Tiada kerjaya di dunia ini yang boleh menjadikan seseorang itu sebagai jutawan melainkan jika dia menceburi bidang perniagaan.
Mungkin ia kedengaran seperti klaim yang agak keras, namun lihat sahajalah senarai 10 manusia terkaya yang dikeluarkan oleh Forbes pada tahun ini.
Lebih ketara lagi, senarai teratas manusia terkaya dalam bidang perniagaan dipelopori oleh lelaki yang memiliki empayar perniagaan digital.
Nama-nama seperti Jeff Bezos, Bill Gates, Larry Ellison dan Mark Zuckerberg menjadi sebutan ramai sebagai usahawan digital yang luar biasa berjaya.
Jadi tidak hairanlah ramai yang mengakui bahawa usahawan digital telah menguasai dunia perniagaan pada masa kini dan masa hadapan.
DUNIAKINI, DUNIA DIGITAL
Inovasi telefon pintar telah menjadi penyumbang utama yang telah mengubah gaya hidup masyarakat moden. Segalanya telah berubah kepada digital. Lihat sahaja sudah banyak industri yang telah berubah dengan drastik.
Malah, usahawan digital yang membawa idea baharu dengan pendekatan radikal dianggap sebagai digital disruptor. Ia berlaku apabila teknologi digital baharu dan pendekatan perniagaan yang diperkenalkan mereka mengubah lanskap sesebuah industri.
Sebagai contoh, perkhidmatan e-hailing yang telah mengubah corak kita menggunakan kenderaan awam. Atau pengenalan pelbagai platform tempahan hotel dan pelancongan yang secara automatik mengubah lanskap industri pelancongan.
Ads
TRANSFORMASI ALAM MAYA
Mahu atau tidak, setiap usahawan kini harus mendakap perubahan digital dengan sepantas mungkin. Dunia kini berubah menjadi dunia digital yang menawarkan peluang perniagaan dalam segenap aspek.
Mengimplementasikan perniagaan kepada teknologi digital dengan kemahiran serta kesedaran teknologi maklumat merupakan kunci kepada transformasi ke arah digital.
Usahawan yang ingin mengubah modul perniagaan ke arah digital perlulah melakukan transformasi ini demi memberikan servis dan kepuasan kepada pelanggan.
Segalanya perlu pantas dan mudah untuk diakses di hujung jari. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perniagaan yang wujud tanpa pemasaran secara atas talian, ia bagaikan tidak wujud.
PENGALAMAN PENGGUNA LEBIH ‘KAYA’
Salah satu sebab mengapa usahawan digital menguasai dunia perniagaan adalah tawaran pengalaman yang cukup hebat kepada pengguna.
Ads
Kepuasan pengguna merupakan faktor yang paling penting dalam menjamin sesebuah perniagaan digital untuk berjaya. Pengguna mencari solusi yang senang, cepat dan paling mudah untuk mereka.
Di sinilah laman media sosial memainkan peranan sangat penting untuk sesebuah perniagaan berkembang dengan baik. Sebagai seorang usahawan digital, kemahiran mengendalikan laman media sosial adalah satu skil yang sangat kritikal dan penting.
Transformasi digital juga menjadikan data lebih tersedia untuk sebarang analisa perniagaan dilakukan. Selain mempunyai kumpulan sokongan seperti kakitangan berkemahiran, anda juga memerlukan peralatan atau peranti pintar yang mampu membantu perniagaan menjadi lebih lancar.
SOKONGAN PERANTI DIGITAL
Setiap perniagaan digital yang ingin berjaya haruslah dilengkapi dengan peranti digital seperti telefon pintar, tablet dan juga komputer riba.
Apatah lagi modul perniagaan di atas talian kini sifatnya lebih mobil dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Memilih peranti yang ringan dengan spesifikasi yang tinggi merupakan satu bonus untuk usahawan digital melakukan tugasan dengan lebih lancar.
Ads
Bahkan, sebarang task atau tugasan yang perlu dibuat secara on-the-go boleh dipermudahkan dengan adanya komputer riba yang efisien dalam kelas yang premium.
PERANTI PILIHAN USAHAWAN DIGITAL
Ambil contoh komputer riba keluaran terkini, Fujitsu UH-X ini. Ia merupakan antara komputer riba teringan di pasaran dengan berat hanya 778 gram sahaja.
Fujitsu UH-X juga tampil dengan skrin 13.3 Full HD bagi memberikan kepuasan dan pengalaman hebat ketika menggunakannya. Ia juga lengkap dengan Full HD Camera yang turut disokong oleh Windows Hello.
Paling menarik, komputer ini dibuat di Jepun dengan Takumi Craftsmanship dan dilengkapi dengan pelbagai variasi sambungan port walaupun ia bersaiz kecil dan nipis. Antaranya, Lan Port yang boleh dilipat serta tersedia dua sambungan USB Type-C dan juga HDMI.
Daripada segi faktor sekuriti, Fujitsu UH-X turut menawarkan aspek yang paling premium. Antara ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan Fujitsu UH-X adalah Instant Facial Recognition yang turut disokong oleh Windows Hello.
Walaupun kini kita sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kedai gunting masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. Jadi lebih lama lagilah kita terpaksa menunggu untuk menggunting dan merapikan rambut.
Pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda melakukan trim, mencuci dan menggayakan potongan rambut terkini dengan cara sendiri?
Ramai yang seakan-akan takut untuk bereskperimen sendiri dengan rambut? Usah takut kerana ada banyak cara yang boleh anda lakukan.
Ambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh beberapa artis dan personaliti laman media sosial seperti Izzue Islam, SeanLJE, Asyraf Rozaimi, Rushdan Wafa, Hao Ren dan Curtis Fu.
Mereka menunjukkan skil menggayakan rambut menerusi kempen #HairSomeMan yang dijayakan oleh Head & Shoulders.
Pelbagai cara yang mereka gunakan. Langkah yang simple, Just Wash It, Just Trim It, Just Wash It, Just Style It!
Jadi usah risau jika merasakan yang rambut anda kini berserabut dan panjang. Percayalah, masih ada sinar harapan untuk anda mengembalikan gaya rambut walaupun kedai gunting rambut masih ditutup. Dengan Head & Shoulders Ultramen Shampoo, segalanya tidak mustahil untuk anda menggayakan rambut!
Anda juga boleh menyahut cabaran Head & Shoulders dengan menyertai cabaran HairSome TikTok Challenge. Muat naik video gaya rambut yang telah anda transformasikan.
Cara menyertai TikTok Challenge HairSome.
1. Rakam video TikTok dengan gaya rambut Hairsome Trim dan serlahkan gaya Ultra anda dengan runut bunyi Hairsome!
2. Muat naik video tersebut dengan #HNSHAIRSOMEMAN & tag @headandshouldersmy
3. Lengkapkan kapsyen berikut kurang daripada 10 patah perkataan, “Head & Shoulders Ultramen menjadikan rambut saya ….”
4. Pastikan tetapan (setting) akaun anda dalam mod public Anda boleh rujuk TikTok Challenge ini di pautan berikut: https://vt.tiktok.com/k4cSbq/
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di Lazada.
Untuk info penjagaan rambut, anda boleh ikut beberapa tip ini:
Guna Produk Bersesuaian
Kalau anda miliki rambut panjang pastinya anda bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Rambut dan kulit kepala lelaki agar lain kepada wanita. Pilihlah produk penjagaan rambut yang direka untuk mengatasi masalah lelaki.
Cara Mencuci Yang Betul
Selama ini adakah anda menggunakan teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala kotoran yang melekat pada kulit kepala. Ketika menggunakan syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari pada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya liang-liang pori kembali tertutup.
Kurangkan Penggunaan Curling Iron & Dryer
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah putus. Jika ingin menggunakan pengering rambut, pastikan ia berada di paras yang paling rendah.
Amalkan Diet Yang Seimbang & Minum Air Secukupnya
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat! Segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan anda minum air. Kekal hidrarasi sepanjang hari dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Taman awam memainkan peranan penting dalam membentuk gaya hidup sihat dan harmoni dalam kalangan masyarakat bandar.
Di tengah kesibukan kerja dan tekanan kehidupan moden, taman awam bukan sekadar ruang hijau tetapi menjadi tempat untuk bersosial, beriadah serta menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Ia menyediakan persekitaran kondusif bagi komuniti menjalankan aktiviti kecergasan seperti berlari, berbasikal dan bersenam. Sekali gus memperkukuh hubungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup.
Di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, wujud satu ruang hijau yang semakin menjadi tumpuan golongan aktif iaitu IWK Eco Park @ Pantai Dalam.
Terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar, taman ini bukan sekadar lokasi riadah biasa tetapi simbol keseimbangan antara pembangunan moden dan kelestarian alam sekitar.
Dengan akses mudah melalui lebuh raya utama dan pengangkutan awam, IWK Eco Park kini diramal menjadi pilihan ideal bagi warga kota yang mahu bersukan atau bersantai selepas waktu kerja tanpa perlu meninggalkan kawasan metropolitan.
Lebih menarik, taman ini dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 menjadikannya antara projek paling inovatif di Malaysia.
Ia mengubah tapak utiliti kepada kawasan hijau dan berfungsi untuk komuniti, sekali gus membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur juga boleh diintegrasikan dengan gaya hidup sihat dan mesra alam.
Fasiliti Untuk Semua Golongan
IWK Eco Park menampilkan pelbagai kemudahan sukan dan riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur dan minat. Di antara tarikan utamanya yang ditawarkan di IWK Eco Park seperti berikut:
Arena IWK (padang bola sintetik) – direka untuk permainan bola sepak siang atau malam dengan permukaan tahan lasak dan selesa sepanjang tahun pada kadar sewaan berpatutan.
Gelanggang Futsal atau Netbal – ruang serba guna bagi aktiviti intensif yang menguji stamina dan semangat berpasukan.
Gelanggang Pickleball – menawarkan sukan baharu yang kini menjadi fenomena global dengan menggabungkan elemen strategi dan keseronokan.
Gelanggang Tenis dan Badminton – disediakan untuk mereka yang sukakan cabaran teknikal serta fokus mental.
Gelanggang Volleyball – ideal untuk aktiviti komuniti atau kejohanan santai.
Trek Jogging – dikelilingi kehijauan semula jadi yang menawarkan suasana tenang untuk berjalan atau berlari.
Taman Permainan Kanak-Kanak – menawarkan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain sementara ibu bapa beriadah.
Dewan Merbau dan Dewan Chengal – merupakan dewan serbaguna lengkap bagi penganjuran acara korporat, majlis perkahwinan atau aktiviti komuniti.
Laman Teratai pula menyediakan kawasan riadah terbuka dilengkapi kemudahan BBQ pit yang sesuai untuk perhimpunan keluarga dan aktiviti luar.
Selain itu, taman ini turut menyediakan kawasan parkir luas dan percuma bagi keselesaan pengunjung.
Komitmen Terhadap Alam Sekitar
Lebih daripada sekadar ruang rekreasi, IWK Eco Park mencerminkan komitmen Indah Water Konsortium dalam memupuk kesedaran kelestarian alam.
Dengan menggunakan teknologi rawatan moden yang selamat dan terkawal, kawasan ini membuktikan bahawa pembangunan boleh berjalan seiring dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pendekatan ini bukan sahaja memperindah landskap bandar tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya memanfaatkan semula ruang sedia ada untuk kegunaan awam. Ia sekali gus menjadikan IWK Eco Park sebagai contoh terbaik konsep eco-recreation dalam konteks Malaysia moden.
Komuniti Aktif, Hidup Lebih Bermakna
Bagi penggemar gaya hidup aktif, atlet mahu pun keluarga yang mahu mencari ruang santai di hujung minggu, IWK Eco Park menawarkan sesuatu untuk semua. Ia bukan sekadar taman tetapi pusat komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat, kebersamaan dan keseimbangan mental.
Dengan pelbagai fasiliti sukan moden, suasana hijau yang mendamaikan serta akses mudah dari bandar, IWK Eco Park menjanjikan pengalaman segar yang menggabungkan sukan, komuniti dan kelestarian.
IWK Eco Park bukan sekadar taman rekreasi tetapi simbol harapan untuk masa depan bandar yang lebih hijau, sihat dan lestari. Di sinilah warga kota belajar bernafas semula, satu langkah kecil ke arah kesejahteraan bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerjasama antara jenama kasut dan juga animasi bukan lagi satu perkara baru. Beberapa pengeluar kasut terkenal dilihat menjadikan trend ini sebagai satu perkara menarik untuk diterokai.
Terbaru, Reebok menjalinkan kerjasama bersama Warner Bros. Comsumer Products dengan menggunakan karakter animasi daripada siri legenda, ‘Tom & Jerry’.
Hasilnya sebuah koleksi sneakers dan juga pakaian yang mnggabungkan kedua-dua elemen daripada Reebok dan juga karakter animasi tersebut.
Menerusi kolaborasi ‘Reebok x Tom & Jeryy’ sebanyak empat pilihan sneakers dengan rekaan berbeza ditampilkan.
Koleksi tersebut merangkumi Reebok Instapump Fury x Tom, Reebok Club C Revenge x Jerry dan Reebok Club C x Tom & Jerry.
Lebih menarik lagi ia turut ditawrkan dalam saiz pelbagai iaitu untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga bayi. Menurut Reebok Malaysia, koleksi eksklusif ini boleh didapati di outlet terpilih di seluruh negara bermula pada 15 Februari 2020.
Buat anda yang ingin mengembalikan nostalgia kartun terkenal yang ditonton semasa kecil inilah kasut yang tepat. Dari segi rekaan dan juga material yang digunakan ia tidak kalah dengan gaya.
Bagi MASKULIN sendiri, Instapump Fury x Tom menjadi idaman hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.