Ada beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.
Contoh makanan bersifat alkali yang boleh dipertimbangkan dalam diet anda seperti
1. Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.
2. Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.
3. Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
4. Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.
5. Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.
Ads
6. Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
7. Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.
Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya makanan berasid terhasil daripada proses pencernaan makanan dan asimilasi. Contohnya lemon, pada awalnya lemon mempunyai asid namun selepas proses pencernaan makanan, ia menghasilkan alkali.
Namun ini hanya terjadi sekiranya lemon dipetik ketika sudah masak. Sekiranya buah itu belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.
Secara fakta, ia tidak hanya terjadi kepada lemon saja tetapi buah-buahan lain seperti nanas, mangga, pic dan epal. Untuk itu, pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.
Ads
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.
Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan. Antara makanan berasid yang elok dikurangkan termasuk:
* Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.
Ads
-Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.
-Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.
-Roti putih, biskut dan produk bakeri.
-Teh, kopi, alkohol, tembakau dan minuman ringan.
-Semua lemak dan minyak.
-Semua makanan goreng dan pedas.
-Semua makanan bergula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan latihan workout dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa.
Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya. Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah betul. Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout dan biasanya kita terlepas pandang.
Tidak belajar teknik asas
Ramai mereka yang workout tidak mengamalkan teknik betul. Hal ini terjadi apabila melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan ( limitation) dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam dan teknik yang salah akan mengakibatkan kecederaan, membuang masa dan tenaga.
Pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal. Manakala regangan dilakukan selepas melakukan workout bertujuan mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi workout dan mengurangkan risiko kecederaan.
Kekurangan Nutrisi
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gim atau taman rekreasi. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum workout atau bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak yang akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan tubuh badan cantik dan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi mereka yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.
Hal ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda pelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding dengan mereka yang hanya melakukan latihan asas, hanya mengangkat dumbbell sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Andy Murray bukan sahaja dikenali sebagai pemain tenis yang hebat, tetapi juga sebagai ikon sukan yang menunjukkan ketabahan dan keazaman luar biasa sepanjang kariernya.
Terbaru, pemain Britain berusia 37 tahun ini mengesahkan dia akan bersara selepas Sukan Olimpik 2024 dengan menyatakan temasya di Paris itu akan menjadi “kejohanan tenis terakhirnya”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Andy Murray
“Tiba di Paris untuk kejohanan terakhir saya di Olimpik. Bertanding mewakili Great Britain adalah minggu paling diingati dalam kerjaya saya, dan saya sangat berbangga dapat melakukannya sekali lagi buat kali terakhir,” tulisnya.
Juara tiga kali Grand Slam itu turut memuat naik fotonya di atas podium Olimpik Rio 2016 selepas menggenggam pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.
USIA & KECEDERAAN MUNGKIN PUNCA ANDY MURRAY BERSARA
Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah pun memberi bayangan akan bersara selepas meraih kemenangan keduanya sewaktu kejohanan Terbuka Dubai 2024.
Andy Murray
“Saya mungkin tidak mempunyai masa terlalu lama, tetapi saya akan melakukan yang terbaik dalam tempoh beberapa bulan ini. Saya masih suka bertanding dan menggemari sukan ini, tetapi semakin sukar bersaing apabila meningkat usia, untuk memastikan badan terus cergas dan segar,” katanya selepas memenangi kejohanan itu.
Umum mengetahui bintang kelahiran Glasgow itu pernah menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggul pada 2019. Dia juga mengalami masalah buku lali teruk awal tahun ini dan menjalani pembedahan membuang sista pada tulang belakangnya.
Lima Fakta Menarik Andy Murray Dalam Dunia Tenis:
Juara Grand Slam: Andy Murray telah memenangi tiga gelaran Grand Slam dalam kariernya. Dia memenangi US Open pada tahun 2012, serta dua gelaran Wimbledon pada tahun 2013 dan 2016. Murray juga merupakan pemain lelaki Britain pertama yang memenangi gelaran perseorangan Wimbledon sejak Fred Perry pada tahun 1936.
Pingat Emas Olimpik: Murray telah memenangi dua pingat emas Olimpik dalam acara perseorangan lelaki. Dia memenangi pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik London 2012 dan mempertahankan gelarannya di Sukan Olimpik Rio 2016. Ini menjadikan Murray sebagai pemain tenis pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Olimpik dalam acara perseorangan lelaki.
Ranking No. 1 Dunia: Andy Murray berjaya mencapai ranking No. 1 dunia dalam ranking ATP pada bulan November 2016. Dia mengakhiri musim 2016 sebagai pemain nombor satu dunia selepas memenangi ATP World Tour Finals.
Perjuangan Melawan Kecederaan: Karier Andy Murray sering kali terjejas oleh kecederaan, terutamanya masalah pada pinggulnya. Dia menjalani pembedahan pinggul pada tahun 2018 dan 2019, yang hampir mengakhiri kariernya. Walau bagaimanapun, Murray menunjukkan semangat juangnya dan kembali ke pertandingan walaupun mengalami kesakitan dan keterbatasan fizikal.
Pencapaian dalam Piala Davis: Murray memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Britain di Piala Davis pada tahun 2015. Dia memenangi 11 perlawanan berturut-turut dalam kejohanan tersebut, membantu Britain memenangi Piala Davis buat kali pertama sejak tahun 1936.
Siapa pernah dengar Military Diet? Haaa diet ni tak lah healthy sangat, tapi untuk anda yang tiba-tiba ex teman wanita ajak pergi wedding dia. Kalau nak nampak hensem, mungkin anda boleh cuba diet ini.
Apa itu Military Diet?
Military Diet ni menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu mingggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang. Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Ini diet plan Military Diet yang boleh anda ikut.
Hari Pertama
Sarapan Pagi: Kopi O, 1/2 Grapefruit, I keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.
Makan Tengah Hari: Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti
Makan Malam: 3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla
Hari ke 2
Sarapan Pagi: Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.