Kepada anda yang gemarkan masakan melayu mungkin anda akan terpegun dan nak cuba burger kangkung sambal belacan ini. Seperti gerai burger Malaysia yang lain, gerai burger Mike’s burger Grill Celup ini bukan saja menghidangkan burger-burger mainstream, malah ia juga mempunyai menu Kangkung Sambal Belacan! Mangg Aiihh!!
Kombinasi burger dengan kangkung sambal ni nampak aneh, ini kerana mereka menggabungkan patties dengan masakan tradisional diantara roti bun.
Ads
Lebih menarik lagi sambal belacannya yang tak lari dari rasa yang anda nikmati dengan nasi panas pada waktu makan tengah hari. Jika anda cuba makan pasti nak lagi. Uish, kalau tengok menu burger lain yang disediakan pun sedap-sedap belaka! Kalau anda tak suka pedas, nak cuba Burger Black Pepper Grurmet atau Spicy Kungpao Gourmet. Dah rasa nak cheat meal dan ingin kelainan bagi produk burger, maka anda boleh lah cuba burger di gerai ini.
Fesyen “old money” kini menjadi trend yang semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan lelaki.
Istilah “old money” merujuk kepada kekayaan yang diwarisi dari generasi ke generasi, bukan kekayaan yang baru diperoleh (sering digelar “new money”). Gaya fesyen ini menampilkan identiti golongan bangsawan dengan penekanan kepada kualiti, kesederhanaan, dan rasa tradisional. Ia bukan tentang mempamerkan jenama mahal secara terang-terangan tetapi lebih kepada menonjolkan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.
Golongan Old Money mempunyai gaya yang sangat klasik dan berkualiti tinggi. Mereka mengutamakan pakaian dari jenama-jenama terkemuka yang mengekalkan mutu kraf, seperti Ralph Lauren, Brooks Brothers, dan Hermès, namun mereka tidak mengejar trend fesyen semasa.
Jika anda ingin mencuba fesyen old money, mulakan dengan beberapa langkah mudah:
Fesyen old money memberikan ruang kepada lelaki moden untuk menampilkan gaya hidup yang elegan tanpa perlu mempamerkan kekayaan secara terang-terangan. Ia adalah gabungan kesederhanaan, kualiti, dan keanggunan yang mampu menyerlahkan personaliti seseorang. Tidak hairanlah, trend ini semakin popular di kalangan lelaki yang mengutamakan gaya klasik dan sofistikated.
Jadi, adakah anda bersedia untuk menghidupkan kembali gaya aristokrat ini dalam penampilan harian anda?
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dia adalah penghidup trend terbaru dalam gelanggang seni fotografi juga seni fesyen. Hadirnya nama TTFGA dalam industri bagai memberi nafas moden serta wajah baru khususnya industri fotografi fesyen itu sendiri. Meluaskan lagi seni estetik foto fesyen jalanan, Ridduan Ismail ataupun TTFGA antara figura berpengaruh masa kini.
RIDDUAN ISMAIL
“Pasti ramai yang menganggap saya seorang yang sombong apabila melihat koleksi foto saya di akaun Instagram. Mungkin kerana wajah saya begini, jadi secara tidak langsung memaparkan wajah saya seorang yang ego. Jauh sekali tidak. Saya mudah ramah dan friendly. Straight forward. Tidak berpura-pura.”
TUKANG TANGKAP FOTO GEMBIRA ANDA
“Trademark TTFGA, semestinya simple dan minimalis. Saya tidak meminati perkara mahupun konsep yang agak serabut atau heavy. Lebih kepada plain and clean background. Setakat ini, mereka yang pernah menggunakan khidmat saya sudah arif dan memahami tentang gaya seni saya. Jadi tiada masalah dalam menentukan konsep sesuatu gambar. Cumanya, jika ada client yang mahukan konsep yang heavy, saya tidaklah menolak, namun saya berusaha untuk memberikan yang terbaik.”
BY TTFGA
“Segala-galanya harus ada cerita di sebaliknya kalau tidak ia akan kosong. Saya bukanlah seorang jurufoto yang hanya mengambil gambar yang “asal boleh”. Sebagai contoh Top Boi, Dramadhan, The Blanket dan sebagainya, semua karya saya ini memiliki cerita di sebaliknya. Semuanya dekat dengan corak masyarakat dan persekitaran kita semua.”
“Bagi saya definisi kesempurnaan itu ialah ketidaksempurnaan. Sebagai contoh, barisan model yang saya pilih, semuanya tidak memiliki rupa paras model yang selalu kita lihat. Bagi saya, saya mahu pecahkan benteng pemikiran masyarakat kita yang sering kali melihat kesempurnaan itu adalah segalanya.”
PERSPEKTIF
“Menjadi seorang jurufoto yang baik, bukan sahaja memiliki daya minda yang kreatif malah ia juga melibatkan identiti jurufoto itu sendiri. Selain itu, mereka harus bijak dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Jika tidak bijak dalam berkomunikasi, bagaimana mahu memberi direction kepada subjek ketika dalam sesi photoshoot? Apa yang penting, mereka harus sentiasa rasa humble dan usah henti mencari inspirasi yang baru. Rasai masa yang ada dan go crazy!”
INTERPRETASI FESYEN
“Seluar high waist, kemeja putih, sut dan seluar senteng adalah hasil idea inspirasi dari seorang pereka fesyen Amerika, Thow Browne. Pereka ini banyak memberi idea dalam menghasilkan gaya fesyen saya sendiri. Dari segi pemakaian aksesori, warna dan sebagainya, semua hasil cetusan dari gaya fesyennya. Fesyen untuk saya lebih minimal. Jarang untuk saya sarungkan corak cetakan bunga mahupun warna-warna yang kuat dan terang. Warna seperti black, grey dan navy blue antara warna pilihan saya. Sedikit bosan dan moody namun ia melambangkan personaliti saya.”
“Berdiskusi mengenai fesyen, semua sedia maklum tentang t-shirt TTFGA yang saya jual untuk menghasilkan merchandise milik brand TTFGA itu sendiri. Hasil kerjasama dengan Wild Mile, ia mengilhamkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang bisa dimiliki oleh mereka yang tidak putus memberi sokongan kepada saya. Kami bakal menghasilkan sesuatu yang baru. Kali ini ia melibatkan segala hasil kerja saya dan diabadikan dalam sehelai t-shirt.”
PLAN?
“Saya terfikir untuk keluar dari Kuala Lumpur dan mengembara ke negara Eropah. Ini bukanlah sebuah metafora untuk saya melupakan Malaysia, kerana Malaysia sentiasa menjadi ‘rumah” dalam hati saya. Cuma, apabila berbicara mengenai karier, bagi saya, hasil karya yang saya hasilkan mungkin lebih dihargai di luar negara. Ada juga yang memberitahu bahawa segala kerja seni saya tidak sesuai untuk masyarakat di sini. Sukar untuk mencari mereka yang benar-benar memahami sudut inovasi seni yang saya ingin tonjolkan. Mungkin ada ,tetapi masih bisa dikira bilangannya. Januari hadapan saya akan ke London untuk berjumpa dengan kenalan di sana untuk membincangkan sesuatu. Langkah ini saya ambil untuk mengembangkan lagi arus karier saya dalam bidang ini.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pernah lihat tali pinggang yang dipakai oleh badut?
Ya, warnanya penuh ceria. Berwarna-warni meriah bagaikan pesta sukan sekolah rendah. Pastinya anda tak mahu kelihatan seperti badut yang membuat persembahan di parti budak-budak.
Oleh itu anda sebagai lelaki perlulah bijak dalam memilih tali pinggang yang sesuai. Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga manjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahupun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang