Untuk Tidur Yang Berkualiti, 6 Makanan Ini Anda Kena Elak Makan Atau Kurangkan

963

Untuk dapatkan tidur yang lena, ini adalah antara makanan yang anda kena jaga pengambilannya supaya tidak ganggu kualiti tidur.

Masa yang sama, ini antara sebab pakar kesihatan serta jurulatih kecergasan minta kita jaga pemakanan sebelum tidur adalah kerana ingin makesure kandungan makanan tersebut tidak menganggu kualiti tidur anda.

Mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan waktu rehat anda terganggu sekali gus ia menyukarkan anda untuk tidur dengan lena.

Lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang mengandungi kalori atau zat-zat yang tidak diperlukan oleh badan anda.

BACA: Pernah Tak Bila Tidur, Anda Rasa Berpeluh, Ini Adalah Sebab-Sebabnya Yang Ganggu Kualiti Tidur

Sehubungan itu, ayuh kenal pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diambil pada waktu malam, ini MASKULIN tunjukkan antara makanannya:

1. Makanan manis

Makanan manis seperti coklat atau aiskrim boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan dan ia menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak. Jika lapar juga, ambil makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.

2. Karbohidrat

Anda perlu tahu bahawa tahap metabolisme anda akan berkurang sewaktu anda tidur. Sehubungan itu, pengambilan makanan karbohidrat hanya akan ia disimpan sebagai lemak.

3. Makanan berminyak

Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori.

4. Makanan pedas

Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian menunjukkan mereka yang makan makanan pedas pada waktu malam akan menyebabkan suhu badan meningkat.

5. Protein yang banyak

Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman.

BACA: Kalau Tak Cukup Tidur, Badan Mudah Mengembang, Jadi Elakkan 6 Jenis Makanan Ini

6. Jus

Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat.