
UNIQLO x JW ANDERSON Spring Summer 2026 sekali lagi membuktikan bahawa kolaborasi fesyen mampu milik dan pereka global boleh hadir dalam satu pakej yang seimbang.
UNIQLO sekali lagi bekerjasama dengan pereka British berpengaruh, Jonathan Anderson, untuk koleksi Spring Summer 2026 yang bakal mula dijual pada 27 Februari 2026 di seluruh Malaysia.
Koleksi terbaharu ini membawa interpretasi segar gaya klasik kolej British dengan sentuhan lebih ringan, berwarna dan sesuai digayakan dalam cuaca tropika.
Ia menggabungkan warisan preppy dengan fungsi moden, termasuk inspirasi elemen sukan air Britain dan konsep lapisan bebas untuk penampilan lebih santai.
Nafas Baharu Dalam UNIQLO x JW ANDERSON Spring Summer 2026
Menurut Jonathan Anderson, koleksi kali ini memberi tafsiran baharu kepada gaya tradisional British prep dengan suntikan warna yang lebih hidup dan rasa musim bunga serta panas yang jelas.

Antara item utama termasuk kemeja oxford klasik yang kini hadir dengan potongan lengan pendek yang dinanti nantikan, siluet boxy moden serta pilihan enam warna termasuk kuning dan merah jambu.
Untuk lelaki, seluar pendek kargo fabrik kapas campuran linen tampil dengan tekstur semula jadi dan rasa ringan. Zip up blouson pula menampilkan elemen ilham pakaian kerja vintaj dalam potongan yang lebih universal dan tanpa jantina.

Konsep Capsule Wardrobe Dalam UNIQLO x JW ANDERSON Spring Summer 2026
Koleksi ini juga memperkenalkan idea almari kapsul yang membolehkan anda mencipta pelbagai gaya dengan kombinasi minimum.
Antara tarikan untuk wanita ialah parka pendek kalis angin yang mempunyai ciri kalis air serta pelaras pada bahagian hujung bagi menyesuaikan bentuk siluet. Seluar jean potongan longgar dalam warna natural turut disediakan sebagai pilihan versatil.

Bagi lelaki, polo dry pique dengan logo JWA hadir dalam 19 pilihan warna manakala T shirt rekaan pereka tersedia dalam 10 warna, memberikan ruang gaya yang luas sama ada untuk penampilan kasual atau semi formal.


Harga Mampu Milik UNIQLO x JW ANDERSON Spring Summer 2026
Walaupun membawa nama besar JW ANDERSON, koleksi ini kekal dengan falsafah LifeWear UNIQLO yang menekankan fungsi, keselesaan dan harga mampu milik.
Harga outerwear bermula dari RM199.90 hingga RM249.90. Kemeja pula antara RM129.90 hingga RM179.90. Polo dan T shirt ditawarkan dari RM59.90 hingga RM99.90, manakala aksesori bermula serendah RM14.90.
Secara keseluruhan, koleksi ini menampilkan 15 item wanita, 10 item lelaki dan tiga aksesori termasuk beg, stokin dan topi.

British Heritage Bertemu LifeWear
Kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON yang bermula sejak musim luruh dan sejuk 2017 terus berkembang dengan membawa gabungan warisan British dan inovasi reka bentuk ke dalam konsep pakaian harian.
Jonathan Anderson sendiri antara pereka paling berpengaruh dunia, pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Designer of the Year oleh British Fashion Council serta International Designer of the Year oleh CFDA.
BACA: COS Year of the Horse 2026, Koleksi Ikonik Penuh Gaya dan Inspirasi Tahun Lunar
Koleksi Spring Summer 2026 UNIQLO dan JW ANDERSON boleh didapati di semua stor UNIQLO Malaysia serta secara dalam talian menerusi laman rasmi UNIQLO bermula 27 Februari 2026.
Buat mereka yang mahu tampil santai tetapi tetap berkarakter, UNIQLO x JW ANDERSON Spring Summer 2026 menawarkan keseimbangan antara klasik dan moden dalam satu pakej yang praktikal serta relevan dengan gaya hidup masa kini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




