Viral challenge kini bukan lagi perkara asing terutamanya bagi pengguna laman media sosial. Kadangkala ada sahaja cabaran yang tidak masuk akal dan merepek. Namun ada juga yang dilakukan untuk berkongsi kebolehan kepada followers masing-masing.
Sebelum ini kita telah dihujani dengan pelbagai video cabaran tular seperti ice bucket challenge dan juga keke challenge yang masing-masing menghadirkan kontroversi tersendiri.
Terbaru muncul pula #BottleCapChallennge! Bagi anda yang sedikit terkebelakang dengan perkara tular di laman media sosial, cabaran ini menyaksikan pencabarnya membuka penutup botol minuman dengan melakukan tendangan kaki. Labih menarik kebanyakan video yang dipertontonkan dirakamkan secara slow motion bagi menambahkan efek yang lebih steady!
Seperti biasa, selepas cabaran tular ini menjadi sebutan maka selebriti-selebriti terkenal juga tidak terlepas untuk turut serta melakukannya dan berkongsi video di laman media sosial.
Ads
Antara yang paling menarik perjatian MASKULIN terutamanya ialah pelakon-pelakon aksi, penyanyi rock serta atlet sukan seni mempertahankan diri yang menonjolkan sisi berbeza menerusi cabaran ini.
Jom saksikan video perkongsian mereka menyahut #BottleCapChallenge di bawah!
Melakukan senaman yang sama dan berulang-ulang kadangkala boleh menimbulkan rasa bosan. Tak dapat dinafikan juga tidak banyak jenis senaman konvensional atau popular melibatkan bahagian spesifik seperti dada.
Kebanyakan senaman tertumpu kepada bahagan lengan, bisep, kaki dan juga abdomen. Namun hakikatnya ramai lelaki yang mengimpikan untuk mempunyai dada yang bidang dan mantap seperti dilihat pada bentuk badan superhero Thor atau Superman.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sama ada di gimnasium atau di rumah. Bergantung kepada jenis kelangkapan senaman yang anda ada.
Usah buang masa, jom sama-sama kita cuba!
Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum.
Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.
Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit. Caranya mudah saja.
Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.
Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest.
Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.
Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah.
Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.
Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua deumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus.
Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.
Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terdapat sejuta orang di Malaysia mengalami tinnitus dan kelaziman tertinggi adalah pada usia 40 hingga 70 tahun manakala gejala penyakit itu lebih biasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Gegendang telinga boleh pecah disebabkan perubahan tekanan pada atmosfera. Contohnya bagi mereka yang turun dari tempat tinggi secara mendadak seperti dalam kapal terbang, turun dari gunung atau kawasan tanah tinggi. Ia juga boleh berlaku kepada penyelam skuba selain berlaku akibat terdedah pada bunyi yang kuat. Dalam kebanyakan kes, tekanan atmosfera yang berubah secara mendadak menyebabkan peningkatan tekanan dalam telinga tengah seterusnya menyebabkan gegendang telinga bocor atau pecah kerana ia tidak dapat menampung tekanan berkenaan.
Pesakit akan mengalami sakit telinga yang teruk disertai darah keluar dari corong telinga. Darah yang keluar akan menitis sedikit demi sedikit. Selain daripada itu pesakit mengalami pening dan loya. Ini disebabkan oleh gangguan secara tidak langsung pada bahagian telinga yang juga berfungsi sebagai sistem keseimbangan badan.
Pendengaran juga akan terjejas pada bahagian telinga yang bocor. Ini disebabkan gegendang telinga yang tidak bergetar seperti biasa untuk menyampaikan denyutan kepada telinga tengah dan saraf ke otak. Ada kala pesakit mendengar bunyi bising berdesing yang tidak selesa pada bahagian telinga berkenaan. Ketika pemeriksaan awal di klinik atau wad kecemasan, kebiasaannya gegendang telinga yang bocor tidak dapat disahkan. Ini kerana darah pada corong telinga luar akan mengganggu pandangan doktor untuk melihat gegendang telinga.
Oleh itu, pakar atau doktor di jabatan telinga, hidung dan tekak (ENT) terpaksa menyedut keluar darah dan ketulan daripada corong telinga luar. Selepas itu barulah kebocoran pada gegendang telinga dapat dikenal pasti. Selain itu, ketika pemeriksaan, kemungkinan lain selaku penyebab telinga berdarah juga dapat dikesan. Dalam kebanyakan kes, gegendang telinga yang bocor akan sembuh atau tertutup sepenuhnya lepas beberapa minggu. Paling utama ialah memastikan telinga sentiasa kering untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Ada kala ubat titisan telinga mengandungi antibiotik atau antibiotik diberi sama ada untuk dimakan atau suntikan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh melewatkan proses penyembuhan juga mengeruhkan keadaan. Pendengaran akan baik seperti sedia kala sebaik sahaja kebocoran gegendang telinga tertutup sepenuhnya. Jika ini tidak berlaku, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk menutup kawasan bocor itu.
Tinnitus boleh diklasifikasikan sebagai tinnitus objektif atau tinnitus. Tinnitus subjektif lebih kerap berbanding tinnitus objektif.
Tinnitus objektif berlaku apabila pesakit merasa bunyi yang dihasilkan oleh struktur paraauditori (saluran darah, telinga dalam, otot leher dan kerongkong) yang boleh didengar pemeriksa. Sebab yang mungkin termasuk tiub eustachian tidak berfungsi, kekejangan otot di dalam mulut atau leher dan masalah vaskular seperti aterosklerosis, tumor saluran darah dan anemia.
Tinnitus subjektif merujuk kepada bunyi tidak dapat didengar pemeriksa yang biasanya tanpa debaran. Tinnitus subjektif berkaitan dengan kurang pendengaran akibat usia meningkat, penyakit Meniere’s, otosklerosis, kanser nasofarinks, trauma kepala, akaustik neuroma, ubat-ubatan, masalah telinga tengah, tahi telinga, masalah sendi temporomandibular, hiperlipidemia, meningitis dan sifilis.
Tinnitus yang berkaitan dengan masalah saraf tidak mempunyai penjelasan fisiologi yang jelas mungkin disebabkan kecacatan koklear, saraf koklear dan bahagian otak yang mengendalilan pendengaran. Teori asal usul tinnitis yang dicadangkan secara umumnya membabitkan sel rambut yang hiperaktif atau ketidakseimbangan kimia di seluruh sel di dalam telinga tengah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Makan burger memanglah sedap pada waktu malam kerana ramai yang beranggapan burger adalah menu yang cepat, ringkas dan lazat.
Tetapi tahukah anda bahawa jika anda kerap memakan burger dalam kuantiti yang banyak dengan sangat kerap, ia boleh memberi risiko kepada fungsi hati kerana 3 sebab berikut :
Sebab burger punca fungsi hati rosak
1. Wujud lemak degil dalam sajian burger
2. Bahan dalam burger seperti daging sukar dicerna
3. Berlaku pertambahan lemak sampingan yang datang sewaktu memasak
Burger akibatkan diabetes
Dalam masa sama, Michael Roden dari German Centre for Diabetes Research di Jerman mengemukakan hasil kajiannya bahawa selain menyebabkan fungsi hati boleh rosak, burger juga boleh mengakibatkan masalah diabetes.
Masalah obesiti yang terkesan kepada seseorang itu juga sukar untuk dirawat jika insulin dalam tubuhnya semakin berkurangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.