Aktif di dalam bidang sukan sewaktu di bangku sekolah adalah permulaan untuk saya bergiat aktif di dalam bidang kecergasan. Saya bermain sukan ragbi dan mewakili sekolah dalam banyak perlawanan. Setiap hari sebelum memulakan kelas, saya akan bangun seawal jam enam pagi untuk berlatih di gimnasium. Selepas mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika bermain ragbi, saya berhenti daripada bersukan lantaran memulakan latihan kecergasan secara intensif untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
MOTIVASI DIRI
Saya sememangnya punya sifat obses terhadap penampilan diri dan bentuk figura yang saya miliki. Oleh sebab yang demikian, setiap apa yang saya lakukan haruslah dilengkapi dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan tahap bentuk badan yang lebih baik.
Ads
RUTIN WORKOUT
Saya lebih memilih untuk melakukan latihan mengikut bahagian tubuh setiap hari. Hal ini untuk memastikan saya fokus terhadap sesuatu latihan dan memastikan hasil yang lebih optimum. Semakin dekat pertandingan yang akan saya masuki, saya akan banyak menghabiskan masa di gimnasium dengan latihan kardio. Menghabiskan masa selama satu jam untuk latihan kardio dan enam hari dalam seminggu untuk memastikan tahap stamina yang saya miliki mencukupi untuk saya melakukan latihan bebanan.
Ads
MENU DIET PALING PENTING
Menu 1: 7 aun Steak, 3 ½ aun bayam, 3 biji telur, 1 cawan air kopi dan air sparkling
Menu 2: 3 ½ aun oatso, 1 scoop protein and ¼ cawan beri
Ads
Menu 3: 5 ½ aun dada ayam, 4 ½ aun nasi basmathi and 3 ½ aun brokoli
Menu 4: Intra Workout BCAA’s
Menu 5: 3 ½ aun oat dan 1 scoop protein
Menu 6: 5 aun Cod, 4 ½ aun nasi basmathi dan 3 ½ aun kacang hijau
Menu 7: 5 aun Turkey, 5 ½ aun Sweet kentang manis dan 3 ½ aun asparagus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
1-Ada yang kata, seseorang lelaki yang berjambang sangat cool. Ia berikan satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2-Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3- Daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
KEMAS DAN RAPI SELALU
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
APA PERLU ANDA LAKUKAN?
– Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
– Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
– Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
– Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
– Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
-Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
APA PERLU ANDA ELAK?
– Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
– Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
– Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
– Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
BERJAMBANG IKUT KESESUAIAN
– Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
– Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
– Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hairan tak kalau perut tak kempis-kempis walau pelbagai cara yang korang dah lakukan. Diet dah, bersenam pun dah tapi masih tidak membuahkan hasil.
Nah, ini mungkin angkaranya…
Kita slaah kerana selalu mengenyangkan diri sebelum bersenam kerana menganggap makanan itu akan membantu memberi tenaga yang optimum kepada tubuh. Hakikatnya? Anda salah. Elak makan makanan bergula sebeloum bersenam kerana ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat kemudian turun terlalu cepat. Jangan lupa, dalam beras/nasi juga mengandungi gula tahu? Oleh itu, jika ingin mengalas perut sebelum bersenam, cukup dengann hanya mengunyah kacang atau smoothie protein.
Jika seseorang tak mendapatkan tidur yang cukup, kadar turun naik hormon tidak menentu. Keadaan itu kemudian akan meningkatkan selera.
Oleh itu, apabila kamu makan berlebihan kerana tidak dapat melelapkan mata, perut juga akan semakin membuncit malah menjadi sukar untuk mengempiskannya kembali.
Ini mungkin sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Menurut pakar, tidak elok sebenarnya makan secara gopoh, lebih-lebih lagi makan sambil berjalan atau berdiri. Makanan yang dikunyah dan ditelan dengan laju akan buat badan memikirkan yang kamu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan lalu, akan menghasilkan tindak balas tidak normal.
Badan serta-merta akan berhenti menghadam makanan seterusnya menjadikan keadaan perut buncit.
Ada fakta memberitahu bahawa mengunyah gula-gula getah akan bantu menguruskan badan kerana perbuatan mengunyah itu sendiri akan pengaruhi otak seolah-olah anda telah makan seterusnya menjadi kenyang. Biarpun ia mungkin benar, akan tetapi, perbuatan mengunyah gula-gula getah buat perut membengkak umpama mengepam angin ke dalam belon. Hati-hati!
Hormon kartisol yang terhasil ketika seseorang tertekan akan mengumpul lemak yang banyak pada bahagian tengah badan. Sistem badan akan jadi terkejut seterusnya menghasilkan hormon kartisol berkenaan agar diri dapat berjaga-jaga. Oleh itu, sila kawal emosi dan perasaan agar kadar tekanan diri dapat dikurangkan seterusnya membantu senaman jadi lebih efektif.
Wanita sering menjadi tidak lawas terutamanya ketika sedang datang bulan. Perut menjadi kembung dan buncit daripada biasa betul tak? Itu adalah disebabkan oleh kandungan air yang tidak lawas dan terkumpul lama dalam perut. Ramai wanita kurang minum air ketika datang bulan namun apa yang anda tidak tahu, kita sepatutnya minum air lebih banyak supaya perut kmudian akan terasa ingin membuang air kecil. Dengan cara itu, perut akan beransur kempis dan senaman juga menjadi lebih efektif kemudian.
Seperti yang kita semua tahu, sistem perut manusia sebenarnya dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup kita sebenarnya merosakkan keadaan bakteria dalam usus. Jadi, sila elak mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol. Ini kemudian akan bantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
Garam mengandungi sodium klorid. Sodium adalah mineral yang akan mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Apabila seseorang mengambil kadar garam yang banyak, anda sebenarnya sedang membawa muatan air yang banyak di dalam tubuh lalu menyebabkan pengumpulan bendalir yang berlebihan hingga menyebabkan buncit.
Masih minum minuman bergas? Itulah sebabnya mengapa lemak perut tidak hilang-hilang. Walau macam mana berat pun senaman yang dilakukan tetapi kamu masih meminum minuman soda, hal berkenaan tidak akan membantu mengempiskan perut. Kajian pakar mendapati, peminum soda akan mengumpul kadar lemak yang tinggi dalam perut mereka bahkan ia sukar dihapuskan.
Tidak kisah apa jenis makanan segera yang anda masih ambil, itu adalah penyebab utama mengapa lemak di perut tidak kempis-kempis. Semua makanan yang datang dalam bentuk sudah dipek seperti keropok, air kotak, mi segera atau apa sahaja makanan dan minuman yang boleh dibeli dan dimakan terus sebenarnya akan membuatkan lemak diperut jadi tepu dan sukar dihapuskan.
Selamat beramal! ❤
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), demikian lapor Berita Harian.
Bagaimanapun kesihatan diri Dr Mahathir semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.
“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.
“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya serta Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) dan kesejahteraan kami berdua,” katanya dalam Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir dan isterinya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.
“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.
“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” katanya.