebaikan minyak habbatus sauda di dalam syampu ini ia membaik pulih akar rambut yang rosak dan juga membantu memulihkan rambut yang kering. Syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan juga tidak diuji pada haiwan.
Timotei Shampoo Precious Oil
Alami rawatan rambut harian di rumah kini seperti di spa dengan membersihkan rambut dengan syampu Timotei. Campuran ekstrak jasmine organik dan minyak argan membantu untuk menghidrat dan memberi kelembapan bagi rambut biasa dan kering. Nikmati rambut yang wangi, lembut dan berkilat untuk anda gayakan setiap hari.
Sebamed Everyday Shampoo
Syampu pembersihan rambut dengan lembut ini sesuai untuk kegunaan harian anda. Ia memberi perlindungan untuk kulit kepala dan menyokong untuk melindungi lapisan asid kulit kepala bagi memberikan rambut yang lebih sihat. Selain itu, dengan nilai pH 5.5 ia sesuai untuk penstabilan rambut dan kulit kepala anda. Syampu yang telah diuji secara dermatologi untuk kebaikan anda.
Sumber: ProductNation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun kejohanan golf OMEGA Masters menjadi salah satu acara yang berprestij cukup dinantikan peminat sukan tersebut di seluruh dunia.
Kejohanan yang kaya dengan tradisi tersebut itu mula dianjurkan pada tahun 1923 dan OMEGA pula menjadi title-sponsored bermula sejak tahun 2001. Dianjurkan di Switzerland ia merupakan kesinambungan tradisi yang turut dibawa oleh jenama jam premium tersebut.
Kejohanan tahun ini menyaksikan Sebastian Soderberg dari Sweden dinobatkan selaku juara 2019 OMEGA Masters. Pertarungan dramatik pada hari terakhir menyaksikan lima pemain golf berentap termasuklah pemain ranking nombor 2 dunia, Rory McIlroy.
Sebagai penaja utama kejohanan ini, OMEGA turut menganjurkan OMEGA Selebriti Masters. Antara selebriti yang turut mengambil bahagian ialah Justin Timberlake, Niall Horan, Dennis Quaid, Anthony Mackie dan Michael Pena.
Justin Timberlake merupakan antara bintang yang turut memeriahkan pertandingan di antara selebriti dan pemain golf profesional.
Bagi menambahkan lagi keghairahan kejohanan tersebut OMEGA turut melancarkan jam premium terbarunya, Seamaster Aqua Terra Ultra Light. Jam yang sesuai dipakai oleh penggiat sukan lapangan terutamanya golf ini mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu ultra ringan dan selesa dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda ingat beberapa tahun lalu pernah tular di mana ramai peminat Uniqlo dan terutamanya KAWS berebut-rebut ingin mendapatkan koleksi t-shirt yang diperkenalkan secara eksklusif.
Selepas ‘mengusik’ dengan teaser pada awal minggu ini, Uniqlo dan KAWS akhirnya mengumumkan kemunculan koleksi terbaru mereka pada hari ini.
Buat anda yang mungkin tidak mengenali KAWS, beliau merupakan seorang artis kontemporari yang cukup berpengaruh di dalam dunia fesyen jalanan dan juga kesenian moden.
Lebih menarik selain pakain dan aksesori yang diperkenalkan, koleksi pada kali ini turut menampilkan buku seni atau art book dari KAWS yang dilancarkan serentak oleh penerbitnya, Phaidon.
Meraikan kemunculan buku terbitan Phaidon tersebut, koleksi ini menyaksikan seleksi baju-T dan baju lengan panjang yang diliputi dalam watak COMPANION dan BFF yang asli dari KAWS, motif XX artis terkenal dan ilustrasi dari kulit buku yang mengikat.
Rangkaian uniseks akan tersedia dalam kedua-dua saiz dewasa dan kanak-kanak, dan pembeli terpilih yang membeli kedua-dua buku seni dan sekurang-kurangnya satu item daripada koleksi UT akan menerima beg bahu edisi terhad sementara stok masih ada.
“Saya gembira kerana secara eksklusif melancarkan buku Siri Artis Kontemporari Phaidon baharu saya bersama rakan kongsi lama saya Uniqlo,” menurut Brian Donnelly, artis di belakang KAWS, dalam satu kenyataan rasmi dari Uniqlo.
“Untuk meraikan majlis itu, saya mereka bentuk koleksi kapsul kecil kemeja-T dan baju sejuk yang akan tersedia untuk masa yang terhad.”
Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi yang cukup hangat ini boleh dapatkannya di kesemua butik Uniqlo di seluruh negara dan juga laman sesawang rasminya bermula pada 8 September 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah badan lelaki bernama Ramzan Miah, 25 ni baru je tiga bulan sertai agensi peragaan berasa sangat bertuah bila terpilih dalam acara yang prestij ini. Katanya, dia mula berjinak dalam bidang modelling ni semenjak usia 17 tahun lagi dan pernah jadi model untuk jenama ternama seperti John Lewish di Norwich Fashion Week.
Viral di media sosial mengenai seorang model yang dikatakan telah mencipta sejarah apabila dia menjadi model pertama berketurunan British-Bangladesh yang muncul julung kalinya di pentas peragaan London Fashion Week.
Komen Netizen
Tapi biasalah kan, dah nama netizen dan netizen tu pulak datang dari Malaysia. Sedikit sebanyak Ramzan yang tak ada kena mengena ni terkenalah tempias membawangnya sikit-sikit.
Tak kurang juga yang memberi sokongan
Semoga terus sukses! Kejayaan tak diukur dengan siapa atau apa bangsa dan latar belakang anda. Yang penting kena ada usaha!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.