Screenshot

Wah Chan Jewellery meraikan 70 tahun warisan cinta dan kepercayaan dengan dua acara penuh inspirasi Run2Love Love2Run dan Shine! With Wah Chan Dance Challenge.

Kedua-duanya menjadi simbol hubungan, gaya dan semangat lelaki moden bersama rakyat Malaysia.

Run2Love Love2Run Larian Duo Bersama Wah Chan

Di sebalik setiap lelaki yang berjaya, pasti ada cinta yang menggerakkan langkahnya.

Dalam semangat itu, Wah Chan Jewellery memperkenalkan Run2Love Love2Run, satu larian duo sejauh 5.5km yang berlangsung di Wisma Wah Chan, Petaling Jaya pada 30 November 2025.

Wah Chan Jewellery Meraikan 70 Tahun Warisan Cinta Melalui Run2Love Love2Run dan Shine Challenge

Setiap peserta akan berlari seiring dengan insan tersayang sama ada pasangan, adik-beradik atau sahabat.

Mereka akan menerima dua baju eksklusif bertema “Fast & Furious” dan “Slow & Steady” simbol keseimbangan dan keserasian dalam hubungan.

Untuk lelaki yang menghargai kebersamaan, acara ini bukan sekadar larian, tetapi satu perjalanan penuh makna.

Menariknya, Run2Love Love2Run turut menampilkan sesi lamaran romantik di garisan penamat, menjadikan detik cinta anda lebih bermakna.

Ads

Terdapat juga kategori Best-Dressed, Most Spirited Duo, serta pingat penamat eksklusif.

Jangan lepaskan peluang ini kerana pendaftaran dibuka hingga 28 November 2025 di jomrun.com.

 

Shine! With Wah Chan 

Selain larian, Wah Chan Jewellery memperkenalkan cabaran tarian seluruh negara bertajuk Shine! With Wah Chan Dance Challenge.

Cabaran ini menggabungkan gaya, irama dan kreativiti melalui lagu rasmi “Wah Chan Shine With You” (powered by Suno AI).

Ads

Peserta digalakkan menari di TikTok atau Instagram dengan gaya bebas atau koreografi rasmi, sambil menonjolkan elemen Wah Chan Jewellery dalam video mereka.

Cabaran ini berlangsung hingga 21 November 2025, dengan finalis diumumkan pada 25 November sebelum Grand Final diadakan pada 13 Disember 2025 di Wisma Wah Chan Auditorium.

Pemenang utama bakal membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 tunai dan baucar Wah Chan Jewellery RM1,000, manakala sembilan finalis lain akan menerima Gold Blessing Gift Box dan baucar RM500.

Wah Chan Jewellery Meraikan 70 Tahun Warisan Cinta Melalui Run2Love Love2Run dan Shine Challenge

Satu penghargaan berprestij kepada gaya dan semangat lelaki moden.

Ads

BACA LAGI : Gimnasium China Tawar Porsche Panamera Jika Berjaya Turun 50kg, Tawaran Mengejutkan Yang Jadi Tular

Cinta, Gaya dan Warisan Wah Chan

Sejak 1955, Wah Chan Jewellery telah menjadi lambang kepercayaan dan kasih sayang dalam setiap rekaan barang kemasnya.

Kini, selepas 70 tahun, jenama ini terus menginspirasi lelaki untuk menghargai cinta dan kebersamaan melalui gaya hidup aktif dan positif.

Bagi Wah Chan Jewellery, cinta bukan sekadar emosi, tetapi pergerakan dan keberanian untuk menghargai insan yang bermakna dalam hidup kita. Sama ada anda seorang pelari, penari, atau lelaki yang mahu meraikan cinta dengan cara tersendiri inilah masanya untuk bersinar bersama Wah Chan Jewellery.

Sertai Run2Love Love2Run dan Shine! With Wah Chan Dance Challenge untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bersejarah ini.

Jadikan 2025 tahun anda meraikan cinta, gaya, dan warisan bersama Wah Chan Jewellery.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads