Sebagai jenama fesyen yang semakin mekar di hati ramai rakyat Malaysia, UNIQLO, menampilkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 terbarunya.
Koleksi ini yang diberi nama panggilan “Timeless Tones” juga diraikan sempena ulang tahun ke-40 jenama UNIQLO.
Semalam bertempat di Blossom A GlassMansion, Kuala Lumpur, MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi baharu. Di mana ia turut dihadiri beberapa orang pempengaruh dan selebriti terkenal.
Menariknya koleksi dan sentuhan preview pada kali ini diilhamkan oleh dua bandar bersejarah di Eropah iaitu Edinburgh dan Stockholm.
Hadir dengan tema “Timeless Tones,” ia menggambarkan perpaduan gaya klasik dengan sentuhan moden yang mampu mengekalkan tarikan sepanjang masa.
Inspirasi dari Edinburgh membawa gabungan corak dan bahan yang unik, manakala Stockholm pula memberikan sentuhan tona kontemporari.
Hasilnya, koleksi ini menghasilkan kepingan yang bukan sahaja elegan tetapi juga versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Ads
Koleksi ini turut menampilkan pelbagai gaya pakaian yang menonjolkan keistimewaan fesyen tempatan.
GAYA PRAKTIKAL
Di Malaysia, UNIQLO mengambil kira cuaca panas dan lembap dengan memperkenalkan kombinasi istimewa seperti AIRism Sleeveless High Neck Cut dan bahan seperti Rayon serta UV Cut.
Ini menjadikan koleksi “Timeless Tones” bukan sahaja relevan tetapi juga praktikal untuk gaya hidup di Malaysia, memberikan keselesaan dan fungsi yang optimum.
Ads
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, UNIQLO telah melalui pelbagai fasa evolusi, dari aspek potongan yang lebih ringan hingga kepada keselesaan yang lebih tinggi dan fungsi yang ditingkatkan melalui bahan-bahan inovatif.
Antara yang menarik perhatian adalah fabrik seperti PUFFTECH dan HEATTECH yang terus diperbaharui untuk memberikan kehangatan dan kelembutan yang maksimum.
PUFFTECH, contohnya, merupakan benang UNIQLO yang paling ringan dan hangat, dibangunkan dengan teknologi serat yang inovatif.
Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 ini akan tersedia di semua cawangan UNIQLO dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web UNIQLO.
‘Timeless Tones’ oleh UNIQLO bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-40 jenama ini, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka dalam menggabungkan elemen klasik dengan reka bentuk moden.
Dengan fokus kepada keunikan tempatan dan bahan inovatif, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai gaya yang abadi dan praktikal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas negara kita memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semakin banyak aktiviti sosial telah dibenarkan untuk dilakukan semula.
Di antara aktiviti yang popular ialah larian dan juga berbasikal. Bagi peminat larian aktiviti mereka tidak akan lengkap tanpa kehadiran jam digital di pergelangan tangan bagi merekodkan data mereka.
Antara jenama yang mampu milik sering menjadi pilihan ramai ialah produk dari Xiaomi iaitu Mi Smart Band. Terbaru, Xiaomi Malaysia melancarkan siri terbarunya Mi Smart Band 5.
Kali ini ia ditampilkan dengan skrin paparan 1.2 inci high resolution AMOLED. Secara tidak langsung menjadikan peranti ini sebagai aksesori yang lebih bergaya dan senang digunakan. Mi Smart Band 5 bukan sahaja memaparkan statistik larian secara real-time tetapi membenarkan penggunanya melakukan ubah suai paparan mengikut selera masing-masing.
Sebanyak 65 tema pilihan tersedia untuk dipilih dengan fungsi ubah suai pelbagai bergantung kepada fungsi modul.
Selain itu, Mi Smart Band 5 tampil dengan sensor PPG yang dipertingkatkan sekali gus membolehkan bacaan kadar degupan jantung menjadi lebih tepat ketika melakukan aktviti larian. Selain itu ia juga boleh mengesan aktiviti berbeza seperti yoga, lompat tali dan mendayung kanu.
Lebih menarik lagi ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri baru seperti pengesan tahap stres, senaman pernafasan, matrik kesihatan dan juga khusus buat wanita untuk kadar kitaran haid. Untuk pengecasan penuh Mi Smart Band 5 boleh digunakan selama 14 hari. Malah ia sesuai digunakan bersama peranti iOS dan Android.
Ia kini boleh didapati di dua laman e-dagang popular iaitu Lazada dan Shopee.
Jika anda ingin dapatkannya boleh lihat di Lazada dan Shopee.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rambut nipis bukan saja menyebabkan seseorang buntu untuk mencari penyelesaian, tetapi hilang keyakinan diri apabila berdepan khalayak. Malah, masalah itu adakalanya memaksa seseorang menyembunyikan kekurangan diri dengan memakai topi.
POTONGAN PIXIE
Mereka yang berambut nipis boleh mencuba potongan ‘pixie’ yang sememangnya popular termasuk dalam kalangan selebriti terkenal. Potongan rambut ini bukan saja universal untuk lelaki mahupun perempuan, tetapi istimewa kerana menyerlahkan keremajaan seseorang. Ia juga membuatkan anda nampak lebih kemas dan mereka yang malas menyimpan rambut panjang boleh mencuba potongan ini.
RAMBUT BANGS
Cuba alihkan perhatian individu sekeliling terhadap rambut anda yang nipis dengan potongan bangs. Gunakan sikat, seterika atau pengering bagi memberi ‘volume’ pada rambut anda. Meskipun potongan bangs bukan trend terkini, ia masih relevan sehingga ke hari ini!
BOTAK
Potongan askar ini antara pilihan untuk lelaki berambut nipis namun ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan penjagaan rambut. Sama saja rutin penjagaannya cuma anda tidak berlu bersiap lama untuk ke kuliah atau tempat kerja. Anda juga boleh berjimat kerana tidak perlu membeli gel rambut atau ‘wax’! Bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya ini, mereka setuju 100 peratus dengan kenyataan itu. Ini kerana tidak semua lelaki sesuai berkepala botak namun ada juga yang kelihatan kacak dengan gaya berkenaan. Namun, bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya botak pasti akan meraung apabila dibotakkan kerana kekacakan mereka musnah sekelip mata.
SIMPAN JANGGUT DAN MISAI
Memandangkan anda berambut nipis, cuba simpan janggut dan misai ala hipster yang kian menjadi trend masa kini. Namun, pastikan misai dan janggut itu sentiasa dijaga rapi supaya nampak kemas dan tidak serabut. Selain menutup kekurangan diri, misai dan janggut juga menonjolkan imej yang lebih maskulin!
Gaya Undercut
Gaya James Darmody di Broadwalk Empire ini boleh dikatakan amat popular dalam kalangan remaja kini dan sesuai digayakan ke mana saja. Potongan pendek di bahagian belakang juga tepi dan bahagian rambut atas yang sedikit panjang disikat ke belakang menggunakan gel rambut pastinya membawa penampilan yang rapi dan luar biasa untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada penghujung bulan hadapan temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik bakal berlangsung di kota romantis, Paris. Kebanyakan negara yang mengambil bahagian telah giat mengetengahkan baju rasmi kontinjen masing-masing yang akan digayakan sepanjang temasaya tersebut.
Tidak ketinggalan kontinjem negara yang telah melancarkan baju rasmi Olimpik Paris 2024 semalam. Namun, hasil rekaan yang ditampilkan teruk dikecam oleh orang ramai di laman media sosial.
Menjenguk ke laman media sosial rasmi @olympicmas, rata-rata komen dari warganet melahirkan rasa kecewa mereka terhadap mutu rekaan yang dianggap seakan-akan memperlekehkan imej negara di persada antarabangsa.
Foto: MOM
LUAR BIDANG KUASA
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tidak terlepas mendapat teguran daripada warganet. Namun jelasnya, pakaian rasmi kontinjen Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysa (MOM).
“Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan Majlis Olimpik Malaysia dan ia di luar bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara (MNS),” jelasnya dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Di antara teguran yang paling banyak MASKULIN perhatikan ialah rasa tidak puas hati terhadap warna Jalur Gemilang yang kelihatan tidak ditonjolkan dalam warna yang betul.
Bukan itu sahaja, malah ramai yang menyuarakan kenapa baju rasmi ini diperkenalkan pada patung atau mannequin. Sedangkan kita ada ramai atlet yang telah layak ke Olimpik boleh menjadi inspirasi menggayakan baju tersebut.
Malah warganet turut membandingkan bagaimana negara jiran terdekat, Thailand yang melancarkan baju rasmi mereka dengan cukup gah bersama atlet-atlet mereka.
Di ruangan komen hantaran Instagram Olympicmas, selebriti terkenal seperti Awal Ashaari turut memberikan teguran yang sini.
Jelasnya di ruangan komen, “We dress them in these and expect gold medals in return?”.
Selain Awal, pempengaruh dan pembikin kandungan digital populat, Azfarheri turut menyuarakan rasa tidak puas hati.
“Nak mengamuk ye!” jelasnya.
Pereka fesyen berpengaruh, Emran Rijal juga turut berkongsi luahan dan memberi sedikit teguran.
Jelasnya, “Please hire someone qualified for our national athletes. They’re our NATION’S IMAGE.”.
Melihatkan perkembangan sehingga hari ini masih ada belum ura-ura bahawa baju rasmi ini akan ditukar kepada rekaan yang lain. Bagaimana dengan pendapat anda?
Adakah teruk benar rekaan baju rasmi kontinjen Olimpik negara kita pada tahun ini atau ia boleh diterima?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.