Video Lelaki Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Sentuh Hati Warganet

130

Setiap perbuatan yang baik pasti akan mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat. Apatah lagi jika seseorang yang melakukan kebaikan itu merupakan insan yang istimewa.

Itulah yang telah dibuktikan oleh seorang lelaki berkerusi roda menerusi sebuah rakaman video tular di Facebook.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Ketika Mengerjakan Haji

Jejaka berhati besar ini dikenali dengan nama Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid di Facebook telah memuat naik sebuah rakaman video pada 11 Ogos lalu memperlihatkan bagaimana dia menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh berhampiran longkang besar.

Menerusi video tersebut beliau dilihat turun daripada kerusi rodanya dan perlahan-lahan menuruni cerun longkang untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di situ.

Berikut merupakan perkongsiannya di Facebook.

“Pagi td masa dalam perjalanan p kompleks sukan likas kami ternampak sekor ank kucing yg terjatu dalam longkang besar sedang berpaut kuat d dinding lokang dengan basah kuyup ntah dari bila lg dia d situ sy pun cuba naik kan kucing tu keatas alhamdulillah kami dpt bantu dia naik 🙂

Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga
Seorang oku pengguna kaki palsu dia tidak boleh turun utk slamatkan ank kucing tu jd sy buat kputusan utk turun slamatkan ank kucing tu”

Video berdurasi 2 minint 9 saat itu telah dimuat naik pada 11 Ogos lalu dan sehingga artikel ini ditulis ia telah mendapat sejumlah 1,450 jumlah share.

Jelas Abu lagi, rakaman video itu dilakukan oleh rakannya yang juga merupakan orang kelainan upaya yang menggunakan kaki palsu, menyukarkan dia untuk turun.

Jadi dia ambil keputusan untuk membantu anak kucing tersebut.

Ternyata perbuatannya telah mendapat reaksi sangat menyentuh hati daripada pengguna Facebook. Rata-rata menyatakan rasa kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh beliau.

Syabas!