Baju kemeja putih memang agak sukar untuk dijaga namun memandangkan ia menjadi pakaian rutin sewaktu ke pejabat, warnanya memang perlu dijaga. Kemeja putih jika tidak dijaga dengan betul, warnanya boleh pudar dan kekuningan.
Bukan apa.. jika kemeja putih yang anda pakai itu kelihatan kusam, pastinya pandangan orang ramai terhadap kita akan jadi ‘macam-macam’.
Sehubungan itu, ini tips yang MASKULIN sediakan dan anda boleh ikuti:
Kalau anda nak basuh baju, pastikan baju berwarna putih diasingkan daripada baju berwarna lain. Ini kerana warna daripada baju lain boleh membuatkan baju putih jadi kusam.
2. Asing ikut material
Kalau sudah asingkan mengikut warna, anda juga harus tentukan materialnya seperti :
Acetates boleh digabung bersama acrylics
Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
Delicate perlu dicuci tangan
Jangan masukkan ke dalam satu mesin yang sama untuk kesan yang lebih berkesan.
Ads
3. Rendam dalam air suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya setting terbaik untuk pakaian berwarna putih.
Ads
4. Guna lemon atau cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
5. Periksa mesin basuh
Pastikan mesin basuh anda bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kisah cinta ini mungkin orang menganggap ia cliche, namun siapa tak suka lakonan Mario Maurer kan? Dalam filem ini, dia dan rakan-rakan kembali dengan reunion sekolah. Satu persatu memori indah persahabatan diceritakan kembali yang pasti membuatkan anda berasa rindu akan zaman sekolah.
Kejayaan filem ini persis Dunia Baru di Malaysia. Filem Thailand karya Songyos Sugmakanan ini ditayangkan pada 2009 dengan menyajikan cerita cinta para remaja yang masih suci dari dunia luar. Filem ini terlalu popular pada tahun tersebut sehinggakan mereka kembali dengan drama tv.
Filem ini sesuai untuk mereka yang gemarkan drama korea disamping terhibur dengan filem dari Thailand. Filem ini berlatarbelakangkan Korea Selatan dimana Dang (Chantivit Dhanasevi) bersama rakan-rakannya bercuti di Korea Selatan betembung dengan gadis gila-gila May (Nuengthida Sophon) lihat perjalanan mereka di Korea dan kisah percintaan yang pasti akan membuatkan anda senyum sampai telinga.
Jangan mengaku anda peminat Mario Maurer jika anda belum menonton filem Thailand ini. Dikeluarkan pada tahun 2007, Mario memegang watak sebagai Tong yang merupakan kawan dan jiran kepada Mew yang dilakonkan oleh Witwisit Hiranyawongkul. Menariknya filem ini, filem ini berkisahkan cinta antara lelaki yang boleh ditonton sebagai pengetahuan am di Malaysia. Jangan ikut pulak. menarik untuk anda tonton.
Filem ini jadi viral di Malaysia, dan Maro Maurer mula dikenali di Malaysia. Mungkin filem ini tampak cliche, namun kisah cinta remaja ini dekat dengan hati ramai orang terutama mereka yang bergelar remaja. Tak sah kalau dalam external anda tak ada filem ini kan? Cuba tanya kawan-kawan wanita atau pasangan anda, pasti mereka dah tengok cerita ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada zaman moden ini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri karekteristik agar penampilan anda nampak unik. Malah ia juga boleh menonjolkan keperibadian seseorang lelaki.
Oleh itu, tidak salah untuk anda menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai besama teman atau ketika bekerja.
MASKULIN ingin berkongsi trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar melalui 5 item fesyen ini.
Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ye, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah. Anda cuma nak ‘selam’ je. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Kalau dulu orang kata, sediakan payung sebelum hujan, tapi kini sediakan jaket kulit sebelum hujan.
Jika anda membela jambang, pastinya penampilan anda lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan. Namun harus diingat apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diursukan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.
Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk pejabat dan kena air-cond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk. Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar. Jangan pula anda sarungkan jaket warna biru, seluar warna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu pakailah mengikut kesesuaian.
Jam merupakan aksesori wajib yang ada pada seorang lelaki. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mementingkan disiplin masa. Namun pastikan pilihan stail jam anda mengikut kesesuaian bentuk tangan, keadaan serta majlis yang akan anda hadiri. Jangan pergi ke majlis makan malam dan anda menyarungkan jam tangan sukan. Memang tak kena!
Perasan tak, dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke kereta pasti dia sarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek ini penting. Bukan sahaja digunakan di dalam kereta malah ketika anda bersiar-siar bersama orang tersayang pun boleh anda gayakan. Cuma bila masuk ke pusat beli belah pastikan anda buka spek mata. Faham-faham jelah kenapa ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas menyaksikan koleksi pertama Casio G-Shock x FAM (Persatuan Boa Sepak Malaysia) laku keras dan habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada penghujung Mei lalu, kini mereka sekali lagi memperkenalkan edisi kedua pula.
Menerusi siaran media yang diterima MASKULIN, Casio dengan kerjasama FAM telah mengumumkan edisi kedua yang telah dilancarkan semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Pada majlis pelancaran tersebut ia telah dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta kedua-dua Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram manakala Casio pula telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro.
Menerusi koleksi eksklusif pertama dahulu Casio menampilkan model G-Shock GA-20000FAM-1A9 yang telah disambut baik oleh peminat jenama jam tersebut serta peminat bola sepakl tempatan. Malah difahamkan ia telah habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada hari pertama ia dipasarkan.
Bagi keluaran terbaharu G-SHOCK x FAM yang keduia pula, mereka menampilkan jam tangan GA-900FAM-1A9. Jam tangvan koleksi kolaborasi edisi kedua ini hadir bersama reka bentuk G-SHOCK yang tahan lasak dan lebih bergaya.
Selain itu, ia turut tampil dengan personaliti Harimau Malaya dengan jalur belang Harimau Malaya yang ikonik menjadi lambang kemegahan dan keghairahan peminat tempatan menyokong pasukan kebangsaan.
Bagi merancakkan lagi kempen pembelian jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini, Casio telah melancarkan permainan secara maya yang direka khas bagi peminat Harimau Malaya mendapatkan slot pembelian jam tangan berkenaan.
Difahamkan 680 individu mendapat markah paling tinggi akan dipilih dan berpeluang untuk membeli jam tangan tersebut. Anda boleh cuba di sini!
Manakala, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin pula berkata kerjasama ini menunjukkan skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat sokongan tinggi daripada barisan penaja dan ia tidak boleh disia-siakan oleh pasukan lebih-lebih lagi menjelang kempen Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini di Singapura.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Casio Malaysia atas sokongan yang berterusan terhadap Harimau Malaya. Kepercayaan mereka terhadap pasukan kebangsaan telah sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan serta semangat para pemain.
“Saya yakin kempen G-SHOCK x FAM edisi kedua ini juga akan disambut baik oleh rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang, menyokong pasukan kebangsaan lebih-lebih lagi Piala Suzuki AFF 2020 bakal bermula bulan hadapan.
“Skuad bola sepak kebangsaan perlu menjadikan sokongan daripada barisan penaja serta pemain ke-12, iaitu penyokong Harimau Malaya sebagai inspirasi untuk melakukan yang terbaik sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Singapura nanti,” kata Datuk Haji Hamidin.
Jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini akan dijual secara eksklusif menerusi slot pembelian yang akan direbut oleh peminat Harimau Malaya menerusi permainan secara maya pada harga RM699.
Dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya, serta pin enamel.
Sementara itu, Tezuka meluahkan rasa teruja untuk memulakan kempen pembelian G-SHOCK x FAM edisi terhad kedua ini.
“Casio ingin mendatangkan sedikit kelainan bagi merancakkan kempen pembelian jam tangan GA-900FAM-1A9 kali ini di mana peminat Harimau Malaya perlu menyertai permainan secara maya di laman web www.gshockpenaltykick.com.my bermula 10 November hingga 11:59 malam, 23 November 2021 untuk mendapatkan slot pembelian.
“Seramai 680 pemenang dari permainan berkenaan yang tersenarai di dalam papan pendahulu permainan akan diberikan keistimewaan untuk membuat pembelian jam tangan edisi khas kedua G-SHOCK x FAM ini di mana kami (Casio) akan menghubungi mereka selepas tempoh masa permainan secara maya itu tamat.
“Skuad Harimau Malaya merupakan kebanggaan Malaysia dan pasukan ini telah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama di bawah slogan keramat ‘Malaysia Boleh’.
“Kami di Casio Malaysia juga turut berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama FAM sekali gus menyokong mereka sepenuhnya apabila skuad Harimau Malaya mengukir nama Malaysia di pentas dunia,” kata Tezuka.
Jadi buat anda yang berminat untuk memiliki jam tangan eksklusif ini bolehlah cuba nasib dan mendapatkan markah terbaik. Mana tahu rezeki anda untuk miliki jam tangan edisi terhad ini menjadi kenyataan!
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.