Melihat kepada ramalan kaji cuaca, hari ini sahaja ukuran suhu di Mekah adalah 41 Darjah Celcius, menjelang Hari Wukuf atau bermulanya musim Haji pada hari ahad ini bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah.

Ramalan kaji cuaca menunjukkan pada hari sabtu, ibadah wukuf bermula dan pada hari berkenaan cuaca dijangka 40 darjah celcius. Apa yang membimbangkan adalah cuaca panas tersebut boleh mempengaruhi kesihatan para jemaah haji.

Disebabkan itu, seorang rakyat Malaysia iaitu Tuan Haji Abdul Salam Embong berkongsi melalui akaun Facebooknya bagaimana untuk menghadapi cuaca panas terik di Tanah Suci Mekah.

BACA: 5 Cara Mempercepatkan Giliran Haji, Kongsi Lelaki Ini Yang Terpilih Menjadi Tetamu Allah

Ikuti panduannya dibawah:

InshaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua langkah-langkah yang boleh anda lakukan bagi menghadapi cuaca yang panas terik di Tanah suci Mekah seperti berikut:

1. Sila pakai penutup muka/mask

Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Di Mekah Yang Kini Memasuki 40 Darjah Celcius

IKLAN

Setiap kali anda ingin keluar masuk dari bilik anda sama ada keluar sekejap ataupun ke Masjidil Haram. Bakteria tidak sihat banyak berlegar-legar di dalam kawasan hotel memandangkan kawasan yang tertutup. Pakailah walaupun anda tidak merasa selesa demi menjaga kesihatan anda. Kalau dah terkena penyakit batuk sekalipun pakai MASK supaya agar anda tidak memudaratkan jemaah yang lain.

2. Perbanyakkan minum air

Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Di Mekah Yang Kini Memasuki 40 Darjah Celcius

Terpulanglah minum air zam-zam ataupun belilah air minuman di kedai runcit. Jangan sesekali minum air tadahan paip walaupun sudah masak(lihat post saya sebelum ini berkenaan air minuman). Air suam ke, air sejuk ke atau air panas tiada masalah. Ais bukan penyebab utama jemaah akan batuk. Minum air sejuk untuk menyejukkan badan inshaAllah. Sebelum minum air zam-zam berdoalah semoga mendapat menyembuhkan sebarang penyakit dalam badan kita.

3. Memakai kaca mata gelap

Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Di Mekah Yang Kini Memasuki 40 Darjah Celcius

IKLAN

Untuk mengelakkan dari sakit kepala @ pening kepala. Lantai Masjidil Haram yang putih menyebabkan silauan luar biasa terkena mata kita. Murah je beli yang sar10-sar100 untuk memelihara mata dan mengelakkan dari pening kepala ketika berjalan pada waktu panas terutama hari jumaat. Pasti ada yang terlewat sampai jalan dah tutup terpaksa solat pula atas jalan tar yang panas. Sampai menggigil kaki ketika solat dek panas yang melampau. Betul?

4. Makan buah oren sebanyak mungkin

Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Di Mekah Yang Kini Memasuki 40 Darjah Celcius

Masa makan pun dapat sebiji sahaja. Beli banyak-banyak di kedai runcit sedekahkan dalam peti sejuk bilik penginapan kita. Lepas isyak sebelum tidur potong buah oren dan jamu teman-teman sebilik sambil-sambil sembang beramah-mesra. Sebab itulah banyak dijual minuman jus oren dan buahan asli kerana kaya dengan vitamin C.

IKLAN

5. Membawa sejadah @ kain lapik untuk ke Masjidil Haram

Ketika panas letakkan sejadah tersebut di atas kepala kita. Jangan biasakan kepala terdedah kepada sinaran terik matahari yer. Boleh pengsan nanti. Nak selesa lagi bawa tuala dan basahkan letak di kepala dan sapu muka beberapa kali ketika berjalan ke Masjid dan lain-lain tempat. Nak selesa lagi gunakan payung untuk mengelakkan sinaran terik matahari.

6. Minimumkan berjalan di bawah terik matahari

Kita tidak boleh nak mengelakkan 100% dari sinaran matahari yang terik tetapi kita mampu untuk mengawal diri kita berjalan pada waktu panas terik seperti pilih waktu yang sesuai untuk solat waktu ke masjid. Waktu tengahari solat berjemaah di surau penginapan masing-masing. Sebelah petang barulah ke Masjidil Haram sampai isyak.

BACA: Ahli Farmasi Ini Tunjuk Cara-Cara Menyimpan Stok Insulin Bila Di Tanah Suci

7. Minum susu masam @ LABAN

Lelaki Ini Kongsi Tip Hadapi Cuaca Panas Di Mekah Yang Kini Memasuki 40 Darjah Celcius

Banyak dijual di kedai-kedai runcit sar1 sahaja. Beli banyak-banyak simpan dalam bilik. Tiap kali rasa panas minum. Kalau tak biasa minum susu masam campurkan dengan jus buah-buahan bagi sesap sedikit. Laban ini dapat menurunkan suhu badan anda.

Alhamdulillah saya rasa ini antara tips yang paling lengkap yang saya dapat kongsikan dengan anda semua terutama bakal haji pada tahun ini InshaAllah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI