[VIDEO] Donnie Yen Antara Selebriti Lelaki Sahut Cabaran Tular Terbaru #BottleCapChallenge

Share

Viral challenge kini bukan lagi perkara asing terutamanya bagi pengguna laman media sosial. Kadangkala ada sahaja cabaran yang tidak masuk akal dan merepek. Namun ada juga yang dilakukan untuk berkongsi kebolehan kepada followers masing-masing.

Sebelum ini kita telah dihujani dengan pelbagai video cabaran tular seperti ice bucket challenge dan juga keke challenge yang masing-masing menghadirkan kontroversi tersendiri.

Terbaru muncul pula #BottleCapChallennge! Bagi anda yang sedikit terkebelakang dengan perkara tular di laman media sosial, cabaran ini menyaksikan pencabarnya membuka penutup botol minuman dengan melakukan tendangan kaki. Labih menarik kebanyakan video yang dipertontonkan dirakamkan secara slow motion bagi menambahkan efek yang lebih steady!

BACA: Rutin Senaman Rami Malek Nak Dapat Body Mantap Seperti Freddie Mercury

Seperti biasa, selepas cabaran tular ini menjadi sebutan maka selebriti-selebriti terkenal juga tidak terlepas untuk turut serta melakukannya dan berkongsi video di laman media sosial.

Antara yang paling menarik perjatian MASKULIN terutamanya ialah pelakon-pelakon aksi, penyanyi rock serta atlet sukan seni mempertahankan diri yang menonjolkan sisi berbeza menerusi cabaran ini.

Jom saksikan video perkongsian mereka menyahut #BottleCapChallenge di bawah!

JASON STATHAM

JOHN MAYER

DONNIE YEN

CONOR MCGREGOR

MASTER FA

SCOTT ADKINS

MARKO ZAROR

KANE KOSUGI

IKLAN